Bab 26

33 2 2
                                    

Nadirah menghela nafas lega apabila sudah sampai di Dubai. Cermin mata diturunkan ke batang hidung melihat keadaan sekeliling.

"Syafiq jangan larilah tak kemana pon kedai coklat tu!!!" Datin Dayan menarik baju Syafiq daripada belakang

"Kenapalah aku bawak dia ni" Nadirah menjeling Syafiq.

"Miss Nadirah nak balik dulu or nak pergi mana-mana?" Mikael menyambut balingan kunci kereta daripada Aiman.

"Balik biarlah kalau Syafiq dengan grandma nak pergi mana-mana pastikan Aiman ada sekali" Mikael mengangguk faham.

Dia berjalan ke arah Aiman untuk menyampaikan arahan.

"Done Miss Nadirah let's go" Nadirah menyedari seakan ada yang pelik pada diri Mikael.

"Kenapa aku rasa kau lain eh harini?" Nadirah memulakan perbualan. Seperti biasa dia akan duduk di penumpang hadapan.

"Lain apa yang lain sama je ni" Dakwaan Nadirah ke atasnya dinafikan. Dia sendiri pun rasa biasa sahaja.

Nadirah menanggalkan kasut lalu duduk bersila. Hujung matanya cuba menilik Mikael atas hingga ke bawah.

'Yes mana rantai salib dia selalu pakai!' Bingo tepat apa yang dia rasakan. Selalunya dia akan nampak rantai itu akan bergantung dileher Mikael.

Mikael menangkap Nadirah sedang meniliknya tetapi diabaikan.

"I masuk Islam semalam" terbuntang mata Nadirah. Mikael seakan-akan dapat membaca persoalan yang muncul di dalam otaknya.

"Congratulations welcome new brother" Nadirah tersenyum dalam hati. Dia kagum dengan Mikael mampu berhijrah seorang diri.

Mikael kekal dengan wajahnya yang dingin dan fokus dalam pemanduan. Tangan kananya ligat mengawal stereng manakala tangan kiri untuk handbrake.

" Aiman mana Nadirah?" Datin Dayan baru sahaja menyedari cucu perempuan itu tiada bersama.

"Dia balik grandma Mikael kata dia tak berapa nak larat" Datin Dayan lincah memilih coklat berjenama Beryls lalu diletakkan ke dalam bakul.

Untuk Nadirah bagi menambah gula dan tenaga sedikit.

"Ha takpelah macam tu kita shopping dulu lah Aiman" bakul yang tampak agak berat segera diambil daripada tangan Datin Dayan.

Syafiq pula entah hilang ke mana. Jakun agaknya apabila dapat balik ke sini.

Dubai ibarat rumah ke dua bagi mereka kerana dahulu sering balik ke sini perihal keluarga. Sekarang sahaja baru menjejakkan kaki setelah sekian lamanya.

"Okay grandma bagitau je bila nak balik Aiman hantarkan" tangannya setia memegang bakul besi yang kian memberat.

Datin Dayan sekali peluang bershopping di depan mata takkan dia lepaskan. Susah untuk dia keluar menghabiskan duit kerana dia gemar menghabiskan masa di rumah sahaja.

"Nadirah bangun dah sampai" kotak cermin mata diketuk-ketuk perlahan pada lengan Nadirah. Lena sunggu dibuai mimpi.

Cermin kereta diketuk oleh pengawal yang berjaga disitu. Butang membuka cermin ditekan sekali.

"Siapa ya kamu ni datang ke sini ada apa?" Mikael mengerling seketika Nadirah tidak bangun juga.

"Saya Mikael" Pengawal itu mengangguk.

Majikannya ada memberitahu untuk membenarkan masuk jika ada orang bernama Mikael datang. Dia kembali ke dalam pondok pengawal.

Pagar automatik terbuka luas.

MISS HACKER Where stories live. Discover now