15

73 12 2
                                        

Keith memandang ke arah Rosemeda Holm yang sudah semakin lama semakin hilang cahayanya. Jackdaw Ibis telah berjaya keluar dari kepulauan itu. dengan susah payah. beberapa kali kapal mereka hampir dibom oleh kapal-kapal Alpha. namun, tiada satu kapal pun di situ yang berjaya menandingi kelajuan Jackdaw Ibis.

memorinya mengimbau kembali ke siang tadi. sebelum dia dan Erika berpisah haluan.

["Apa? mati!?!" soal Theo separa menjerit mendengar berita yang disampaikan oleh Cullen sebentar tadi. dia memandang ke arah Keith dan Erika yang kelihatannya sangat terkejut. Erika sudahpun terjelepok ke lantai. Xara pantas mendekati gadis itu lalu bahunya digosok perlahan. semua yang berada di situ terdiam.

"Ap-apa yang kau mengarut ni Cullen?" soal Keith menggigil.

"Ya.. aku dengar sendiri dari salah seorang kapten Alpha. Dixon sudah mati. dia diracun ketika masih mendapat rawatan di Main Hospital. tapi pelakunya masih belum dikenal pasti." ujar lelaki itu. Keith turut terduduk di atas lantai. sungguh berita ini tersangatlah mengejutkannya. dan dia sendiri tidak tahu apakah perasaannya ketika itu. sedih? gembira? marah? keliru? dia hanya memandang Erika yang masih terbutang luas matanya akibat terlalu terkejut dengan kenyataan itu.

10 minit selepas matahari terbenam..

"Kau okay?" soal Keith memandang Erika. gadis itu sedang bersiap-siap untuk keluar dari butik milik Cullen. 

"Aku okay.. jangan risau.." Erika tersenyum kelat. kedua-dua bahunya digenggam erat oleh Keith.

"Erika.. ikut aku?" soal lelaki itu membuatkan Erika sedikit terkedu sebelum dia ketawa perlahan. tangan lelaki itu dipegang.

"Keith.. kau ada kawan-kawan kau.. dan aku.. kawan-kawan aku juga sedang menunggu.. terima kasih sebab selama ni dah jadi abang yang baik untuk aku.. dan telah menjaga aku dengan baik.. tapi sekarang.. aku dah mampu untuk jaga diri aku sendiri.."  ujar gadis itu.

"Lagipun.. sama macam kau.. aku pun dah jumpa keluarga aku sendiri.." Erika memandang ke arah rakan-rakan Keith yang kelihatan sedang bersiap-siap di dalam ruangan itu. theo dan Ken kelihatan sedang bergaduh berebut seketul daging dan sedang cuba dileraikan oleh Blade. Aigle dan Ash sedang membantu Xara mengemaskan balutan luka pada perutnya. dan Xavier sedang membersihkan pedang. dia tersenyum.

"aku nak ucapkan terima kasih pada korang.." Erika tertunduk perlahan. mencuri perhatian lanun-lanun muda itu.

"terima kasih untuk segalanya. jaga abang aku baik-baik.. dan semoga kita jumpa lagi nanti  kat luar sana.."  semua yang berada di situ tersenyum. keith menarik Erika ke dalam pelukan.

"Jumpa lagi.. jaga diri kau baik-baik"]

selamat tinggal City of Lights.. aku janji aku tak akan balik ke sini lagi.. Keith membuang pandangannya ke hadapan sehinggalah kelibat pulau itu sudah tidak lagi kelihatan. yang mula menampakkan wajahnya hanyalah matahari yang mula terbit perlahan. cantik. warna langit mula berubah. biasan cahaya menjadikan warnanya campuran merah, jingga dan kuning. Keith tersenyum sebelum menggeliat kecil.

"Yosh! ini satu permulaan yang baru!"

..............................................................................................................

kelapan-lapan sahabat itu berkumpul di deck Jackdaw Ibis. keadaan sudah kembali tenang. Theo terbaring di atas lantai deck. baru sahaja dia mahu melelapkan matanya, Keith terlebih dahulu meletakkan peta kulit di sisi lelaki itu. pantas Theo bangkit.

"Jadi, kemana destinasi kita yang seterusnya?" soal lelaki itu teruja. rakan-rakannya yang lain mula merapati.

keith meletakkan kompas yang sudah dia tukar cebisan urre gold yang baru di atas pulau bertanda Rosemeda Holm. jarum kompas ligat berpusing. sebelum ianya berhenti di satu pulau yang baru.

"Ancient Lotus Tropic.." ujar Xara.

"pulau apa tu Keith?" soal Aigle memandangkan Keith berasal dari benua ini. mungkin dia tahu macammana keadaan pulau itu.

"Kalau tak silap aku, pulau ni diberi nama Ancient Lotus Tropic bersempena dengan pokok bunga lotus yang khabarnya merupakan bunga abadi." jelas Keith.

"Apa tu bunga abadi?" soal Ken.

"Bunga yang tak pernah mati.. sebab tu ia dipanggil Ancient Lotus." jelas Keith lagi. Ken, Theo dan Aigle mengangguk faham.

"tapi kenapa bunga tu tak pernah mati?" soal Aigle pula. Keith menjungkit bahu.

"Itu aku tak tahu.. aku pun cuma dengar khabar angin saja. belum pernah lagi ke sana."

"Aku pernah baca tentang bunga abadi.. katanya buah dari bunga abadi boleh menyembuhkan semua jenis penyakit. rasanya pun sedap. membuatkan ia menjadi buruan ramai.." ujar Blade pula.

"Wah.. macammanalah agaknya rasa dia.." Aigle teruja.

"well, there's only one way to find out." Theo berdiri di hadapan Jackdaw Ibis.

"Ancient Lotus Tropic! kami datang!!"

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang