BAB 8

52 1 0
                                    

Dia menyangka bahawa balik sahaja dia akan berehat tetapi tidak.

Kerja yang tertunggak di pejabat sudah dia berikan kepada Mikael untuk disemak. Pesanan juga sempat diselit. Jika ada yang perlu ditandatangani biarkan sahaja di atas meja.

"Haih lah kenapa lah aku ni multirole" gumam Nadirah. Iphone 14 miliknya berdering diminta diangkat.

"Siapa ni?" Soalnya malas. Tidak sempat dia mahu melihat siapa yang menelefonnya. Dia kusyuk melakukan kerja ketiganya.

"Ina ni grandma kamu dekat Bangkok ke?" Khabar angin cepat sahaja sampai kepadanya. Anak buahnya ditugaskan untuk mengintip pergerakkan Nadirah sepanjang perjalanan ke sini.

"Ada suruh anak buah grandmalah tu tengokkan Nadirah" gajet mahal miliknya diletakkan. Butang speaker ditekan. Sakit tengkuknya mengepit gajet tersebut agar tidak terjatuh.

"Keselamatan Nadirah kena terjaga" prihatin Buppha kepada cucunya.

"Ina okay je grandma tak payah risau esok pagi ina datang" beritahunya. Kalau mahu membuat kejutan mahunya neneknya terkena serangan jantung.

"Pintu rumah grandma sentiasa terbuka sayang" Nadirah tanpa sedar terukir senyuman di bibir. Dia ingin membawa balik neneknya ke Malaysia.

"Ina nak sambung buat kerja nek jumpa besok" notifikasi di laptopnya berbunyi lama menandakan ada panggilan yang masuk.

"Ha iyelah. Assalamualaikum" Nadirah menjawab salam dengan kadar segera. Butang merah ditekan. Iphone 14 dicampakkan di atas sofa berdekatan.

Kini Nadirah menjawab panggilan di laptopnya.

"Hai Miss Hacker" Nadirah tersentak. Seperti dia pernah mendengar suara ini. Kakinya diletakkan di atas meja. Tubuh kecilnya bersandar pada kerusi.

"Who are you? Dia masih lagi curiga. Tangannya ligat memeriksa jadualnya di dalam Ipad Pro miliknya. Yang sememangnya dibekalkan kepada pekerja dan orang atasan seperti dirinya.

Tiada pula client yang perlu dia berbincang fasal projek secara online begini. Dia berura-ura mahu mematikan talian tersebut.

"You dont know me Miss Qis Nadirah David Merson?" Soal lelaki tersebut. kalini ini bertambah kerutan di dahi Nadirah.

Dia cuba untuk mengodam peranti yang digunakan oleh lelaki tersebut. Dia berdiam diri tidak mengeluarkan suara.

20 minit berlalu. Dia terkejut bercampur sedih dan gembira. Tetapi raut wajahnya kekal beku dan dingin.

Lelaki tersenyum tersenyum sinis melihat gajet miliknya digodam oleh gadis yang dikenalinya. Dia langsung tidak kisah dia masih mempunyai wang untuk membeli yang lain.

"Are you my borther?" Soalnya berhati-hati. Dia mahukan kepastian.

Nalurinya kuat mengatakan bahawa salah seorang abangnya terselamat daripada kejadian tersebut. Tetapi dia menidakkan kerana keadaan tika itu tersangatlah teruk.

"Ye dik ni abang Syafiq" Nadirah terdiam. Otaknya masih memproses dengan apa yang dia dengar dan lihat tadi.

Apa yang diberitahu oleh Nayri sudah pun terbukti. Ya abang keduanya masih hidup. Pada mulanya dia susah untuk mempercayai. Tetapi bukti sudah ada di depan mata.

"Abang kat mana adik rindu nak jumpa abang" Sebak di dada ditahan sebaik mungkin. Dia tidak mahu mengalirkan air mata.

Dalam masa yang agak singkat dia dapat mengetahui bahawa abangnya masih lagi hidup. Cukup itu sudahpun mengembirakan hati kecilnya.

MISS HACKER Where stories live. Discover now