BAB 17

34 0 0
                                    

4 tahun kemudian....

Sebuah lorong yang kecil tempat dituju. Langkahnya dibuka luas laju melarikan diri daripada dua orang lelaki yang sedang mengejarnya.

"Woii berhenti!!" Tengking lelaki itu. Gadis tersebut terpinga-pinga apabila menemui jalan mati. Nafasnya tidak stabil. Fikirannya cuba untuk mencari jalan untuk keluar walaupun mustahil.

Bastien melangkah perlahan mendekati gadis itu. Jari-jemarinya diurut sesama sendiri lalu digengam. Bibirnya tersenyum nakal melihat kegelisahan gadis cantik itu.

Nadirah menepuk kuat bahu Bastien tanda supaya berhenti menakutkan gadis itu. Senjata api miliknya dikeluarkan daripada belakang poket diserahkan kepada Mikael.

"Hey girl come here" Gadis itu masih tidak beranjak daripada tempatnya. Berasa sekelilingnya tidak selamat dengan adanya 2 orang lelaki berpakaian serba hitam sama dengan perempuan dihadapannya.

Kedua tangan diangkat diudara. Lingkungan umur gadis itu 12 tahun. Muda. Dan cantik.

"Ey budak bapak kau kena bunuh dah baik kau sini" dingin Bastien. Tak padan dengan umur mulut sudah lancang habis.

"Enough Bastien Lais" Nadirah memarahi Bastien. Gadis tersebut terundur setapak.

"Come here little girl i'm not going to hurt you" laju kepalanya menggeleng. Dengan mata kepalanya sendiri dia menyaksikan ayahnya dibunuh dengan kejam.

"Bukan aku yang bunuh ayah kau sekarang ni aku datang dengan pihak polis" Reaksi yang diberikan oleh gadis itu sudah Nadirah fahami bahawa dia perlukan penjelasan.

"Aku rasa kau sendiri dah cukup faham apa yang aku cakap and situasi yang kau nampak sendiri" Gadis itu menganggukkan kepalanya. Benar apa yang dikatakan oleh Nadirah.

Ayahnya seorang kaki judi dan kaki perempuan. Setiap hutang pasti dialah menjadi mangsa keadaan. Sering kali dia dipukul kerana tiada duit untuk diberikan kepada ayahnya.

Dia dipaksa bekerja demi melangsaikan hutang ayahnya. Dia tidak sekolah sejak berumur 11 tahun.

Laju air mata merembes keluar. Dia perlahan-lahan mahu memeluk Nadirah tetapi padangannya gelap. Sempat disambut oleh Bastien. Bastien menganggkat gaya bride style.

"Mummy" Nadirah menoleh pada Bastien. Panggilan itu sudah biasa bagi Nadirah.

Bastien yang menginginkannya. Katanya mahu mengenangkan arwah ibunya yang mati dibunuh. Asalnya mahu dipanggil ibu tetapi Nadirah tidak membenarkan kerana terlampau kampung bunyinya.

"Takkan nak simpan orang luar dengan kita kut?" Soalnya dengan nada menyampah.

"Sampai tak ada siapa yang ancam dia kita kena simpan" Bastien menghela nafas kasar.

Bahagian perutnya terasa hembusan nafas. Dia menjatuhkan kepalanya. Gadis itu menyebamkan mukanya pada perutnya yang beroti. Bibirnya dikemam rapat.

'Cute!'

"Ha apa senyum-senyum tu" tegur Nadirah. Wajah Bastien dikerling daripada hujung mata. Blushing lah tu.

Diam tiada sahutan.

"Mika apa yang lembab sangat" Mikael tersentak hebat. Pedal minyak ditekan. Nadirah mengetuk tepi bahu Mikael.

"Ish sakitlah bongok" Nadirah menjeling Mikael. Orang nak cepat makin lambat dia bawak kereta.

"We cepat-cepat Tuan Syafiq otw dahhh" jerit Aiman. Terlintang pukang mereka berlari di sekeliling rumah.

Penuh kawasan kolam rumah itu dengan belon berwarna emas dan hitam bertali merah. Meriah sekitar kawasan itu dengan lampu-lampu bulat tergantung.

Kesemua anak buah Nadirah yang menghias tempat tersebut berbaris dua barisan berhadapan satu sama lain. Masing-masing menayangkan wajah dingin.

Syafiq mengerling keadaan Nadirah,Bastien dan gadis tersebut dibelakang.

Bastien dan gadis tersebut diulit mimpi manakala Nadirah bermain dengan iphone ditangan.

"Nadirah nanti bagi abang naik dulu" Nadirah diam tidak membalas. Syafiq melihat perilaku Nadirah daripada cermin pandang belakang sekali lagi.

"Okay" Mikael memberhentikan kereta. Syafiq terus keluar meninggalkan mereka berempat.

"Tuan Syafiq" Serentak mereka menundukkan sedikit kepala mereka. Syafiq menghalakan kornea matanya disekeliling kawasan kolam itu. Senyuman nipis terukir.

"Aiman jemput Miss Nadirah naik" Kerusi dicari sebelum dia duduk dengan selesa.

Rokok elektronik dikeluarkan lalu dihisap perlahan. Asapnya dihembus keluar daripada mulut ke udara.

Nadirah membuntuti sahaja Aiman daripada belakang. Ikutkan mahu sahaja dia naik dan terus tidur.

Sampai di hadapan kesemua anak buahnya yang berbaris dia sudah pelik ada apa pula kalini. Ada perjumpaan ketua-ketua mafia ke?. Timbul pelbagai soalan dalam dirinya.

Aiman kembali ke dalam barisan. Nadirah berjalan perlahan melintasi mereka yang sedang menunduk kepadannya. Kekok. Apakah yang sedang berlaku.

"Happy birthday my love" Ucap Syafiq sambil memanggil Nadirah ke arahnya. Lagu golden hour sayup kedengaran.

Nadirah memeluk abangnya erat. Dia tersenyum dalam pelukkan abangnya. Syafiq membalas pelukkan adiknya sambil menari-nari kecil. Mukanya disembamkan pada dada bidang Syafiq. Dia terharu dan gembira.

Nadirah mengangkat mukanya memandang wajah tampan Syafiq. Kucupan ringkas dilabuhkan di atas dahi adiknya. Anak buah Nadirah tersenyum melihat aksi tersebut.

Bastien ternampak mereka tersenyum-senyum menegur mereka.

"Ha apa senyum-senyum" serta-merta senyuman mereka mati. Bastien tertawa kecil.

"Relax harini birthday Miss kan enjoy lah boys" Bastien memetik buah anggur lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Oh ya tidak dilupakan pelbagai jenis buah-buahan dan makanan disediakan bagi sambutan hari lahir Nadirah. Semuanya disediakan oleh pembantu rumah.

"Yes enjoy my party today" Nadirah senyum tipis ke arah mereka. Aiman laju meluru ke arah meja yang diletakkan makanan.

Nadirah kembali berpandangan dengan Syafiq.

"Thanks abang" bisiknya perlahan. Punggungnya dilabuhkan di atas riba Syafiq. Sengaja mahu bermanja.

Riuh rendah parti malam itu dengan suara sorakkan anak buahnya. Kena pula ada arena bola. Berkumpul mereka semua dihadapan layar putih. Penuh kawasan padang bersebelahan dengan kolam itu dengan anak buah BKD's yang ada.

"GOALLLLLL!!!!!!" Bergema suara sorakkan disekitar rumah agam tersebut. Bukan sedikit ya. Ada yang dipanggil lagi di markas untuk datang ke ND's mansions.

"Adik rindu yang lain" kepalanya direhatkan di atas dada Syafiq sambil melihat bintang-bintang di langit.

"Abang pun" Cuaca sejuk pada malam itu mendamaikan suasana. Angin menampar lembut kulit putihnya.

"Mummy budak tu dah bangun dia dekat dalam" Nadirah tersentak dengan suara garau yang bercakap dengannya.

"Bawak dia keluar makan. Explain everything about this party" Bastien mengangguk sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

"Pelik adik belum khawin ada orang dah panggil mummy" Syafiq dan Nadirah tergelak bersama.

Andai sahaja tidak berlaku serangan tersebut sudah semestinya ahli keluarganya yang lain ada disisi bersama.

Sedih. Tiada yang lebih sakit daripada sakit menahan rindu kepada orang yang sudah pergi.

"Biarlah dia sekarang baru kita fahamkan macam mana rasa kehilangan yang Bastien rasa dulu" Syafiq mengangguk perlahan.

"Sekarang kita saja yang tinggal. Adik harap abang tak tinggal adik dah lepasni" pergelangan tangan Syafiq ditarik lembut. Tapak tangannya kecil disulam dengan tangan besar Syafiq.

Syafiq tersenyum sendiri.

MISS HACKER Where stories live. Discover now