6

75 22 2
                                        

2 jam sebelumnya..

Irvine memandang ke kiri dan kanan. Bagaimana mungkin? Budak ini sudah bertambah kelajuannya. Baru sahaja beberapa minit yang lepas dia dapat membaca segala pergerakan lelaki itu. Kini, semuanya kelihatan kabur. Lelaki itu bertambah laju. Mata Irvine mula tangkas menangkap sebarang pergerakan.

Irvine tersenyum. Kot labuh yang tersarung di badannya dibuka lalu dicampak ke tepi. Budak ini jauh lebih kuat dari yang dia sangkakan. Dan budak ini mungkin berguna untuk rancangan jahatnya. Irvine meluaskan langkahnya sehingga badannya sedikit menurun. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas lutut.

Tiba-tiba kelihatan asap nipis keluar dari badannya. Tiba-tiba dia menghilangkan diri.

Dari mata kasar para kadet Alpha, hanya kelihatan pertembungan cahaya di merata-rata. Kiri kanan di atas dan di bawah. Langsung tidak kelihatan tuan empunya diri.

30 minit kemudian, kelihatan satu kelibat menjunam laju ke lantai. Satu kawah terbentuk akibat dari hentakan tersebut. Debu dari batu-batu dan tanah yang hancur memenuhi lubang tersebut.

Irvine berdiri di sisi kawah sambil memandang ke bawah. Wajahnya kelihatan bengis sekali.
Theo di dalam kawah berkerut seribu menahan sakit sebelum segala kecederaannya perlahan-lahan pulih kembali. Dia memegang sisi rusuknya. Rasanya beberapa tulang rusuknya telah patah akibat hentaman kuat tadi. Dia pantas mengesat darah yang mengalir di tubir bibir.

Tanpa berlengah lagi, Theo pantas melompat tinggi dan menghalakan buku limanya kearah Irvine. Irvine pantas menahannya menggunakan sebelah tangan. Dan Theo berkali-kali mengenakan serangan ke atas Irvine.

Setiap serangannya kuat sehingga auranya dapat dirasakan oleh kadet-kadet Alpha yang berdiri mengelilingi arena tersebut. Ada beberapa orang yang sudah tumbang kerana tidak tahan dengan tekanan pada setiap serangan yang Theo kenakan ke atas Irvine.

Ken dan Xavier khusyuk memerhatikan Theo.
"kau perasan tak? Theo makin kuat lepas apa yang jadi dekat Euloth haritu." Ujar Ken. Xavier mengangguk.

"kau tengoklah.. gari ni pun dia mampu cairkan.. kalau tak salah aku, seseorang perlukan lebih kurang 200°C haba untuk cairkan logam ni.. kau rasa?" Ken tersengih mendengar kata-kata Xavier.

...........

Serangan ke atas Irvine masih lagi berlangsung tanpa henti. Semakin lama semakin laju. Tanpa Theo sedari, kedua-dua belah tangannya pelahan-lahan bertukar merah. Asap nipis keluar dari celah-celah liang romanya. Dan ianya perlahan-lahan mengeluarkan haba yang panas.

Irvine yang sejak tadi hanya menangkis serangan Theo menggunakan tangannya, kelihatan tersentak. Haba pada setiap tumbukan dan tendangan Theo membuatkan kulitnya melecur. Dan akhirnya, tumbukan padu dari Theo mengenai wajahnya tanpa dia sempat untuk menahan. Bertubi-tubi dan buat pertama kalinya, Lieutenant Commander Alpha itu tercampak melanggar tiang-tiang yang terpacak di sekitar arena tersebut. Beberapa tiang mula runtuh akibat dari hentaman itu.

Theo berkerut seribu memandang kedua-dua belah tangannya yang berwarna merah menyala. Badannya kelihatan turun naik. Dia dapat rasakan satu haba yang tebal tetapi menyenangkan membaluti seluruh tangan-tanganya. Dia sendiri tidak faham perasaan itu tetapi ianya sangat menyenangkan. Dia tersengih lebar.

"Can.. perasaan apa ni? Aku.. aku rasa pelik.." gumamnya perlahan. Canavar menggeleng perlahan. Nampaknya, dia akan kekal di tempatnya sekarang untuk jangka masa yang panjang. Theo Atlas sudah semakin kuat. dia sebenarnya sudah menduga ini akan berlaku.

Sejak kecil lagi, Theo memiliki semangat dan kekuatan yang luar biasa. Disebabkan itulah dia tidak mampu mengambil alih tubuh lelaki itu untuk jangka masa yang lama. Mungkin, sudah sampai masanya dia menerima kenyataan itu.

Dari kejauhan kelihatan Irvine bangkit dari duduknya. Wajahnya dipenuhi luka dan darah. Wajahnya semakin membengis. Mana tidaknya, tiada sesiapa pun yang pernah berjaya membuatkan dia tercalar sedikit pun. Ini semua disebabkan dia terkejut dengan haba yang tiba-tiba sahaja keluar dari tangan si budak mentah itu.

Tapi macammana? Dan dari mana datangnya? Dia lantas mengesat kasar darah yang mengalir pada wajahnya. Dengan marah yang semakin membara dia melangkah laju kearah Theo dengan buku lima di udara.

Lupakan rancangan untuk gunakan budak ini dalam rancangan jahatnya.. budak tak guna ini akan mati hari ini!

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang