13

24 8 1
                                    

Seperti malam-malam sebelumnya di City of Lights, keadaan malam di bandar itu masih lagi 'hidup'. Walaupun sudah larut malam. Seakan-akan penduduk di situ tidak pernah tidur. Namun, di kawasan kedai antik yang terletak agak terasing di bandar itu, keadaan agak sunyi. Seperti yang dikatakan Cullen sebelum ini. Punca ekonomi utama bandar ini adalah fesyen. Perniagaan-perniagaan lain tidak terlalu mendapat sambutan. Jadi kedai-kedai seperti kedai antik itu akan tutup lebih awal menjelang waktu malam.

Dalam cahaya yang samar-samar, Kelihatan 3 susut badan lelaki sedang mendekati pintu kaca sebuah kedai antik. Theo, yang sememangnya bekas seorang pencuri itu cuba untuk mengumpil lubang kunci pintu kaca itu menggunakan sebatang besi panjang dan nipis. Ken dan Xavier berjaga-jaga di situ sebelum..

"Shit.. Alpha!" Bisik Ken keras. Pantas mereka bersembunyi di balik tiang-tiang bangunan di situ. Beberapa orang kadet Alpha melalui kawasan itu bersama senapang di tangan mereka. Beberapa minit selepas mereka mundar-mandir tanpa perasan akan kehadiran 3 orang lanun itu, mereka pun beredar. Dan Theo kemudiannya menyelesaikan kegiatannya sebentar tadi.

Seminit kemudian, pintu berjaya dibuka tanpa sebarang bunyi dan mereka pun menyusup masuk ke dalam kedai itu. Theo mendekati kotak kaca yang berada di atas meja kaunter.

Belum sempat dia mengangkat penutup kotak kaca tersebut, kedai itu tiba-tiba menjadi terang benderang. Theo, ken dan xavier terkedu. Di hadapan mereka berdirinya lelaki berwajah garang, si pemilik kedai, sedang bercekak pinggang.

"M-macammana?" Soal Ken.

"Aku tak perasan pun dia ada kat situ.." ujr Xavier sambil mengacukan bilah pedangnya ke arah lelaki tersebut. Theo hanya terdiam.

"Aku dah agak korang akan datang balik ke kedai aku.." ujar lelaki itu.

"Siapa kau sebenarnya?" Soal Xavier.

"Cullen tak kenalkan aku pada korang ya?" Sekali lagi xavier, Ken dan Theo terkedu. Macammana lelaki itu tahu yang mereka sedang bersembunyi di butik milik Cullen sekarang?

"Sudah tentulah.. Cullen selalu menganggap aku bodoh dan gila.. Aku Doktor Mach.. bekas doktor gila Alpha.." lelaki itu memperkenalkn diri sebelum mengambil tempat di atas kerusi kayu di belakang meja kaunter.

"Dan aku tak sebodoh yang lelaki itu sangkakan.. aku tahu kau perlukan serpihan urre gold pada kalung itu.." sambungnya lagi.

"Aku akan ambil serpihan ni.. sama ada kau benarkan atau pun tidak.." ujar Theo seraya menghentak meja kaunter.

"Dan kalau aku tak benarkan?"

"Aku tetap akan ambil!" Pantas dia memecahkan kotak kaca dihadapannya. Namun belum sempat dia mengambil rantai berkalungkan permata merah itu, tangannya terlebih dahulu dipegang oleh Mach.

"Lajunya!" Ujar Ken.

Pantas Xavier melompat dan menghayunkan pedangnya ke arah Mach yang masih memegang tangan Theo. Hayunan pedang Xavier dihentikan oleh kaki milik Mach. Dan tumbukan Ken dihentikan oleh tangan kirinya. Dan sekarang dia sedang berdiri dengan satu kaki. Theo melibas kakinya untuk menjatuhkan Mach namun Mach terlebih dahulu melompat ke belakang 3 sekawan itu. Dan pergerakannya pantas sekali. Dia berdiri di situ sambil tangannya menggenggam rantai.

Theo memandang kotak kaca yang sudah dia musnahkan tadi. Rantai yang dicari sudahpun tiada. Nampaknya lelaki itu bukan calang-calang orangnya.

"Rupanya.. masih ada tentera Alpha yang kuat.." ujar Theo.

"Pembetulan.. bekas Alpha.. aku sudah lama berhenti.." ujar Mach.

Dan Theo, Xavier dan Ken terus menyerang lelaki itu serentak. Libasan pedang Xavier, tumbukan Ken dan tendangan kaki Theo berjaya dielak dengan pantas. Dan mereka terus menerus menyerang lelaki itu. Satu persatu serangan mereka langsung tidak mengena. Lelaki itu sangat pantas. Mungkin lebih pantas dari Dixon.

Serangan itu berlangsung selama setengah jam, namun Mach langsung tidak menyerang. Sepanjang perlawanan itu dia hanya mengelak sahaja.

"Kenapa dia tak lawan?" Soal Ken. Xavier menggeleng. Pergerakan lelaki itu sangat licik. Mereka langsung tidak berpeluang untuk mencuri kalung itu dari genggaman tangan Mach.

Ken, theo dan Xavier akhirnya berpecah dan mengepung Mach dari 3 sisi. Mach memerhatikan pergerakan mereka.

"Buatlah apa cara sekali pun.. korang takkan dapatkan rantai ni.." ujarnya.

Ken mula menyerang dengan tumbukan demi tumbukan sebelum Xavier menyertainya. Theo masih menunggu peluang. Dia memerhatikan gerak Mach. Seketika kedua-dua mata Theo bertukar merah. Matanya laju mengikut gerak langkah Mach cuba mengelak dari serangan Ken dan Xavier. Theo mencari peluang. Mencari kelemahan.

Sehingga dia dapat menangkap gerak Mach dalam gerak perlahan. Ketika salah satu kaki Mach berjengket memijak lantai ketika itulah dengan pantasnya Theo menendang kaki lelaki itu. Sebaik dia jatuh ke lantai, Theo terus merampas rantai itu dari genggaman Mach. Dia mengangkat tangannya ke udara.

"Berjaya!!"

Mach terkedu di atas lantai. Dia memandang Theo yang tersengih.

"Nice theo!" Ujar Ken.

Mach ketawa perlahan. Mendapat perhatian dari 3 sekawan itu.

"Kenapa kau tak melawan?" Soal Xavier. Lelaki yang masih terduduk di lantai itu tersenyum.

"Kalau aku lawan.. sudah tentu aku akan kalah.. aku tak kuat.. aku cuma pantas.." jelasnya.

"Dan bijak.." sambung sebelum tersenyum sinis membuatkan 3 sekawan itu tersentak.

"Kami dah jumpa mereka!!" Ujar satu suara dari pintu masuk kedai. 2 orang kadet Alpha sedang berdiri di situ sambil mengacukan senapang mereka ke arah Theo, Ken dan Xavier. Sementara seorang lagi sedang memanggil rakan-rakan mereka dari luar kedai.

"Shit! Dia panggil Alpha!" Ujar Ken.

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Where stories live. Discover now