BAB 5

64 3 0
                                    

Nadirah termenung di balkoni menghirup udara segar. Sudah puas dia menangis atas kehilangan keluarga dan rakannya.

"Hey sweetie" tegur Mikael. Sudah 10 minit dia merenung Nadirah duduk berseorangan di balkoni memeluk tubuh.

Nadirah memandang Mikael. Layanan Mikael terhadapnya tidak ubah seperti Muazyn. Arwah abangnya. Jujur dia sudah mula merindui ahli keluarganya.

"Jangan terlampau sedih tak elok untuk kesihatan" kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan duduknya. Wajah bersih Nadirah ditenung lama.

"Jom turun semua dah tunggu dekat bawah" Pujuk Mikael. Kesemua anak buah Nadirah menunggu ketibaannya di bilik mesyuarat.

Nadirah langsung tidak mengeluarkan suaranya. Dia masih lagi tidak berganjak dari tempat duduk.

Otaknya ligat berfikir bagaimana dia mahu mengendalikan sebuah organisasi yang terlampau besar ciptaan atuk dan nenek moyangnya terdahulu.

Dia rindukan keluarganya.

"Sayang lets go" pujuk Mikael lagi. Nadirah mengalah. Dia bangun meninggalkan Mikael seorang diri. Demi keluarganya dia cuba kuat.

Langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik mesyuarat. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

PAP

Nadirah memejamkan kelopak matanya. Dahinya terhantuk pada pintu kaca yang dibuka oleh Nazran. Kesemua para jejaka menoleh ke arah pintu. Agak kuat bunyi tersebut.

"Errr sorry yang kau duduk belakang ni kenapa" Nazran menjeling Nadirah. Nadirah turut membalas jelingan Nazran. Mikael memandang tajam lelaki tinggi tersebut.

"Nak pergi mana Nazran Muhammad Darwish?" Soalnya senada. Nama panjang Nazran disebut senafas. Jika tidak Nazran langsung tidak akan menyahut.

"Kau nak apa lagi?" Jawabnya malas. Mereka berdua langsung tidak sebulu.

Wajib ada pergaduhan tidak matang diantara mereka berdua. Bercanggah pendapat dan sebagainya.

"Masuk sekarang sebelum aku heret kau" bahu Nazran dilanggar kasar.

Sebuah laptop berwarna hitam di atas meja dibuka. Nadirah menarik nafasnya buat kali kedua lalu dihembus kasar.

Hologram terpancar ditengah-tengah meja panjang tersebut. Serentak dengan itu bilik tersebut menjadi suram.

"H̄lān s̄āw k̄hxng khuṇ yāy" (nadirah cucu nenek). Seorang wanita tua memanggil Nadirah lembut. Berita tentang kematian keluarga Nadirah sudah tersebar luas. Punca masih tidak dapat dikenal pasti.

"Yāy..." (nenek). Sudah lama dia tidak menghubungi neneknya belah arwah mummynya.

"Xdthn wị̂ na thī̀rạk xỳā ṣ̄er̂ā pị Ina k̄hêmk̄hæ̆ng" (sabar ya sayang jangan sedih-sedih Ina kuatkan). Nadirah mengangguk. Baru sahaja dia terniat mahu balik ke Malaysia. Tahu-tahu anak dan menantunya cucunya sudah menghadap ilahi.

Hanya tinggal Qis Nadirah seorang.

"Dia cakap bahasa apa tu?" Soal Nazran kepada Mikael.

"T..."belum habis ayatnya dia sudah dipanggil oleh Buppha Kulap.

"Mi ka dūlæ nā dī rāh̄̒ pĕn xỳāng dī" (mika jaga Nadirah elok-elok). Pesan Buppha. Mukanya sengaja digarangkan.

"Phī̀ chāy thī̀ dī..." (baik nek). Mikael tersenyum manis. Kesemua anak buah BKD's terkejut melihat Mikael. Boleh cair kaum hawa dibuatnya nasiblah hanya ada Nadirah.

"Weyh aku rasa aku cair dengan Tuan Mikael"

"Kau sedar sikit kau tu jantan bukan perempuan" marah kawannya pula. Meriah habis bilik mesyuarat tersebut dengan suara mereka.

"Silent" marah Nadirah.

"Jaga diri ya Nadirah ada rezeki nenek datang sana ya" Nadirah membalas dengan anggukan kepala sahaja. Air matanya sedaya upaya ditahan daripada menitis buat kali kedua. Cahaya lampu yang automatik tertutup sebentar tadi terbuka semula. Panggilan hologram sudah ditututp.

"Aku akan ambik alih syarikat and BKD's. Satu lagi aku nak korang siasat siapa dalang semua ni" laju mereka mengangguk.

Sudah pasti BKD's akan diburu musuh kerana perginya seorang ketua melambangkan kejatuhan sesebuah kumpulan besar yang berpengaruh.

"Miss Nadirah berita palsu dah tersebar yang miss terlibat dalam kes pembunuhan tu tapi mayat miss tidak dijumpai and Black King Devil Dragon bebas tiada ketua utama" Ipad dihulurkkan oleh Zarran kepada Nadirah.

Artikel tersebut dibaca dengan teliti sebelum dia tersenyum sinis. Manusia suka membuat cerita yang tidak sahih.

"Biar aku yang uruskan hal ni korang buat apa yang patut. Gerakkan yang lain dalam senyap untuk siasat jangan sampai pihak polis dan media tahu senang sikit kerja aku lepasni" Nadirah bangun meninggalkan bilik mesyuarat tersebut. dia mahu menyendiri.

Nadirah memasuki bilik peribadinya. Frame gambar mereka sekeluarga dipegang lalu dipeluk erat. Kelopak matanya dipejam.

Akhirnya dia kalah, air mata tetap mengalir dipipi.

Bukan setakat ahli keluarganya sahaja malah ahli keluarga angkatnya juga sudah menghadap ilahi. Dia hilang arah tujuan. Hatinya kembali resah gelisah memikirkan keselamatan neneknya di Thailand.

"Nadirah" panggil Mikael. Nadirah langsung tidak menyedari Mikael masuk ke dalam bilik tersebut. Leka melayan perasaan sedih berseorangan.

"Mika.." sayu Nadirah. Matanya sembab akibat terlalu banyak menangis.

"Comel" Mikael hanya mampu duduk berhadapan dengan Nadirah. Walaupun dia bukan Islam dia tahu batas diantara mereka.

"Dah jom balik Thai kau risau dekat nenek kan?" Pertanyaan Mikael dibalas dengan anggukkan.

"Nak balik malam ni ke esok pagi?" Soalnya lagi. Dia risau akan keselamatan Nadirah pada masa akan datang. Dia meneruskan niatnya untuk sentiasa di sisi Nadirah.

"Malam ni jugak" laju Nadirah menjawab. Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya nenek yang masih ada.

Mikael tersenyum melihat perwatakkan Nadirah bersamanya. Seperti budak kecil yang inginkan kasih sayang seorang abang.

"Okay jom pack barang kau aku sediakan apa yang patut" Mikael menlangkah keluar daripada bilik kerja Nadirah.

"Nazran kau sediakan budak aku dengan Nadirah nak balik Thai" arah Mikael. Dia melihat beberapa buah kereta masuk ke dalam perkarangan rumah agam daripada atas.

"Okay. Aku stay, lead kerja yang miss bagi dekat kami" Mikael hanya diam. Sudah mereka tahu bahagian masing-masing.

"Siapa datang?" Setelah beberapa minit Mikael kembali bersuara. Jam menunjukkan 11:30 malam. Ada lagi setengah jam sebelum dia dan Nadirah bertolak ke negara jiran.

"Budak-budak bawahan Academy BKD's turun sini" setiap gerakkan anak buahnya diperhatikan. Lengkap berpakaian serba hitam semuanya.

"Miss Nadirah" tegur seorang lelaki.

Nadirah berundur sedikit ke belakang apabila namanya disebut oleh suara garau.

"Fahmi bawak apa yang aku suruh?" Fahmi mengangguk. Dia memberi isyarat kepada ahli baru untuk masuk.

"Welcome to Black King Devil Dragon. Congratulations i choose you to be my employee. Do the best as you can" Nadirah memerhatikan setiap seorang ahli baru yang dipilih.

"You choose the right employee babe" tegur Mikael. Tubuhnya bersandar pada dinding. Tangannya disilangkan di dada.

Nadirah tersenyum senget. Bangga kerana dia pandai memilih yang terbaik.

"Dah tau apa tugas korang?" Nadirah fokus membaca maklumat syarikat yang dihantar oleh pembantu peribadinya.

"Dah tau miss" serentak mereka menjawab. Kesemua ahli baru yang diserap masuk ke dalam BKD's akan dilatih dengan keras dan tegas.

"Mulai harini buat kerja korang jadual semua dah disediakan" Fail diberikan kepada Mikael. Kaca mata hitam dipakai. Begnya jugak siap sedia hntuk ditarik.

Mereka berlima mengangguk faham.

"Nadirah let's go were are getting late!!" Jerit Mikael daripada pintu rumah agam tersebut. Nadirah membuat roll eyes menyampah.

MISS HACKER Where stories live. Discover now