BAB 12

46 1 0
                                    

"Wei Li mana beg yang ada makanan aku?!" Jerit Syafiq dari dalam tandas. Banyak ragam pula perutnya memulas tidak berhenti.

"Ada tak lari lah makanan tuan!" Sahut Li separa menjerit. Lengannya diletakkan di atas dahi.

Lambat lagi mahu sampai ke Thailand jadi dia memutuskan untuk beradu seketika.

"Lyon bila sampai tuan muda?" Secawan kopi latte dihirup perlahan. Mereka berada di cafe milik salah seorang anak buah Lyon.

"Maybe esok pagi. Diorang baru bertolak" pemandangan bandar Thailand ditenung lama.

Cantik.

Pelanggan yang datang ke cafe tersebut kebanyakkan daripada golongan elit dan kumpulan mafia berada di bawah BKD's.

"Jantan sial tu?" Lyon mengangkat muka. Tatapannya kosong terhadap Muiz. Dia tidak fokus pada wajah Muiz sebaliknya...

"Iz ada orang pecah masuk" Muiz tidak pusing ke belakang untuk melihat apa yang terjadi. Dia menghirup kopi miliknya sehingga habis.

"Noted. Berapa orang?" Dia membetulkan postur badannya bersandar elok pada sofa.

"10 orang macam tu" datang seorang pelayan masuk ke dalam ruangan vip dengan keadaan cemas.

"Sir" nafasnya tercunggap-cunggap.

BANG!

Pelayan tersebut mati ditembak tepat di dahi. Lyon dan Muiz menunggu gerangan yang melepaskan tembakan sebentar tadi.

Anak buah Nadirah sudah siap sedia dengan senjata ditangan.

"Mana adab datang kacau tempat aku?" Lyon tergelak sinis. Tuxedo dibuka lalu dicampak ke tepi. Rambut hitamnya diikat kemas.

"Kau kau tau tak anak aku dah mati sebab Tuan Muda Syafiq!" Tengking Dato Zafar. Pemilik kelab malam terkemuka dalam kalangan mafia di serata dunia.

"Oh tau jer" selamba Muiz menjawab. Dalam diam mereka sudah merancang untuk memendekkan hayat Dato Zafar.

"Anak kau yang buru ketua kami anything else Dato Zafar yang boleh kami bantu?" Kotak rokok dibaling pada wajah Dato Zafar. Api dinyalakan dihujung putung rokok itu.

"SIAL KAU!" Baru sahaja dia mahu menyerang lyon dan Muiz bunyi pistol telah ditarik picunya berada di belakang kepala.

"Oh thank you because you always to visit my place Dato" Bisik Nadirah lembut di telinga Dato Zafar. Lyon dan Muiz berdiri dan menundukkan sedikit kepala kepada Nadirah.

Kedua jejaka tersenyum senget. Ketua sudah mari!!

Nadirah membuat isyarat mata kepada lyon dan Muiz tanda tidak mengapa.

"Bawak dia keluar" 2 orang lelaki memegang erat lengan Dato Zafar dibawa keluar. Seorang lagi mengikut daripada belakang.

"KAU TUNGGU NADIRAH TAK ADA SIAPA YANG BOLEH RAMPAS TEMPAT KAU KECUALI AKU!!" Lelaki tua tersebut tertawa keji. Kuat sehingga mampu menarik perhatian pelanggan lain.

Nadirah membuat tidak dengar sahaja. Dah tua pun gila kuasa.

"So apa planning miss untuk projek undercover ni?" Setelah sekian lama Nadirah dan Black King Devil Dragon berehat, banyak pihak yang memberikan projek besar kepada mereka.

"Proceed. Tak payah nak formal sangat" Muiz memandang Lyon. 'Tak payah formal sangat?' Bertaut kening lebatnya.

"Its only us here" Nadirah menjeling jejaka tersebut. Lembab.

Dia datang ke cafe ini pun disebabkan mendapat panggilan daripada anak buahnya, menyatakan Dato Zafar datang membuat kecoh.

"Er Tuan Muda Syafiq akan sampai esok pagi and pasal projek tu Tuan suruh hold" Nadirah menangguk kecil.

MISS HACKER Where stories live. Discover now