BAB 13

42 0 1
                                    

"Sekarang ni nak berkampung pulak dalam hutan ni?" Nadirah menjeling Lyon. Bunyi cengkerik menemani mereka berdua.

"Habis dah musuh you yang kejar kita sampai sini" Lyon menjeling Nadirah. Tak nak kalah. Dia meninggalkan Nadirah berseorangan di belakang. Pondok kecil dituju.

Nadirah mengikut langkah Lyon dengan agak laju. Dia berkerut apabila berhenti secara tiba-tiba.

"Ada senjata apa-apa tak dekat kau?" Nadirah meraba-raba poket seluarnya. Dia menggeleng laju.

Lyon mengeluh lalu menarik hujung baju Nadirah ke belakang tubuhnya apabila menyedari seorang lelaki keluar daripada pondok tersebut.

"Mat pet" Lyon dan Nadirah berpandangan sesama sendiri.

"Bahaya" Mata Lyon ligat memerhatikan keadaan sekeliling. Takut-takut ada yang memerhatikan mereka dalam diam.

"Gerak aku tak rasa kita selamat kalau nak serang diorang" Lyon mengangguk setuju. Mereka perlahan-lahan melangkah keluar daripada kawasan tersebut.

"Macam mana kau tau aku nak serang diorang" daun-daun pokok yang menghalang laluan disepak ke tepi. Ranting pokok yang menjalar dipatah-patahkan.

"Macam baru kenal semalam". Nadirah meneruskan perjalanan sambil mengigit buah jambu batu. Dia menggelengkan kepala.

Langit sudah mulai gelap tanda malam akan menjelma. Buah-buahan yang boleh dimakan dikutip untuk disimpan. Sudah 3 jam mereka berjalan di dalam hutan mencari tempat berlindung.

Tetapi hampa.

"Irah stop sini aku dirikan pondok" kayu besar ditolak mendekati Nadirah. Keningnya bertaut. 'Confidentnya jantan ni'. Kening kirinya terangkat sebelah.

"Gerak" dia berdecit. Mula dia melangkah sambil menghentakkan kakinya ke tanah.

"Affan dapat detect tak?!" Muiz daripada luar rumah. Masing-masing sibuk melakukan persiapan misi mencari Nadirah dan Mikael. Affan mengetuk kuat meja makan. Terkejut Datin Dayan dan Bastien.

"Fan kenapa fan?" Tanya Datin Dayan lembut. Bastien memegang erat tangan tua Datin Dayan apabila melihat muka tenang Affan.

"Uncle are you okay?" Ada api yang sedang terbakar disebalik muka setenang itu.

"Ibu fan jumpa Nazran kejap okay" Affan terus meluru keluar rumah. Kereta Audi TT miliknya memecut meninggalkan perkarangan rumah agam.

Datin Dayan beriak risau. Nazran bekerja dibawah Dato Zafar untuk memberikan maklumat kepada BKD's. Dia berharap tidak akan terjadi sesuatu yang buruk kepada satu-satunya anaknya yang ada.

Di hotel yang diduduki Nazran menjadi tempat perjumpaan. Katanya selamat daripada pengetahuan Dato Zafar. Itupun Affan mahu tak mahu sahaja percaya.

TUK
TUK
TUK

"Yow fan macam nak runtuh pintu ni kau ketuk masuk masuk" Affan melangkah masuk ke dalam ruangan bilik tersebut. Hotel bajet..

"Pahal kau ikat perempuan ni semua" terkejut Affan tatkala melihat 4 orang perempuan seksi diikat terduduk di sudut bilik yang tiada pintu.

"Oh ni pelacur kat sini aku book hotel ni diorang offer aku banyak kali aku rimas ikat je senang menyusahkan hidup aku" bebel Nazran.

Affan hanya mampu mengangguk sahaja. Pertama kali dia mendengar Nazran membebel.

"Asal tak halau?" Nazran menepuk bahu Affan tanda mengajak ke meja kayu di ruang tamu.

"Kalau aku halau orang syak lah aku nak buat misi aku kat sini. Kau tak tengok sini tempat melacur? Aku datang sini nak sorok" jelas Nazran. Butang play ditekan.

MISS HACKER Where stories live. Discover now