BAB 20

29 1 0
                                    

"Nadirah i hantar you balik i settlekan untuk you" Nadirah menutup pintu kereta. Blazer yang dipakai dibuka.

Syafiq sedang mengambil angin di taman terkejut melihat figura adiknya di lobi. Nadirah sedang berbual dengan Dian dan Jizan. Tidak jauh mana pun jarak antara taman dan lobi rumah agam tersebut.

"Dian tolong susun balik jadual aku then bagi dekat Mikael" Dian menunduk sedikit. Beg tangan Nadirah diberikan semula. Dian menyambut huluran blazer Nadirah.

"Jizan where's my brother?" Selalunya Syafiq akan menunggu kepulangannya di pondok hadapan rumah. Baru harini tidak nampak kelibat abangnya.

"Young Master at flower garden Miss Nadirah" Nadirah berpaling ke arah pondok kecil yang ada di taman bunga itu. Ya betul abangnya ada disana.

Syafiq agak lain apabila mengenakan baju formal. Setahunya abangnya amat tidak suka pada bunga. Ini apa dia buat disitu pula.

"Bring me there" Jizan hadir dengan bugi golf. Dian menjengkilkan matanya pada Jizan. Ni mesti ambik dekat garaj ni. Nadirah sudah berkerut dahi.

"Er sorry Miss ni je nampak depan mata bugi ni duduk tepi tu" jarinya menunjuk pada tepi rumah agam itu yang agak berselerak.

"Dian, give me the schedule of workers in this house" Dian menyerahkan ipad kepada Nadirah. Habislah Nadirah tidak suka melihat rumahnya dalam keadaan tidak terurus.

Jizan sudah sedia untuk membawa Nadirah ke taman bunga. Nadirah naik duduk di sebelah Jizan sambil memeriksa jadual pekerja dan keluar masuk.

"Miss dah sampai" Nadirah berkerut sekali lagi dia tidak terasa lama pun biasa akan mengambil sekurang-kurang 2 minit.

"Er saya speed Miss" Nadirah mengangguk. Dia turun lalu menuju ke arah abangnya. Jizan ada tugas yang perlu dibuat sebab itu dia terkejar-kejar.

"Awal balik bukan kena pergi markas jugak?" Syafiq tidak lekang dengan senyuman memerhatikan adiknya. Nadirah meletakkan ipad di atas meja kaca tersebut.

"Yup but Mikael yang tolong settlekan" nafasnya ditarik lalu dihembus perlahan. Kawasan lapang ini hanya ditanam bunga sahaja. Tetapi sayangnya ia akan dimusnahkan dalam masa terdekat.

"Ohh okay. So whats your plan after remove this plant" Nadirah memandang wajah Syafiq. Idea yang ada hanya sepintas lalu di otak tidak tahu sama ada Syafiq setuju ataupun tidak.

"Urm private swimming pool and others facilities?" Syafiq diam sejenak. Butang baju tiga teratas dibuka. Kedudukannya dibetulkan.

Bukan dia mahu kisah apa yang Nadirah cadangkan dia hanya menumpang sahaja.

"It's up to you girl" Nadirah bangun lalu duduk di atas riba Syafiq. Syafiq tersentak. Tiada amaran langsung. Belakang adiknya diusap masih manja tiada perubahan seperti dulu.

Mikael baru sahaja mahu menapak masuk ke kawasan taman bunga terus terbantut. Dia tidak mahu menganggu kedua adik beradik itu. Dia mampu senyum sahaja melihat keakraban majikannya.

Dia berpatah balik untuk masuk ke dalam rumah. Ada maklumat yang ingin disampaikan kepada Nadirah tetapi dia tangguhkan dahulu. Baju kemeja hitamnya berbau hamis darah segera dia naik ke bilik untuk membersihkan diri.

Mikael termenung memikirkan abang dan adik perempuannya. Dia tidak menyangka berita buruk itu yang disampaikan oleh rakan seunit adiknya.

"Mika turun Miss Nadirah dengan Tuan Muda nak jumpa kau" Suara Aiman menyapanya di earpice yang dipakai di telinga.

Dia tidak membalas selanjutnya dia terus keluar daripada dalam bilik untuk turun. Air matanya dikesat dengan agak kasar.

Nadirah dan Syafiq berpandangan sesama sendiri sebelum merenung Mikael dihadapan mereka. Khabar berita tentang adik-beradik Mikael sudah sampai di telinga mereka.

Dia gagal melindungi abang dan adiknya. Air mata laju keluar membasahi pipinya. Bastien baru sahaja pulang terus terpaku melihat Mikael.

"jangan risau aku dah arahkan yang lain jaga adik dengan abang kau. keadaan dekat sana terkawal lagi" Bastien terus meluru memeluk Mikeal. Belakang tubuh sasa Mikael digosok perlahan. Makin teresak-esak tangisan MIkael.

Syafiq mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia amat lemah melihat tangisan orang lain melibatkan keluarga terutama anak-anak buahnya.

Luka yang masih belum sembuh akibat kehilangan keluarganya sendiri masih belum terubat. Nadirah mengengam tangan abangnya lalu diusap perlahan cuba menyalurkan kekuatan yang dia ada.

"Tolong selamatkan diorang" itu sahaja ayat yang mampu dia utarakan saat ini. Dadanya terasa sesak teramat. Kepalanya terasa makin memberat dalam dakapan Bastien. Akhirnya dia terkulai lemah.

" aku tak pernah tengok dia selemah ni" ujar Nadirah senada.

"Tambah lagi satu masalah dah dekat sana haih" Bastien dan Dian memapah Mikael masuk ke dalam biliknya kembali.

"Diorang takkan pernah serik nak serang kita" Sepucuk pistol diberikan kepada Syafiq.

Pistol tersebut dilap sedikit dan disimpankan pada poket belakang seluar. Nadirah menyarungkan suits seraya mengemaskan sedikit kemeja abangnya.

"Take care my princess" Nadirah mengambil jam tangan yang direka khas olehnya sendiri dipakaikan pada Syafiq. Jam itu dapat mengesan lokasi dan keadaan.

"You too Black Ray comeback safely" Tubuh sasa abangnya dipeluk lama. Ikutkan dia tidak mahu Syafiq pergi.

"Grandma will be here this afternoon" Syafiq keluar disusuli dengan Aiman. Anak buahnya yang berada di Spain sudah bersiap sedia menyambut kedatangan Syafiq.

Dia akan berada di sana sehingga kes ini selesai.

Selipar di dalam rumah disarungkan. Hidup mereka berdua penuh dengan kerja walaupun sudah terlampau kaya.

Dian meletakkan tuala basah yang sudah diperah atas dahi Mikael. Bastien pula turun mencari Nadirah.

Nadirah menaiki anak tangga satu persatu menuju ke bilik kerjanya. Anak buahnya yang terserempak akan menunduk sedikit tanda hormat. Kesemua perbuatan itu dibalas dengan anggukan.

Pintu tertenra nama Miss Nadirah dibuka. Fail yang bertimbun dibuka satu persatu.

"Jizan mana mummy aku?" Jizan terkejut akibat disergah. Bahunya diangkat beberapa kali. Baru balik takkan dia tahu mana Miss Nadirah pergi.

"Hmm Dian" Mikael mencapai tuala di dahi diletakkan ke dalam besen. Suaranya serak basah mencari dimana sahabatnya.

"Ye" piring kecil mengandungi ubat diletakkan dahulu di atas meja kecil bersebelahan katil bujang Mikael. Segelas air masak disuakan kepada Mikael.

Mikael perlahan bangun untuk duduk. Gelas dipegang bersama-sama tangan Dian. Lega apabila air membasahi tekaknya yang perit.

"Dah jangan tanya apa-apa Tuan Muda dah pergi sana" Mikael mengangguk sahaja. Rambut keperangannya disauk kebelakang.

MISS HACKER Where stories live. Discover now