BAB 6

56 2 0
                                    

Nadirah termenung ke luar tingkap. Setiap kenangan bersama keluarganya berlayar kembali dalam ingatan.

Di awal usia 19 tahun dia sudah diuji dengan kehilangan keluarga tanpa sempat meluangkan masa bersama buat kali terakhir.

Fail hitam yang tertulis nama panjangnya dicapai.

Mikael memerhatikan Nadirah daripada tempat duduknya. Dia sudah buntu mencari jalan untuk memujuk Nadirah.

"Semua maklumat pasal kes pembunuhan keluarga kau tengah digodam macam yang kau arahkan. Ni baru sikit sebelum bertolak daripada rumah tadi Zyn bagi aku" Terang Mikael. Nadirah menyelak setiap helaian kertas dengan berhati-hati, tidak mahu satu pun terlepas pandang.

Berkerut dahinya tatkala merasa sesak nafas. Kepala pula seakan-akan berpusing melayang dimana-mana. Fail yang dipegang jatuh daripada tangannya. Penglihatannya kabur.

Sempat dia melihat Mikael terpinga-pinga sebelum dia menutup mata.

"Irah bangun pleasee" kepala diribakan. Bahunya ditampar perlahan oleh Mikael.

"Tuan apa jadi ni?" Soal pramugari perempuan. Terkejut apabila dia terdengar seperti ada benda yang jatuh agak kuat.

"Sediakan bilik aku nak letak miss" pramugari tersebut tanpa membuang masa terus menuju di mana bilik berehat terletak.

'Please be strong' bisik hati Mikael. Baru sahaja kehilangan keluarga tercinta sudah tampak perubahan pada Nadirah.

Tubuh kecil Nadirah diangkat mudah.

Nadirah diletakkan di atas katil. Selimut tebal ditarik menutupi separuh tubuhnya.

"Lisya bawak masuk ubat miss and air suam" Lisya menundukkan sedikit badannya sebelum keluar daripada ruangan tersebut.

Sofa single di sebelah katil diduduki. Fikirannya ligat memikirkan kesihatan Nadirah. Daripada kecil dia menghidap penyakit axienty dan panick attack.

"Tuan ni ubat Miss Nadirah" Lisha membawa segelas air suam bersama piring berisi ubat beralaskan dulang.

Private jet jni khas untuk Nadirah disebabkan itu semua kelengkapan peribadi sudah tersedia.

"Thanks letak je dekat meja tu" Lisha meletakkan dulang tersebut di atas meja.

Setelah 40 minit

"Irah bangun makan ubat" arah Mikael. Tidak lagi membuang masa dia bangun menuju ke meja yang terdapat gelas air.

Matanya masih kabur. Dia hanya dapat mengesan kedudukan gelas yang berisi air suam sahaja.

"Mikael kau tak nampak ke aku macam orang buta cari ubat mana? Asal kabur sangat mata aku ni eish" marah Nadirah.

Mikael ralit bermain dengan gajet mahal miliknya tergelak kecil. Hujung lengan baju Nadirah ditarik lalu dia meletakkan ubat di atas telapak tangan kecil Nadirah.

Matanya tertutup kembali. Ditenyeh-tenyeh kuat kedua belah kelopak matanya.

"Mika dah sampai ke?" Gelas yang sudah kosong dipegang erat. Tubuh tegap Mikael dipandang tajam. Nafasnya dihela perlahan kerana Mikael mengendahkan soalannya.

Kakinya melangkah turun daripada dalam pesawat peribadinya.

Raut wajah kelihatan pucat tidak diambil tahu. Kesemua anak buahnya menundukkan sedikit kepala apabila Nadirah melintasi mereka.

Butang kecil dibahagian belakang handle ditekan. Pintu kereta Velfire tersebut automatik terbuka. Nadirah laju memasuki perut kereta.

"Blah setan aku masuk dulu" Marissa menjeling Mikael. Sudah lama dia tidak bertemu Nadirah kerana dia menguruskan ahli BKD's disini.

"Khuṇ pĕn khn ræk s̄ảh̄rạb c̄hạn!" (Kau ni kan bagi aku dulu la!). Dada bidang Mikael dicubit kemudian dipulas kuat.

"Rissa aku nak maklumat pasal kematian atuk aku" Kelopak matanya masih terpejam. Dia hanya mendengar perbalahan dua beradik tersebut sebentar tadi.

Tubuh adiknya ditolak masuk ke dalam kereta secara kasar. Kemudiannya dia turut memasuki sebelum menarik tutup pintu kereta.

Mereka menuju ke syarikat milik Nadirah di Bangkok diiringi beberapa buah kereta hitam Range Rover daripasa belakang.

"Kār tāy k̄hxng pū̀ k̄hxng nāngs̄āw Nadirah keid cāk māfeīy Ring thī̀ ḳh̀ā pherāa yạng mị̀ s̄āmārt̄h rabu dị̂" (kematian atuk Miss Nadirah disebabkan Rings Mafia yang bunuh. sebab masih lagi tak dapat dikenal pasti). Marissa menelan air liur, takut melihat reaksi majikannya.

"Kĥnh̄ā cn dị̂ mā" (cari sampai dapat). Telapak tangan kananya diletakkan di dahi.

"Irah rest lambat lagi nak sampai" Nadirah mengangguk perlahan. Dia membetulkan posisi tubuhnya agar selesa untuk dia berehat.

"Kesian miss sekarang semua dia kena buat sendiri dia dah tak ceria macam dulu" Marissa memandang sayu ke arah Nadirah.

"Daripada dulu dia tak ceria Mar sejak lepas kejadian dia dengan arwah Tuan Muda Adam, Syafiq, Muazyn Miss Claryna kena culik dia paling teruk kena" nama adik beradik Nadirah disebut perlahan. Mikael tidak mahu melihat majikannya menitiskan air mata.

"Hmmm. Aku nak tido kt seat belakang" Mikael mengangguk. Dia tidak berasa mengantuk kerana dia sudah lena panjang dalam perjalanan ke sini.

Ipad di atas ribanya dibuka. Maklumat senjata yang dibeli sudah pun sampai di gudang BKD's. Fokus dia meneliti setiap bilangan senjata supaya tiada yang tercicir.

MISS HACKER Where stories live. Discover now