14

68 12 0
                                        

Head of Alpha Headquarters,
2 jam sebelumnya..

Keith, Ash, Blade dan Xara menyusup perlahan memasuki perkarangan bengkel kapal Alpha headquarters. Mereka berpecah kepada 2 kumpulan dan bersembunyi di beberapa bahagian yang tidak dapat dilihat oleh mana-mana kadet Alpha. Dihadapan mereka terbentang luas permandangan beratus-ratus kapal tentera Alpha berwarna putih dan biru muda. Lambang kepala serigala dilukis cantik pada setiap badan kapal menandakan yang kapal-kapal itu adalah milik tentera Alpha.

Mata mereka menangkap satu kapal kecil di tengah-tengah kapal-kapal Alpha itu. Jacdaw Ibis sudah 30% betukar rupa. Badannya sudah separuh dicat putih. Terdapat tiang-tiang kayu di sisi kapal bertujuan untuk membuat pengubahsuaian terhadap kapal kecil itu.

"Oh tidak.. Ibis.." Xara bergumam perlahan. Sedih melihat kapal mereka sudah mula bertukar rupa. Walhal baru beberapa hari sejak mereka meninggalkan kapal itu di tebing pantai.

Keith memberi isyarat kepada rakan-rakannya untuk terus menuju kearah Jackdaw Ibis. Walaupun hari sudah larut malam, bengkel itu masih lagi terang dan dipenuhi oleh para tentera Alpha. Ada yang sedang mengawal dan ada yang masih sedang berkerja membaiki dan mencuci kapal-kapal yang ada. Ada juga yang sedang membina beberapa buah kapal yang baru. Terdapat beberapa orang kadet sedang berkawal di sekeliling Jacdaw Ibis.

Keith berlari laju menyusuri rangka-rangka kapal besar yang berada di atas darat. Xara mengikutinya dari belakang, manakala Blade dan Ash menyusuri kayu-kayu balak yang bersaiz besar di sekitar ruangan itu.mereka mendekati Jackdaw Ibis dengan perlahan.

Tiba-tiba, kadet-kadet Alpha yang sedang berkawal si sekeliling Ibis itu terbaring di lantai tidak sedarkan diri. Sebelum sempat keadaan itu disedari oleh yang lain, 4 sekawan itu sudah terlebih dahulu menarik kadet-kadet yang terbaring itu lalu dihumbankan ke dalam laut berhampiran Ibis. Mereka memanjat tiang-tiang kayu lalu melompat ke dalam Ibis seraya menundukkan kepala supaya tiada yang perasan akan kehadiran mereka.

Keith menjengukkan kepala memeriksa keadaan. Dia lantas mengangkat ibu jarinya ke atas. Memberi isyarat kepada Aigle yang sedang bersembunyi di tingkat atas bengkel tersebut besama-sama senapang panjang miliknya. Aigle mengangkat googlenya lalu tersenyum.

"Yosh.. masa untuk keluar dari sini.." gumamnya perlahan lalu berlari turun.

Ash pantas berlari ke pengemudi kapal. Keith menaikkan sauh manakala Blade dan Xara mengikat layar kemas layarnya. Ash menekan pedal di bawah pengemudi kapal. Keluarlah pengayuh berbentuk roda pada kedua-dua sisi kapal membuatkan tiang-tiang kayu yang melekat pada sisi kapal terus roboh.

Bunyi bingit itu mengejutkan pihak Alpha yang berada di kawasan itu.

"Aigle! Cepat!!" jerit Keith ke arah Aigle yang sedang berlari dikejar oleh beberapa orang kadet Alpha. Gadis itu sudah menembak beberapa orang, tetapi masih lagi ramai yang mengejar.

Kadet-kadet yang lain mula menembak ke arah Jackdaw Ibis.

"tembak mereka! Jangan bagi mereka terlepas!" jerit si ketua. Ada beberapa orang yang sempat melompat ke dalam Ibis. Tetapi kembali jatuh ke laut dikerjakan oleh Keith, Xara dan Blade. Aigle melompat ke atas tiang-tiang kayu yang masih kukuh sebelum melompat ke deck Jackdaw Ibis.

Dia terlentang di atas deck.

"this is thrilling.." gumamnya sebelum menarik nafas lega. Beberapa saat kemudian dia bangkit lalu menghalakan senapangnya ke arah kadet-kadet Alpha yang masih menembak ke arah mereka.

"cepat Ash.. kita kena pergi ke selatan pulau.." ujar Xara sambil cuba mengelak peluru yang ditembak oleh lawan mereka. Bengkel itu semakin kecoh. Para tentera Alpha juga sudah semakin membanjiri tempat itu. Ada yang sudah berada di atas kapal tentera maju untuk mengejar mereka.

Ash membawa Jackdaw Ibis keluar dari pintu keluar yang merupakan sebuah lubang besar tanpa pintu. kapal-kapal Alpha semakin mendekat membuatkan gadis itu terus menekan pedal kayu kuat. Jackdaw ibis meluncur keluar dengan laju. Meninggalkan kapal-kapal lawannya di belakang. Peluru-peluru Meriam kelihatannya terbang laju ke arah mereka namun semuanya jatuh ke dalam laut. Jackdaw Ibis sudah terlalu jauh di hadapan.

Mereka berlayar laju ke selatan pulau. Tempat di mana mereka sepatutnya menunggu Theo, Ken and Xavier menyelesaikan misi mereka.

Sampai sahaja di situ, keadaan masih lagi gelap gelita. Tiada langsung kelibat kapten beserta 2 orang rakan mereka yang lain.

"Mana Theo? Kita tak boleh lama-lama kat sini!" ujar Ash.

Masing-masing mengamati hutan tebal di hadapan mereka.

Sunyi..

...

"Ooooiii korang!!!" laung satu suara dari hutan.

"Itu Theo!" ujar Aigle menunjuk ke arah pokok-pokok hutan yang kelihatan bergerak-gerak.

Kelihatan Theo, ken dan Xavier sedang berlari ke arah mereka. Theo melambai-lambai sambil tersengih.

"Shit! Diorang bawa Alpha!" ujar Blade sebaik melihat sekumpulan kadet Alpha sedang mengejar 3 sekawan itu dari belakang. Theo yang masih tersengih itu menjerit.

"Set Sail!!!"

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang