Bab 25

23 2 0
                                    

Nadirah memeriksa senjata yang sudah lama tidak digunakan di dalam rak khas dan almari automatik.

"Aiman kau ambik semua senjata ni bersihkan lepastu check boleh guna ke tak lagi" Aiman terus melakukan arahan yang diberikan tidak berlenggah lagi.

"Mana si Syafiq lama tunggu ni" dia saja bukannya mahu bertumbuk dengan abangnya pun.

"Dia lari masuk bilik kunci pintu" beritahu Jizan. Nada suaranya tertahan kerana melihat Syafiq di dalam cctv yang diperiksanya.

Bila-bila masa akan terletus tawanya. Kelakar abang takut dengan adik. Abang pula jarang nak serious adiknya pula dingin, serious 24 jam dan garang pula tu.

"Dah la aku nak naik buat kerja habis masa terus rest"  Aiman dan Jizan mengangguk faham.

Beruntung dapat majikan yang mementingkan kesihatan dan rehat buat pekerjanya sendiri.

"Mikael how about the flight did you get it?" Mikael mula membuka ipad ditangannya membelek-belek tiket online.

"I got the flight at 10 pm" Nadirah diam seketika. Kemungkinan pada pukul 12 sudah penuh atau akan tertangguh.

"Have you book the flight?" Mikael meneguk beberapa teguk air di dalam botol miliknya.

"Ha yes i already book before we go to the meeting" Nadirah menunjukkan tangannya simbol 'good' dia terus menghilangkan diri masuk ke dalam bilik tidurnya untuk berehat.

Setiap pelusuk biliknya diperhatikan. Suram dan gelap itulah kesukaannya. Biliknya bercatkan hitam dan kelabu dikemaskan lagi dengan garisan berwarna emas dikawasan tertentu.

Lantai biliknya diperbuat daripada marmar. Sejuk dan menyamankan asbab penghawa dingin dibuka.

Gambar bersama ahli keluarga besar mereka yang tergantung di ruang berehat ditenung lama. Dengan ditemani cahaya lampu malap di atas meja dia dapat melihat keseluruhan wajah ahli keluarganya.

Dia tersenyum. Bukan gembira tetapi luka yang tersimpan lama di dalam hati. Rindu sudah semestinya sangat sakit kepada yang sudah tiada.

Dia redha dengan apa yang sudah berlaku. Rantai leher yang dipakai diusap. Amanah Dato Cris kepadanya untuk menjaga setiap rahsia yang ada di dalam.

Dia sudah mengetahui segala rahsia BKD's yang terbuku di dalam rantai tersebut. Ia berbentuk pendrive kecil yang dicipta sendiri oleh Dato Cris.

Dengan itu dia mengenali siapa ayah angkatnya dan kewujudan Persatuan Mafia serta undang-undang yang ada. Selain itu, dia juga turut mengetahui bagaimana BKD's tercipta.

Dia tiada masa untuk healing seperti budak muda lain. Banyak lagi perlu dia belajar dan dia hanya fokus untuk belajar dan memperbaiki diri. Apa yang dia buat hanyalah redha dan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

Sangat sakit apabila kehilangan orang yang sangat kita sayangkan. Tetapi jangan pernah salahkan takdir kerana Dia takkan menguji kita kerana Dia tahu kita mampu untuk melaluinya.

Itulah prinsip yang Nadirah terapkan pada dirinya.

"Mummy daddy anak mummy dengan daddy kuat walaupun kadang tak pun sebernanya. Rindu tu sakitkan" Nadirah tertawa seorang diri.

Air matanya langsung tidak mengalir. Dada dipegang terasa mencucuk sakit. Kepalanya terasa memusing. Badannya mengeletar hebat. Nafasnya tersekat-sekat. Dia sudah penat mengalirkan air mata. Terlampau banyak menangis.

Akhirnya dia jatuh rebah di atas lantai berseorangan.

"Grandma Nadirah mana?" Syafiq menjenggul masuk kepalanya ke dalam bilik Datin Dayan.

MISS HACKER Where stories live. Discover now