5

85 24 1
                                        

Sesaat, dia menutup matanya. Sebaik dibuka, Ruler sudahpun berada di hadapannya. Dengan satu sengihan yang menyeramkan. Keith masih bersandar pada lubang di dinding arena. Lubang yang terhasil disebabkan oleh hentaman badannya tadi.

"Aku dah cakap.. kau lemah.. aku rasa lebih baik kau mati saja. Biar aku yang jadikan Lieutenant Irvine sebagai Overlord.. hahaha" dan Ruler terus ketawa terbahak-bahak seperti disampuk.

Keith hanya memandang lelaki itu tanpa reaksi. Badannya kelihatan termengah-mengah.
Tiba-tiba telinganya mengangkap satu bunyi dari jauh. Bunyi beberapa besi kecil berlaga sesama sendiri. Dia melirik ke belakang Ruler yang masih asyik dengan ketawanya.

Di sana.. jauh di sana.. di tempat gugusan kuncinya jatuh tadi. Terdapat seorang gadis sedang berdiri di situ. Dengan tangan kanannya memegang gugusan kunci dan tangan kirinya menggenggam tali yang mengikat 2 bilah golok panjang berwarna hitam pekat. Gadis itu memandang tajam ke arah Keith.

"Erika!" jerit Ken yang masih terikat di tiang besi sebaik melihat Erika yang tiba-tiba sahaja muncul di tengah-tengah arena. Sepertinya gadis itu membawa sinar harapan untuk membebaskan dia dan rakan-rakannya.

Keith memandang Ruler. Sepertinya lelaki itu sudah bertekad mahu menghabiskannya. Tangan berototnya di angkat ke udara. Satu tekanan yang kuat jelas terasa melalui aura yang dikeluarkan sebaik sahaja buku limanya terangkat ke udara. Dengan laju buku lima itu kuat menghentam Keith. Satu libasan angin terhasil sebaik sahaja buku lima itu menyentuh Keith. Atau lebih tepat lagi, menyentuh 2 bilah hitam pekat yang bersilang di hadapannya. Bilah yang hitam seperti kegelapan. Satu aura hitam nipis muncul pada kedua-dua bilah golok yang bersilang itu. Ruler tersentak.

"M-Macammana?"

Keith tersengih seraya berdiri perlahan-lahan.

"Terima kasih Erika.." gumamnya.

Sebaik sahaja Ruler mengangkat buku limanya tadi, Erika sempat melontarkan kedua-dua bilah golok milik Keith yang telah dirampas sebelum ini ke arah pemiliknya. Dan sepantas itu juga Keith menyambutnya lalu menghentikan pukulan Ruler.

Seraya kedua-dua belah tangannya menyentuh dua bilah golok itu, seraya itu juga terdapat satu tenaga yang kuat mengalir masuk ke dalam badannya. Golok-golok itu bukan golok yang biasa. Dia mendapatkannya di sebuah kuil tersembunyi di sebuah pergunungan di Benua Euloth.

Golok-golok itu dijaga rapi oleh roh-roh penjaga kuil sejak berkurun lamanya. Sepertinya golok-golok itu menemui pemilik yang baru sebaik sahaja Keith menyentuhnya. Dan sejak itu jugalah, golok-golok itu mampu memberikan Keith tenaga yang luar biasa ketika dia memerlukannya. Sama seperti sekarang.

Keith menggeliat kecil sambil meregang-regangkan tulang-temulangnya. Dia kemudiannya membuka kuda-kuda kukuh dan memandang tajam kearah Ruler yang masih terpegun di hadapannya.

Keith tiba-tiba menghilang dari pandangan. Ruler tersentak. Dia memandang ke kiri dan kanan. Mencari kemana lelaki itu menghilang. Ini tidak mungkin! Dia tidak dapat melihatnya! Kemana lelaki itu? Perlahan-lahan kakinya terundur ke belakng. Dia mula panik.

Zas! Satu libasan angin berwarna hitam tiba-tiba muncul dari sisi kirinya. Dia cuba untuk menahan menggunakan tangannya yang berotot. Libasan itu terlalu kuat dan manolaknya ke belakang. Satu lagi libasan angin pantas menerpa ke arahnya dari sisi kanan pula. Dan satu lagi dari hadapan, belakang dan atas. Semuanya datang secara serentak. Dia tidak sempat untuk mengelak. Kesemua libasan-libasan angin hitam menerpa laju ke arahnya. Darah terpercik ke marata-rata. Ruler melutut ke lantai dengan satu kaki. Sebelah tangannya menekan lantai, menongkat badannya supaya tidak jatuh. Badannya kelihatan turun naik.

"Baiklah budak.. kalau itu yang kau nak.." gumamnya perlahan sebelum dia tiba-tiba menjerit kuat. keith muncul di hadapannya. Memandang Ruler keliru. Satu aura yang sangat kuat tiba-tiba sahaja muncul membuatkan dia sedikit terundur ke belakang. Otot-otot pada badan Ruler tiba-tiba membesar. Urat-urat biru dan merah semakin timbul disebalik kulit. Keith tidak mahu tunggu lagi. Pantas dia meluru kearah Ruler dengan satu kepantasan yang luar biasa. Goloknya diacukan kepada Ruler. Tetapi, ianya berjaya dihentikan.

Ruler memegang goloknya dengan satu tangan. Kini badan Ruler sudah membesar 2 kali ganda dari sebelumnya. Dia Nampak makin kuat, tetapi nafasnya kelihatan sedikit berat. keith menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya perlahan.
"Baiklah.."

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang