BAB 33

20 2 0
                                    

Beberapa lelaki serba hitam menghadap Datin Dayan.

"Puan Dayan ada orang pecah masuk markas dekat Cyberjaya" Mikael berdiri secara mengejut.

"Allahuakbar" Datin Dayan memikirkan keadaan Syafiq. Berubah air mukanya sambil mengosok tangannya sendiri.

Mikael mencari Nadirah di seluruh rumah agam.

"Nadirah Tuan Syafiq!!!" Nadirah terus keluar daripada bilik rahsianya apabila terdengar jeritan Mikael.

"Pergi dulu nanti i sampai" Mikael mengangguk tanpa membuang masa dia terus memecut lari.

Nadirah memberikan isyarat kepada kedua anak buah yang sedang berjaga di tepi bilik tersebut untuk mengikutinya.

"Grandma mama Mika pergi dulu!!" Helmetnya dicapai lalu disarungkan ke kepalanya.

"Alright tak Cin" tangannya dihulur kepada rakannya bernama Cin.

"Ergh sakit bontot aku Mikael ni" tangan rakannya dicapai. Bersusah payah dia bangun sambil mengusap punggungnya.

Nadirah tangkas bersiap sambil merenung pemandangan luar tingkap besar biliknya.

"TUAN SYAFIQ!!" Kucar-kacir keadaan di dalam markas tersebut. Pasti musuh mereka sudah menawan tempat ini.

Di suatu sudut terdapat mayat bertimbun berlumuran darah. Ada yang tiada kepala dan terputus anggota badan. Organ dalaman juga bersepah di atas lantai.

Mikael tidak memperdulikan apa yang terjadi dia terus mencari Syafiq.

"Kau cari Tuan Muda Syafiq?" Seorang lelaki memakai topeng muncul di belakang Mikael.

"Mana dia" tanpa memalingkan tubuh dia statik di tempatnya.

Mikael berpaling dan terus menyepak perut lelaki itu.

Tertunduk lelaki tersebut mengambil nafas.

Mikael menerpa ke arah lelaki itu dan menumbuk beberapa kali muka dan anggota badan dengan kuat.

Lelaki itu berpakaian tuxedo biru cair dan bertopengkan joker.

Baru Mikael menyedari lelaki itu memakai tepong joker. Joker berada di depannya sekarang ini!

"Kau nak apa joker" soalnya berselang seli dengan nafasnya yang laju.

Lelaki itu menyengetkan kepalanya. Disebali topeng itu dia tersenyum sinis.

Sinaran cahaya menyinari sebahagian tubuh lelaki itu bernama joker itu. Sememangnya kini markas itu berada dalam kegelapan.

"Mana ketua kau Mikael" dia tertawa sedikit. Dia menunggu susuk Nadirah untuk datang tetapi yang tibanya Mikael.

"Kau tak payah tanya pasal dia" tenang dia menjawab. Bahaya untuk Nadirah berurusan dengan Joker. Dia adalah pembunuh bersiri.

"Kenapa takut dia mati dalam tangan aku?" Joker memanaskan hati Mikael. Mikael tidak mahu Nadirah tercedera.

Mikael tidak memberikan sebarang respon malah dia mengeluarkan kerambit di tepi kasutnya yang dipakai.

Dia bersedia mahu membunuh pembunuh bersiri itu.

"Mampos" Mikael berlari ke arah Joker dengan tangan mengengam kemas kerambit.

Kakinya diangkat tinggi mahu menyepak Joker tetapi dengan pantas kakinya ditepis ketepi dan dia jatuh.

Serentak dengan itu pisau Joker menghunus perutnya sebanyak tiga kali.

"ARGHH!!!" Joker tersenyum sinis.

MISS HACKER Where stories live. Discover now