8

69 21 4
                                    

tumbukan padu dah berasap hitam dari Irvine ditahan hanya menggunakan sebelah tangan. dan tangan itu merah menyala juga mengeluarkan asap nipis. theo tersengih memandang Irvine membuatkan lelaki itu bertambah marah. kini giliran Irvine pula melepaskan serangan bertubi-tubi ke arah Theo.

dan anehnya, tidak seperti tadi, kesemua serangan yang luar biasa dari Irvine itu mampu dielak dan ditangkis oleh Theo begitu sahaja. theo juga tidak faham bagaimana ia terjadi. namun, penglihatannya sekarang tersangatlah jelas membuatkan dia dapat melihat dan mengagak segala pergerakan lawannya. badannya juga terasa sangat ringan, seakan-akan dirinya mampu untuk terbang.

serangan demi serangan dikenakan oleh Irvine. marahnya telah memuncak.

"Jangan kau mengelak saja budak! lawan aku!!" jerkah lelaki itu dengan wajahnya yang bengis.

theo ketawa perlahan. lucu melihat lawannya naik angin.

tumbukan padu dari Irvine akhirnya ditangkapnya. Theo tersengih. Lalu dia menanduk Irvine kuat menggunakan dahinya. Dahi yang berwarna merah dan berasap nipis. Irvine terpelanting ke belakang. Kepalanya melecur dan luka teruk.

theo meluru laju ke arah Irvine. belum sempat lelaki itu bangkit, theo terlebih dahulu menghadiahkan satu tendangan kuat ke arah lawannya. sekali lagi Irvine terpelanting ke sisi. theo langsung tidak berlengah. dengan kelajuannya sekarang, Irvine langsung tidak sempat untuk meneka pergerakan lelaki itu. sepertinya, lelaki yang dia anggap sebagai budak hingusan itu telah pun berubah menjadi seorang lawan yang berlipat kali ganda lebih kuatnya dari dia. dia tak patut memandang rendah akan budak itu. tapi, dari mana datangnya kekuatan seperti itu. dalam masa beberapa jam sahaja bertarung. bagaimana lelaki itu tiba-tiba sahaja menjadi sekuat itu?

itu difikiran Irvine ketika dia terbang ke kiri dan kanan dipukul oleh Theo. theo langsung tidak memberi Irvine peluang untuk menyerang balas. setiap serangannya sepantas kilat. 

lihatlah, lantai arena sudah tiada rupa lantai.

dinding-dindingnya juga sudah hancur berkecai. 

tiang-tiang besi yang terpacak di serata arena sudah tumbang separuh bilangannya.

kegamatan itu telah membuatkan pertarungan antara kadet-kadet Alpha dan puak bounty hunters Erika tergendala seketika. masing-masing terpegun melihat bagaimana Irvine kini sudah tidak berdaya untuk melawan.

termasuklah Keith yang sejak tadi cuba untuk melepaskan rakan-rakannya dari gari pada tiang besi. matanya terpana melihat ayahnya dibelasah teruk oleh Theo. hatinya berbolak balik. adakah patut dia membiarkan sahaja Theo terus membelasah ayahnya? atau patut dia hentikan kaptennya itu sebelum ayahnya terbunuh?

"Theo.." gumamnya perlahan.

"Keith! hentikan Theo!" kata-kata dari Erika itu menyedarkan Keith dari lamunan. dia memandang adiknya yang sudah berlinangan air mata.

"T-Tapi.. " 

"Keith! sekejam apa pun dia.. dia tetap ayah kandung kita.. aku.. aku tahu dia jahat. tapi aku tak sanggup tengok dia mati.." ujar Erika. kini air matanya sudah mengalir membasahi pipi. dia memandang pula rakan-rakannya. ken tersengih lalu mengangguk. akhirnya Keith menarik nafas panjang. baiklah.

irvine jatuh menjunam ke lantai yang sudah merekah teruk itu. hentakan badannya yang agak besar membuatkan rekahan lantai itu menjadi bertambah besar. irvine sudah berlumuran dengan darah. disetiap inci badannya sudah dipenuhi luka, lecur dan lembam-lebam yang teruk. mungkin juga terdapat beberapa tulangnya yang sudah patah.

dia sudah tidak bermaya untuk bergerak. dalam keadaan lemah itu dia memandang ke arah Theo yang sedang berdiri di hadapannya. pandangannya sudah menjadi kabur. dia tersengih menampakan gigi yang merah.

"Tak sangka.. aku..dikalahkan.. oleh.. budak.. hingusan..." lupakan sahajalah rancangannya untuk menakluki 5 benua. kalau lanun sekecil itupun dia tak mampu nak kalahkan. 

"Theo!!" irvine sedikit tersentak apabila terdengar suara anak lelakinya.

theo hanya berdiam diri. tidak menyahutpun panggilan dari Keith. dia hanya memandang ke arah Irvine yang sedang terlantar tidak bergerak di dalam rekahan tanah.

"Theo.. cukuplah.. dia dah tak mampu melawan lagi.." ujar Keith perlahan.

sunyi..

"A-aku minta maaf.. pasal tadi.. aku tak patut menyerah macam tu saja tanpa malawan.." sambungnya setelah agak lama berdiam dan Theo langsung tidak membalas.

keith memejam matanya perlahan. mungkin Theo marah dan kesal telah memilih krew yang lemah dan mudah menyerah macam dia. dia bersedia kalau lelaki itu ingin memecatnya dari terus menjadi navigator Ibis. dia tertunduk memandang tanah.

tiba-tiba, seseorang berdiri di hadapannya. dan meletakkan tangan ke bahunya. dia tersentak.

"Jangan sekali pun kau mengalah, Keith.. kita sahabat.. kau patut percayakan kitorang.. apa gunanya sahabat kalau kitorang biarkan saja kau kalah macam tu.." Theo akhirnya membalas perlahan. jujur, dia sedikit kecewa sebaik sahaja lelaki itu menyerah kalah pada Irvine. 

keith sekali lagi terpegun.

sahabat..

perkataan yang sudah lama tidak dia gunakan. dia tak pernah ada sahabat yang sanggup berkorban untuk dia.

jadi.. ini rasanya memiliki sahabat.....

"Sudahlah.. mari kita keluar dari sini.." ujar lelaki bergelar Kapten itu dengan sengihan yang melebar.

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Where stories live. Discover now