Seorang lelaki berambut lebat berwarna perang mendekati lelaki berbalut hampir seluruh badannya yang terbaring di atas katil bilik rawatan di unit rawatan rapi Alpa, city of lights main hospital. Kolonel Bald Houston tersenyum sinis melihat pemimpin pasukan Alpha, lieutenant Commander Dixon Irvine yang masih belum sedarkan diri itu.
"Nampaknya era kau dah berakhir, Irvine.. pasukan Alpha sudahpun sepakat untuk melantik lieutenant commander yang baru untuk menggantikan kau.. kami tak perlukan ketua yang lemah seperti kau untuk mengetuai Alpha."
Dia mendekati Dixon sebelum berbisik perlahan.
"Dan alangkah baiknya kalau aku tamatkan apa yang Beast tak boleh buat 2 hari lepas.. Selamat tinggal.. lieutenant commander.. Dixon Irvine.." seraya menyuntik satu cecair tidak berwarna ke dalam wayar yang disuntik pada lengan lelaki itu. Dia pun pantas beredar meninggalkan Dixon. Dada Dixon yang berombak perlahan itu semakin lama semakin perlahan rentaknya sebelum ia tidak bergerak lagi.
...........................................................................
Theo dan Ash meneliti sebuah kotak kaca di atas kaunter di hadapan mereka. Di dalam kotak kaca itu terdapat pelbagai bentuk dan jenis barangan kemas yang kelihatan antik dan langka. Mereka tertarik dengan seutas rantai berkalungkan sebiji permata merah berbentuk hati. Di bawah permata itu tergantung kalung emas yang lebih kecil dan didalam kalung itu kelihatan beberapa butir manik emas yang bersaiz lebih kecil.
Dan disebalik manik-manik emas kecil itu terdapat sebutir manik berwarna merah keemasan. Emas itulah yang mereka cari-cari.Theo yang sepertinya sudah berjambang hitam memakai kot hitam berserta bowtie merah bercorak polkadot itu memandang lelaki berkaca mata putih berwajah garang dan berpeluk tubuh dihadapannya.
"Aku nak yang ini.." ujarnya sambil tersengih.
Lelaki garang dihadapannya itu pantas menepuk meja kaunter kuat.
"Kau mampu?" Soalnya.
Giliran Theo pula menepuk kuat meja kaunter.
"Berapa harganya?" Soalnya kembali.
Lelaki garang sekali lagi menepuk meja kaunter.
"Berapa kau mampu bayar?"
Dan Theo menepuk meja kaunter juga. Wajah mereka sepertinya semakin lama semakin rapat.
"Aku tak ada duit.." dan Ash menepuk dahi. Lelaki berwajah garang itu ketawa kuat.
"Kau bukan dari sini ya budak?"
"Siapa kau panggil budak? Tak nampak ke jambang aku ni?" Theo mengurut-ngurut jambang palsu yang dilekatkan di wajahnya oleh Cullen pagi tadi.
"Kau tahu kalau aku panggil kadet-kadet Alpha di luar sana.. sekelip mata saja kau akan ditangkap.." ujar lelaki itu. Ash pantas mencelah sebelum sempat Theo membuka mulut.
"Maafkan dia, encik.. dia memang lembab sikit.." Ash tersenyum. Dia kelihatan cantik memakai dress kembang paras lutut berwarna merah jambu dengan rambut disanggul tinggi ala-ala messy bun.
"Kami perlukan rantai ni.. berapa harganya?" Soal gadis itu.
Lelaki di hadapan mereka berpeluk tubuh. Dia kenal siapa mereka berdua. Lanun Beast. Yang baru sahaja menggegarkan benua Oska 2 hari lepas, telah menewaskan Lieutenant commander Dixon Irvine. Dan sedang menjadi buruan tentera Alpha sekarang. Nampaknya mereka masih belum keluar dari Rosemeda Holm.
"Harga rantai ini wahai cik adik.. adalah 100k coins.. kau mampu?" Soalnya mendekatkan wajahnya ke arah Ash. Ash menelan liurnya.
"Tapi kami tak ada duit sebanyak tu.."
Lelaki itu menjungkit bahu.
"No money no talk, cik adik.. aku orang bisnes.. aku tak peduli kau siapa. Harga barang-barang di kedai aku.. adalah harga tetap.." ujarnya. Ash dan Theo berpandangan sesama sendiri.
..............................................................................
"Mana kita nak cari 100k coins?" Soal Aigle.
"Kita tak boleh lama dekat sini.. semakin lama semakin tinggi risiko Alpha akan tahu kita bersembunyi kat sini.." ujar Keith.
Theo menggaru kepala yang tidak gatal. Mereka sedang berkumpul di tempat persembunyian mereka selama 2 hari ini. Dia stor butik milik Cullen. Cullen telah membantu mereka menyamar sebagai golongan bangsawan seperti cadangan Erika. Sudah 2 hari berlalu sejak mereka menumpaskan Dixon. Xara dan Blade sudah semakin sembuh. Jadi mereka harus berlayar segera. Serpihan ke -14 urre hold telah pun ditemui keberadaannya. Tapi mereka memerlukan 100k coins untuk mendapatkan serpihan emas itu.
"Apa kata kalau kita rompak saja kedai tu malam ni?" Ujar Ken sambil tersengih.
YOU ARE READING
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
FantasyNama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku adalah pewaris takhta Overlord, pemimpin kepada 5 benua Aku juga adalah kapten kepada 7 orang crew lanun Aku seorang lelaki yang dikehendaki Dengan bounty yang san...