BAB 40

25 2 0
                                    

Bacalah bab ni dengar lagu...sorry kalau tak feel

Upacara memandikan jenazah dilakukan oleh keluarga, beberapa wakil anak buah BKD's dan orang masjid.

Jenazah arwah Syafiq dimandikan di rumah Nadirah sahaja selepas doktor peribadinya membawa jenazab Syafiq ke hospital dan bersama beberapa orang polis membuat pemeriksaan.

Mayat Joker telah diambil oleh pihak hospital untuk dibedah siasat dan dikebumikan terus memandangkan dia tiada waris.

Anak buah Joker ditangkap dan dipenjara. Mereka tidak mati tetapi dipengsan kemudian diikat beramai-ramai.

Datin Dayan memaut bahu Nadirah daripada tepi. Mikael memujuk dia tadi pun tiada guna. Nadirah tetap menangis tidak henti-henti.

Puan Rozita turut ada disamping Nadirah. Mengalir air mata teringat menantunya meraung memanggil nama Syafiq di rumah.

"Ma Nady nak abang Syafiq ma" Teresak-esak tangisannya sambil memeluk Puan Rozita pula. Memerah mata Datin Dayan.

"Nady abang Nady nak rehat bagi dia rehat ya Allah dah panggil dia balik jangan macam ni" pecah jua tangisan Puan Rozita. Sungguh sebak dengan keadaan Nadirah.

"Hey sayang sini dekat i" Mikael mendekati Nadirah. Didepakan tangan menyuruh Nadirah datang kepadanya.

"Baby abang dah tak ada baby" ramai turut terkesan atas pemergian Syafiq. Suasana hiba dirasakan di kawasan dapur belakang rumah ini.

"Shhh sayang tak elok macam ni dah jom pergi siram air sikit dengan abang lepasni nak kafankan" Nadirah mengangguk.

Mikael menampung tubuh Nadirah untuk berjalan.

Tubuh kaku Syafiq memakai kain pelikat diperhatikan lama. Kesan jahitan pada leher menambah pilu dihati. Perit, pedih semua tercampur aduk dalam diri.

Air mata Nadirah dikesa lembut. Gayung berisi air diberikan kepada Nadirah.

Sedaya upaya dia menahan air mata daripada mengalir sekali lagi. Air yang disiram dilalukan daripada muka hingga ke hujung kaki.

Gayung diambil kemudian diletakkan kembali pada tempatnya.

"Dah jom tunggu dekat depan sayang"

"Baby dukung please" terus Nadirah jatuh tidak sedarkan diri. Terkulang kabut Mikael mengangkat Nadirah untuk dibawa ke bilik.

"Mama grandma nak kebumikan suruh lepas zohor sebab ayah nak datang" sempat dia titipkan pesan daripada Riko.

"Ha yelah bawak Nadirah naik rehat dulu tak pa" Mikael membalas dengan senyuman tipis. Kakinya melangkah naik ke tingkat atas.

"Naz okay?" Selepas kejadian di rumah Nadirah dia tidak dapat ingat apa yang terjadi. Mungkin disebabkan kepalanya pening tika ni.

"Erm okay macam mana dengan Syafiq?" Belum apa-apa dia sudah bertanya tentang Syafiq. Dia tidak sempat untuk melihat Syafiq selepas itu.

"Dia tengah rehat Allah dah panggil dia balik" Nazran berpaling memandang Riko. Takkan macam tu je? Dia tidak percaya.

"Tak Tuan Syafiq tadi dia terbaring je Naz nampak yah" Hatinya kuat mengatakan tidak. Baru tadi dia melihat Syafiq terbaring masih bernyawa.

"Naz nak jumpa dia yah please bawak Naz" Tiada pilihan lain, Riko mengangguk saja. Dia perlu mendapat kebenaran hospital dahulu.

Mikael meletakkan Nadirah di atas katil. Dia duduk di samping Nadirah sambil merenung pemandangan di luar balkoni.

"Sayang i nak kena buat apa lagi nak heal your trauma" Air matanya perlahan mengalir. Sakit dia melihat keadaan Nadirah menjadi sangat teruk.

Kepalanya berpusing separuh memandang Nadirah. Semakin lebat air matanya membasahi pipi. Dia langsung tidak kisah tentang dirinya dia lebih mementingkan Nadirah.

MISS HACKER Where stories live. Discover now