9

61 19 0
                                    

hari yang cerah mula beransur gelap saat matahari mula terbenam, menggantikan cahayanya pada bulan yang mengambang penuh pada malam itu. Rosemeda Holm yang tenang hari itu tiba-tiba sahaja menjadi kecoh. city of Lights kini dipenuhi dengan ramai kadet Alpha yang lengkap bersenjata mundar mandir dan berkawal di segenap tempat. 

kampung-kampung kecil disekelilingnya juga turut sama di kawal ketat oleh Alpha. mereka mula berteka-teki sesama sendiri. sudah pasti ada sesuatu yang berlaku pada lanun-lanun yang ditangkap semalam. 

seorang lelaki berambut panjang berwarna ungu dengan pakaiannya yang berwarna-warni mendekati salah seorang kadet Alpha tersebut. dia yang sedang mengantung baju baru di dalam butik pakaiannya itu pantas berlari keluar sebaik sahaja melihat salah seorang kadet itu mendekati butiknya. dia sememangnya terkenal dengan sikap penyibuk. 

"apa yang berlaku ni, tuan?" soalnya sambil tersengih.

"Jangan risau, Sir Elois.. kami hanya sedang menjalankan rutin untuk memastikan Rosemeda Holms sentiasa selamat dan bebas dari dimasuki mana-mana lanun atau penjahat lain." ujar kadet itu.

"apa lanun-lanun semalam telah melarikan diri?" soal lelaki penyibuk itu lagi. 

"sekali lagi jangan risau. kami tak akan biarkan apa-apa berlaku pada city of lights. saya pergi dulu.." kadet itu tunduk lalu pergi meninggalkan Elois. elois mencebik lalu melangkah masuk ke butiknya.

sememangnya apa yang difikirkan mereka itu adalah hakikatnya yang terjadi. sebaik sahaja Irvine tewas, semua yang berada di situ terpaku. General Ruler juga sepertinya sudah tidak sedarkan diri. ramai juga kadet-kadet yang telah teruk dibelasah oleh para bounty hunter milik Erika. keith dan Erika sibuk mencari kunci untuk melepaskan Ken, Blade, Xavier, Xara, Ash dan Aigle. Blade dan Xara sudah kelihatan lemah. luka mereka terlalu dalam dan sudah lama dibiarkan tidak dirawat. 

kunci-kunci yang bersepah di atas lantai itu dikutip satu persatu dan dicuba pada gari-gari yang mengikat kawan-kawan mereka. sementara para bounty hunter milik Erika masih lagi cuba untuk menghalang kadet-kadet Alpha yang semakin lama semakin ramai membanjiri arena itu. mereka harus pergi dari situ dengan segera!

bunyi rantai besi jatuh ke lantai membuatkan Keith dan Erika menghentikan aktiviti mereka. Kelihatan Theo sedang memapah Xara yang sudah kelihatan lemah. pantas Erika datang membantu. keith sekali lagi terpegun melihat gari besi yang sudah separuh cair di atas lantai. pandangan dialihkan pula pada Theo yang sedang mencairkan gari besi Blade. kedua-dua belah tangannya menyala merah terang. sekejap sahaja gari besi itu pula yang mencair. keith tersenyum lalu mencampakkan sahaja kunci-kunci tadi.

sesingkat itu mereka berjaya melepaskan diri. dan dengan bantuan dari para bounty hunter, mereka berjaya melarikan diri dari arena tersebut. Erika mengetuai di hadapan. sepertinya, dia lebih tahu ingin ke mana supaya tidak ditangkap oleh mana-mana kadet Alpha.

mereka berlari di belakang beberapa bangunan besar yang mewah dan berwarna-warni. walaupun ianya bahagian belakang bangunan, namun tempat itu tetap sahaja diterangi lampu-lampu sama seperti di tengah-tengah kota. kerana itulah ia dipanggil City Of Lights. sebuah bandar yang dipenuhi lampu berwarna-warni yang menerangi seluruh pelusuk bandar. tiada tempat pun yang terkecuali.

mereka merapati dinding sebaik sahaja sampai di belakang sebuah bangunan berwarna jingga. Erika meletakkan jari telunjuknya di bibir. isyarat supaya tiada sesiapa pun yang mengeluarkan sebarang bunyi. dengan perlahan dia mengetuk pintu belakang yang juga berwarna jingga. dengan satu cermin bulat di bahagian atasnya.

hampir 5 minit menunggu, terpancul satu wajah bercermin mata bulat berwarna hitam dengan rambut panjang diikat tongcang mengintai dari cermin bulat pada pintu. Erika tersengih sebaik melihat wajah itu. tangan kanannya diangkat untuk menyapa. lelaki itu pantas membuka pintu dari dalam. tangannya menguis-nguis meminta mereka untuk masuk ke dalam bangunan itu cepat-cepat. 

mereka kini berada di sebuah ruangan besar yang kelihatan seperti sebuah stor penyimpanan baju-baju mewah. terdapat beberapa biji sofa berbulu putih dan hitam di tengah-tengah ruangan itu. di sekeliling terdapat cermin-cermin besar dilekatkan pada dinding. dan terdapat juga beberapa pintu tertutup dan sehelai langsir besar yang menutupi satu laluan menghala ke luar dari ruangan itu. perhiasan yang ada di dalam ruangan itu sangat cantik, mewah dan berwarna warni. sepertinya mereka berada di stor di salah sebuah butik pakaian mewah. lelaki bercermin mata bulat tadi sudahpun menghilang ke salah sebuah pintu di ruangan itu.

Xavier yang sedang mendukung adiknya Xara pantas meletakkan gadis itu ke salah satu sofa. begitu juga Ken dan Keith yang sedang memapah Blade. sepertinya keadaan kedua-dua sahabat itu sudah parah. darah mambuak-buak keluar dari luka akibat tembakan dari Alpha. luka-luka itu telah ditutup dengan kain yang sudahpun dibasahi darah.

"Erika.. kau tak tahu mana-mana doktor yang boleh rawat mereka?" soal Aigle kerisauan. 

"sebab itu lah aku bawa korang ke sini.." ujar Erika sebelum lelaki bercermin mata hitam bulat tadi muncul dari balik salah sebuah pintu di ruangan itu bersama-sama sebuah kotak kecemasan di tangan kanannya. sarung tangan getah berwarna putih disarungkan ke kedua-dua belah tangan. cermin mata hitam ditanggalkan lalu dia bersuara..

"Baiklah.. mari mulakan pembedahan ni.."


BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Where stories live. Discover now