2 bulan sebelumnya...
Di tempat yang tidak diketahui..seorang lelaki kelihatan tercungap-cungap merapati tebing batu. seluruh tubuhnya basah lecun dibasahi air laut. rambutnya beruban putih. wajahnya juga dipenuhi jambang putih. namun badannya masih mekar gagah dan berotot. dia kelihatan terbatuk-batuk sebelum terbaring di atas tebing batu. jelas kelihatan kepenatan dan kepayahannya untuk sampai ke sini. dalam tercungap-cungap itu dia ketawa perlahan.
"Akhirnya.." dia memandang ke langit. sebetulnya ia bukanlah langit lagi. kerana tempat dia duduki sekarang lokasinya jauh sekali dari cahaya matahari. dia juga tidak pasti berapa jauh sudah dia pergi. jangka masanya pun dia sudah lupa berapa lama sejak dia memulakan perjalanannya. dia memandang ke langit yang diliputi batuan hitam. keadaan di situ gelap, tapi diterangi oleh cahaya kristal yang melekat pada dinding-dinding batu. cahaya berwarna-warni itu kelihatan sangat memukau.
dia bangkit perlahan-lahan. perutnya mula berkeroncong. ahh lapar sekali. sudah berapa hari dia tidak makan. sudah berapa hari dia tidak menjejakkan kaki ke daratan. dia memandang sekeliling. tempat itu luas. seperti sebuah gua batu yang dipenuhi kristal berwarna-warni. sebenarnya dia tidak pasti dia di mana sekarang. tetapi nalurinya mengatakan yang dia sudah sampai ke tempat yang dia ingin tuju sejak kali pertama dia memulakan pelayaran.
matanya melilau-lilau. tetapi yang ada di situ hanya batu dan kristal. langsung tiada pokok-pokok buah-buahan ataupun sebarang sumber air bersih untuk diminum. tekaknya juga sudah kering. dia berjalan ke arah satu lubang yang agak gelap di hujung gua kristal itu.
lubang itu sangat gelap. tiada walau sedikit pun cahaya di situ. dan lubang itu seperti tiada penghujungnya, jauh ke dalam.. membentuk satu lorong yang panjang. dia memandang ke belakang sebelum kembali memandang ke hadapan. mahu atau tidak, dia terpaksa juga memasuki lubang itu. sudah tiada jalan lain yang dia boleh ikut. hanya lubang ini sahaja yang ada. kalau tidak melalui lubang ini, dia akan mati kebuluran dan kahausan di sini.
................................................................................
tangannya meraba-raba dinding batu. kerana ketiadaan sumber cahaya, jadi penglihatannya sangat terbatas. dia juga tidak tahu kemana dia melangkah. lorong ini sangat dalam dan jauh. rasanya sudah lama dia berjalan. masih juga belum bertemu penghujung. tapi dia dapat rasakannya, lubang ini semakin mengecil. sehingga dia terpaksa menundukkan kepalanya.
tiba-tiba.. satu angin perlahan menghembus ke wajahnya. angin yang membawa satu bau hangit. seperti sesuatu telah terbakar. dia mula berasa tidak sedap hati. kakinya sedikit teragak-agak untuk melangkah. namun, dia sudah sampai sejauh ini, tidak mungkin dia akan berpatah balik. dia teruskan juga melangkah dengan berhati-hati. dari kejauhan mula kelihatan satu cahaya yang agak menyilaukan mata.
namun, belum sempat dia menghampiri cahaya tersebut, satu kelibat hitam yang sangat besar menutup lubang cahaya bersama-sama satu angin yang sangat laju. matanya terbutang luas. dari kegelapan lorong itu, jelas kelihatan sepasang mata berwarna kuning yang bercahaya terang. mata itu sangat besar, tajam dan menakutkan. belum sempat dia melarikan diri, kelibat itu terlebih dahulu meluru ke arahnya.
dan segalanya mejadi gelap......
................................................................................
masa sekarang,
Middle of the Sea,
Oska Continent,"Lambat lagi ke nak sampai? Aku lapaarr.." Theo merengek sambil tersadai di sisi Jackdaw Ibis. Turut tersadai dan merengek di sisinya adalah Ken.
"Kau cakap nak cari tukang masak untuk kapal kita ni Theo.. kalau ada tukang masak tak adalah kita asyik kelaparan je.. Xara bukannya pandai masak.." ujar lelaki itu sebelum kepalanya diketuk oleh Xara menggunakan ulu pedangnya.
"Kau ni memang tak reti bersyukur kan?" Marah gadis itu.
"Jangan risau.. kita dah nak sampai." Ujar Keith membuatkan mata Theo dan Ken bersinar-sinar.
Keith memandang langit. Sepertinya mereka sedang mendekati sebuah pulau. Merujuk pada peta dan kompas lagenda, pulau itu berkemungkinan besar adalah Ancient Lotus Tropic. 4 hari lamanya sejak mereka meninggalkan Rosemeda Holm. Akhirnya mereka bakal menjelajah ke sebuah pulau yang baru.Theo berlari merapati kepala Jackdaw Ibis. Dia tersengih memandang ke hadapan.
"Aku dah bertekad.. di Ancient Lotus Tropic.. kita akan cari seorang chef untuk jadi crew kita!"
YOU ARE READING
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
FantasiaNama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku adalah pewaris takhta Overlord, pemimpin kepada 5 benua Aku juga adalah kapten kepada 7 orang crew lanun Aku seorang lelaki yang dikehendaki Dengan bounty yang san...