BAB 2

78 3 0
                                    

Hampir sebulan Nadirah dan sekeluarga sudah pindah masuk kembali ke rumah agam mereka bersama Tengku Alzam. Masih sama suasana rumah agam tersebut ceria dan riuh rendah.

"Mana irah daddy?" Muaz menuang air ke dalam dua gelas kaca. Sudah seminggu dia tidak bertegur sapa dengan Nadirah. Adiknya terlampau tekun menyiapkan kerja yang diarahkan oleh Dato Cris.

"Dalam bilik kerja dia"Datin Qis menggelengkan kepalanya.

Walaupun hidup di dalam satu rumah yang sama namun batang hidung anak bongsunya tidak kelihatan.

"Abang bagi task apa dekat dia sampai tak keluar bilik ni jangan cakap—" Cemberut Datin Qis apabila suaminya mencium sekilas pipinya.

"Ya sayang abang bagi dia task untuk buat sistem sekolah yang abang dah bangunkan haritu" terbeliak besar mata Datin Qis. Dia sudah maklum bahawa Nadirah mampu tetapi dia kesian akan Nadirah.

"Abang" meleret nada suara Datin Qis. Sudahlah hanya Nadirah sahaja yang diharapkan Muazyn dan Shahril pula ditugaskan untuk memantau sahaja.

"Ye sayang" mata kanannya dikenyitkan ke arah isterinya. Jelas terpancar riak wajah Datin Qis sedang marah akannya.

Sudu dan garfu diletakkan di atas pinggan. Tubuhnya beralih menghadap isterinya.

"Okay okay lepasni abang suruh Muazyn dengan Shahril tolong irah okay jangan risau" pujuk Dato Cris. Tangan Datin Qis diraih lalu diusap lembut.

Nadirah melihat aksi romantik kedua orang tuanya tersenyum ikhlas daripada dalam lif. Dia segera keluar apabila pintu lif hendak tutup kembali.

Senyuman indahnya hilang sebaik sahaja dia memasuki ruangan meja makan.

"Irah meh sarapan" tubuh kecil Nadirah tiba-tiba sahaja muncul bersebelahan dengannya ditegur.

Nadirah mengangguk kecil sebelum duduk bersebelahan Muaz.

"Az Shahril lepasni tolong Nadirah" tegas Dato Cris.

Shahril dan Muazyn mengangkat kepala serentak sebelum memandang diantara satu sama lain.

Keluhan perlahan dilepaskan.

Nadirah masih dengan wajah beku. Setelah kenyang mengisi perut dia membawa diri untuk ke taman bahagian belakang rumah agam tersebut.

Kepalanya terasa berdenyut hebat. Diurut perlahan pelipis dahinya. Angin segar dan sejuk menampar lembut kulitnya. Matanya dipejam rapat.

"Psstt fiq jom lah keluar nak kena beli barang dapur" Claryna memaut lengan sasa Syafiq daripada tepi.

"Haa jom jom" leher adik kembarnya dipaut kasar. Claryna menyekeh dan menunjal kasar kepala Syafiq.

"Sudah kang ada yang bergaduh dekat sini" tegur Datin Qis. Kepalanya digeleng perlahan ada sahaja perangai anak kembarnya.

"Bye mummy kitaorang balik lewat lepas beli barang nak jalan-jalan!" Tangan dilambai tinggi di udara.

"Jangan nak mengada-ngada Fiq Ryna balik cepat nak masak apa tengah hari nanti eish kamu orang ni!!" Bergema suara Datin Qis disekitar ruangan tersebut.

Anak buah yang berjaga di sudut rumah sudah berkerut seribu menahan telinga mendengar jeritan Datin Qis di muka pintu.

"Biarlah diorang mummy lepasni semua siap siap irah belanja makan dekat luar" bungkusan plastik diambil daripada atas meja yang terdapat di tepi.

"Irah dah siap semua kerja?" Senjata yang disandang dibelakang badan diberikan kepada anak buahnya.

"Dah papa esok dah boleh turun sekolah untuk check berfungsi elok ke tak tu je" Ipad diserahkan kepada Tengku Alzam. Lengkap sistem yang dibuat oleh Nadirah.

Tengku Alzam menyentuh skrin Ipad tersebut. Kepalanya terangguk-angguk kecil. Kemudian dia memandang anak angkatnya.

"A to Z complete well done" Nadirah menunduk sedikit kepalanya. Datin Qis memeluk bahu Nadirah daripada tepi, bangga dengan anak bongsunya.

"Dah dah jom dah pukul berapa dah ni Nadirah nak belanja makan kita naik siap siap" mereka bertiga membawa haluan masing-masing.

"Rico sediakan kereta" arah Nadirah. Tidak menunggu lama dia membawa diri masuk ke biliknya.

"Wuhuu nad belanja makan" separa menjerit Mikael dibuatnya. Dia bersembunyi di sebalik dinding di luar rumah.

12:00 tengah hari

"Yes makan seafood!!" Syafiq dan Claryna bersorak kuat. Nasib sahaja hotel tersebut telah ditempah khas bagi privasi mereka sekeluarga.

"Kata nak balik lewat konon irah call suruh balik nak belanja makan laju je" Datin Qis menjeling manja kedua anak kembarnya.

"Hehe rezeki jangan ditolak mummy..." Claryna menyiku-nyiku lengan Syafiq.

"Lama jugak tak makan luar thanks Irah" tepi kepala Nadirah dicium sekilas. Kedudukan Nadirah diantara Datin Qis dan Dato Cris.

Dia mengangguk sebagai balasan.

"Mana mik.." belum sempat dia bertanyakan dimana pembantu peribadinya sudah ada suara maskulin lelaki menerjah masuk ke dalam sistem pendengarannya.

"I'm here dolcezza" (dear). Mereka semua terarah pada susuk tubuh Mikael Xavier. Lengkap berpakaian formal serba hitam berkemeja putih.

Tubuh kecil Nadirah mengeras di tempat duduknya. Terkedu dengan panggilan Mikael sebentar tadi. Raut wajahnya sedaya upaya dikekalkan beku.

"Weyh kau dengar tak ape Mika panggil irah tadi?" Claryna menyiku lengan Adam disebelahnya. Nada suaranya separa berbisik. Kepalanya ditundukkan sedikit.

Adam menangguk perlahan. Dia juga terkejut.

"Mikael sila sila duduk" jemput Dato Cris. Datin Qis mendapati wajah anak bongsunya sudah bertukar kemerahan.

Mikael duduk disebelah Dato Cris. Makanan yang terhidang dijamu dengan selera. Adakalanya kawasan meja makan bulat tersebut bergema dengan tawa mereka sekeluarga.

"Irah jom ride dengan aku" ajak Mikael memandangkan Nadirah menaiki superbike miliknya dia ingin membawa majikannya ke suatu tempat.

"Naik dengan kau? Taknak aku" topi keledar disarungkan tangki minyak ditepuk beberapa kali. Kakinya mencecah lantai.

"Follow me dolcezza" Nadirah membuat mimik muka menyampah disebalik helmet. Enjin dihidupkan. Dia berpaling kebelakang.

Nadirah mengangguk. Mereka sudah siap sedia untuk pulang.

"kenapa kau bawak aku datang sini?" Tanya Nadirah malas. Helmetnya dibuka.

Tenang sahaja air laut menerpa sistem pendengarannnya.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi di pondok bawah pokok. Redup dan sejuk. Nadirah termenung ke arah air laut yang berombak.

"I tau you penat so sebab tu kita ke sini" Mikael membawa dua air kelapa ditangan menghampiri Nadirah.

"Thanks" Nadirah menyambut huluran air kelapa daripada Mikael.

Pemandangan yang cukup cantik dan menenangkan.

Mereka berdua senyap tidak berkutik menyaksikan ombak laut bergelora dan pelancong berkelah.

MISS HACKER Where stories live. Discover now