Bab 23

22 2 0
                                    

Syafiq membuka kasut kulitnya lalu diletakkan ke dalam rak kayu jati disebelahnya.

Baru sahaja dia mengangkat tangan ke udara mahu mengetuk pintu besar itu ia sudah terbuka dengan sendiri.

"Tau pulak aku nak datang..grandma jom" dipimpin tangan tersebut hingga ke dalam.

Nadirah membuat roll eyes apabila Syafiq memerlinya. Dia sedang membuat pemeriksaan di bilik kawalan untuk menaik taraf sistem.

Laptop yang tidak henti mengeluarkan kod dibiarkan. Dia keluar untuk berjumpa dengan grandma dan abangnya.

Setiap pekerja yang berselisih dengannya pasti akan menyapa dengan gelaran Miss Nadirah dan sedikit tundukan.

"Mika i need my schedule for this night" Mikael baru sahaja keluar daripada bilik gym tersentak. Terkejut dengan kehadiran Nadirah.

"Erm wait" dia masuk semula ke dalam bilik gym tersebut sambil sebelah tangannya mengelap rambut yang basah.

Nadirah langsung tidak memandang ke arah Mikael kerana dia tidak berbaju hanya tersarung seluar sukan.

Mikael keluar bersama satu ipad ditangan kanannya. Diberikan kepada Nadirah. Tuala besar yang disangkut pada leher dibetulkan bagi menutupi tubuhnya yang terdedah.

"Hm cancel meeting with Red Dafne" berkerut hebat keningnya melihat Red Dafne masih berada dalam senarai syarikat yang mahu bekerjasama denga syarikatnya.

"Im sorry sweety" Nadirah menghentak kasar ipad itu pada dada bidang Mikael.

Mikael membalas renungan tajam Nadirah. Ipad di dadanya dipegang erat takut terjatuh.

"Qis Nadirah" sapa Syafiq berpura-pura mesra. Nadirah menjungkit kening, apahal pula abangnya ni.

"Kau jangan ingat aku tak tau kau menyampah bila aku datang sini kan?" Keras mada suaranya berbisik pada telinga Nadirah.

"Ya memang nanti macam-macam benda jadi" balas Nadirah menyampah.

Nadirah menarik senyuman kepada grandma. Kotak baldu merah yang dihulurkan oleh Mikael disambut.

"Grandma ni ada hadiah daripada irah" dikeluarkan seutas rantai gelang berwarna emas daripada kotak.

Grandma tersenyum. Dia menghulurkan tangan kanannya.

Selesai sahaja dia mencium lembut tangan grandma.

"Ni hadiah birthday grandma irah bagi awal ye" Mikael memberikan 10 beg kertas kepada Syafiq. Kesemuanya hadiah berjenama.

"Grandma ni ada satu tudung irah baru designkan cantik tak?" Sehelai tudung berwarna Caffe Latte dikeluarkan daripada beg kertas.

"Cantik sayang sulam tepi dia pun cantik" cantik dan sejuk untuk dipakai. Grandma gembira dan bangga dengan Nadirah.

Syafiq sibuk membuka setiap beg kertas memeriksa apa hadiah yang grandma dapat. Sesekali mulutnya mengunyah.

Ruang tamu tersebut meriah dengan suara tawa mereka kecuali Nadirah dia hanya mempamerkan senyuman.

"Grandma nak bercuti ke mana kalini?" Syafiq mula memberikan perhatian kepada adiknya. Ini yang dia mahukan menghabiskan duit adiknya.

"Grandma nak pergi Dubai boleh tak sayang?" Syafiq sudah menganggukkan keoalanya berkali-kali dengan mulutnya yang penuh.

"Kau makan coklat grandma kan bang" Nadirah sudah bersedia mahu bangun.

"Ala biarlah dia irah. Boleh tak ni tapi nak irah ikut sekali" Nadirah mengangguk sekali. Serta-merta Syafiq melompat kegirangan.

MISS HACKER Where stories live. Discover now