10

181 25 7
                                        

"Pembedahan? kau biar betul?" soal Ash. pandangannya merenung lelaki itu dan Erika silih berganti. 

"Di sini?" soal Xavier pula.

"Cepat.. kita dah tak ada masa lagi.. lama lagi kalian mengelamun di sini.. makin pendek nafas kawan-kawan kalian tu.." lelaki yang tidak diketahui namanya itu bergegas mengosongkan sebuah meja panjang yang berada di satu sudut ruangan itu. meja yang diperbuat daripada batu marmer berwarna putih cukup besar, mampu memuatkan 2 orang dewasa berbaring di atasnya.

xavier pantas meletakkan Xara berbaring di atasnya. begitu juga Blade yang diangkat oleh Ken. lelaki itu menghampiri Xara memandangkan keadaan Xara kelihatan lebih parah berbanding Blade. blade masih boleh bertahan. disebabkan oleh keupayaannya mampu menukarkan kulitnya menjadi berlian, dia dapat menyekat peluru dari pergi lebih dalam dan mengenai anggota dalamannya. cuma dek kerana terlalu terkejut  siang tadi, dia tidak sempat untuk menghalang peluru itu dari memasuki bahagian perutnya. jadi lukanya tetap juga parah di situ.

lelaki itu mengeluarkan scalpel dan beberapa peralatan bedah dari beg bimbitnya lalu di susun di atas meja. dan pembedahan itu dimulakan tanpa berlengah lagi.

4 jam berlalu.. lelaki tadi akhirnya siap mejahit luka pada bahagian perut Blade. dia sudah selesai merawat Xara 2 jam yang lalu. akhirnya dia mampu untuk melabuhkan punggungnya di atas sofa.

topeng muka dan sarung tangan getah ditanggalkan lalu dicampakkan ke dalam sebuah baldi besi di sisi 'meja bedah' tadi. dia menarik nafas panjang sebelum perasan yang semua mata di dalam bilik itu sedang memandangnya.

"Oh.. ya.. kawan-kawan kalian akan selamat. jangan risau.. aku dah buat pemindahan darah disebabkan mereka mengalami pendarahan yang banyak. kalian bernasib baik sebab aku masih ada stock darah yang bersesuaian dengan darah kawan-kawan kalian tu.." ujar lelaki itu.

"baguslah.." Aigle mengurut dada lega mendengar kata-kata dari lelaki yang bertindak seperti seorang doktor itu.

"Siapa sebenarnya kau? kau doktor ke?" soal Xavier.

"Maaf, aku lupa perkenalkan pada korang.. ini Cullen.. bekas doktor bedah pasukan Alpha.." kata-kata dari Erika membuatkan semua yang berada di situ sedikit tersentak. 

"Bekas doktor Alpha? tapi kenapa kau tolong kitorang?" soal Ken.

"Hey jangan salah sangka.. aku tolong sebab aku seorang doktor. tak kisahlah siapa kalian, kalau ada yang perlukan rawatan aku, kenalah aku bantu.. lagipun ini semua bukannya percuma.." 

"Kami kena bayar?" soal Aigle.

"Tentulah.. apa kau fikir aku baik hati sangat nak tolong lanun macam kalian?"

"Teruk betul.." gumam Aigle sendirian.

"Berapa kami perlu bayar?" soal Xavier.

"15000 coins setiap seorang.." ken tersedak.

"Mahalnya!!" 

cullen tersengih. masing-masing mula mencebik. nak tak nak mereka terpaksa membayar lelaki itu. lagipun, dia sudah menyelamatkan Xara dan Blade. nasib baik mereka masih ada sedikit simpanan dari harta yang pernah mereka curi sebelum ini. 

theo menyelak langsir yang menjadi pemisah antara ruangan yang mereka berada dengan ruangan butik milik Cullen. terdapat ramai pelanggan sedang membeli-belah baju-baju yang bagi Theo tersangatlah tidak kena pada matanya. kesemuanya berwarna-warni, kembang dan ada yang berlapis-lapis. dia membuat muka jijik seperti hendak muntah.

dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah dinding kaca bersebelahan pintu masuk butik. dinding kaca yang besar mampu menampakkan keadaan di luar butik.

"Nampaknya kadet Alpha sedang berkawal kat luar.. susah untuk kita keluar dari sini.." ujar Keith yang tiba-tiba muncul di sebelahnya. 

"aku tak kisah.. kita boleh saja kalahkan diorang.." ujar Theo pula.

"Yang aku kisahkan sekarang, mana kita nak cari serpihan ke 14?" sambungnya lagi.

keith terdiam. sungguh dia terlupa akan serpihan Urre Gold yang ke 14. tanpa serpihan itu mereka tidak akan tahu kemana tujuan mereka selepas ini. tapi, dibandar besar seperti ini.. mana mereka hendak menemukan serpihan yang sekecil itu?

"Kalau kau sebenarnya seorang doktor.. kenapa kau kerja kat sini?" soal Aigle tiba-tiba. cullen tersengih mendengar soalan polos dari gadis itu.

"sumber ekonomi terbesar City of Lights adalah fesyen. seseorang tak akan mampu untuk bertahan di bandar yang mahal ni kalau kau tak ada duit. bidang lain pun ada, tapi susah untuk survive kalau kau tak ada pautan dengan Alpha. jadi, satu-satunya cara untuk kau survive adalah dengan menjual pakaian." jelas Cullen.

"Tapi, kau kan bekas doktor Alpha.. kau ada pautan dengan Alpha kan?" soal Ash pula. sekali lagi Cullen tersenyum. tapi kali ini senyumannya sedikit sinis.

"aku lebih sanggup hidup di Daerah Kroni berbanding hidup bersangkut paut dengan Alpha." Daerah Kroni, sebuah daerah yang paling daif di Rosemeda Holm. Ash dan Aigle terdiam mendengar kata-kata Cullen. pasti ada sesuatu yang terjadi antara lelaki itu dengan Alpha.

"Cullen, kau tinggal di sini sudah lama.. aku kira-kira sudah 40 tahun kan? jadi, kau tahu sesuatu pasal Urre Gold?" soal Keith sebelum mengambil tempat di atas sofa berbulu berhampiran Cullen. cullen memandang Keith sambil dahinya berkerut seribu. tangannya mencapai kaca mata hitam berbentuk bulat di atas meja kopi lalu memakainya ke mata. kemudian dia memandang ke siling. seakan-akan sedang berfikir.

"Urre Gold ya?"


BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang