"Urre Gold huh?" lama lelaki itu mengurut dagunya. dan yang lain menanti dengan penuh sabar.
"rasanya aku pernah nampak dalam simpanan salah seorang doktor semasa aku masih berkhidmat dengan Alpha dulu.. tapi aku tak ingat siapa.." sambungnya lagi.
"tapi, yang aku tahu, doktor tu bodoh sekali.. hahah.. dia langsung tak tahu betapa berharganya seketul emas yang kecil itu.." dan Cullen ketawa berdekah-dekah. Ash meraut wajahnya.
"Jadi kau tak tahu kat mana urre gold tu sekarang?" soal Xavier.
"Kalau aku tak silap, si doktor bodoh tu dah buka kedai barangan antik. aku rasa ada beberapa kedai barang antik dekat sini.. tapi, itu sudah lama.. aku tak tahu kalau urre gold tu masih ada di kedai tu atau tak.." Cullen meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang kepala. mukanya tersengih menampakkan giginya yang sudah hilang satu batang.
"Jarum kompas lagenda menghala ke pulau ni. jadi urre gold masih ada dalam pulau ni. kita kena pergi ke kedai-kedai antik tu." ujar Ash.
"Baiklah.. jom kita pergi ke sana!!" Theo mengangkat kedua-dua belah tangannya.
xavier berjalan perlahan mendekati langsir yang memisahkan bilik itu dengan bahagian luar. dia memerhatikan keadaan di luar butik.
"Kadet Alpha masih ramai berjaga dekat luar.. kita tak boleh keluar macam tu saja.." ujarnya. walau sudah tengah malam, keadaan di luar masih lagi terang benderang dengan cahaya-cahaya lampu berwarna-warni. kedai-kedai juga kelihatan masih bernyawa dan dikunjungi ramai pelanggan.
gila.. tak tahu penat ke semua orang-orang ni? bisik hati kecil lelaki itu.
"aku rasa, Cullen pasti boleh tolong kita tentang tu.." Erika yang sejak tadi berdiam diri bersuara sambil tersenyum simpul. senyuman penuh makna.
cullen menelan air liurnya. pasti budak perempuan ini mahu mengerjakannya.
............................................................................
Matahari mula menampakkan sinarnya. Lampu-lampu yang menerangi city of lights sudahpun mati secara automatik. Namun, keadaan masih sama seperti semalam. Para bangsawan lalu lalang ke sana ke mari melakukan kegiatan seharian mereka. Dengan pakaian mewah dan berwarna warni membalut tubuh. Begitu juga kadet-kadet Alpha yang masih setia berkawal. Sampai ke hari ini mereka masih belum dapat menangkap walau seorang pun lanun-lanun beast. Juga para bounty hunter milik Erika.
Pintu dibuka di sebuah kedai barangan antik. Loceng bergema di seluruh kedai sebaik sahaja dilanggar oleh pintu berkenaan.
Lelaki bermisai berwarna perang, berkaca mata hanya pada sebelah mata kanannya terus tersenyum memandang pelanggan yang baru sahaja melangkah masuk ke kedainya."Ada apa yang saya boleh bantu, tuan?" Soalnya.
Di hadapannya berdiri seorang lelaki bermisai dan berjanggut perang, berkaca mata hitam, memakai kot labuh bercorak harimau bintang dengan topi koboi coklat di kepalanya. Disisinya, seorang gadis memakai dress sendat labuh juga bercorak harimau bintang dengan shawl berbulu berwarna coklat dililit di badannya merangkul lengan lelaki tersebut.
Lelaki itu mengangkat sebelah tangannya ke hadapan.
"Tak perlu.. biar aku tengok sendiri.." ujarnya dengan suara yang seakan dibuat-buat.
"Wah cantiknya gelang ni.." gadis itu berlari perlahan ke sisi sebelah kanannya. Dan lelaki itu mula bergerak ke sisi kiri. Lelaki bermisai itu hanya memandang sambil tersengih mesra.
"Gelang ini saya dapat dari seorang puteri yang pernah melancong ke sini, puan.. katanya barangan langka dari nenek moyangnya.. harganya tidak terlalu mahal.. cuma 17k coins sahaja." Ujarnya. Dan gadis itu tersenyum sebelum melihat-lihat di kiri dan kanan rak yang menempatkan gelang-gelang mutiara dan berlian itu. Dia meneliti setiap barang kemas dan antik yang ada di situ. Sebelum berlalu menghampiri pasangannya tadi.
Lelaki berkaca mata hitam itu sepertinya juga sedang meneliti setiap barang-barang yang dijual di kedai itu sebelum mengeluh perlahan.
"Ada yang berkenan di hati tuan? Puan?" Soal si tuan kedai.
Sekali lagi lelaki itu mengangkat tangan kanannya.
"Barang-barang di sini terlalu murah untuk aku.. aku tidak berminat."
Dan dia pun berlalu dari kedai itu bersama-sama teman wanitanya membuatkan lelaki bermisai tadi terpinga-pinga.
"Nampaknya bukan dekat kedai ni" ujar gadis itu.
"Mungkin nasib Theo dan Ash lebih baik dari kita" ujar lelaki yang identiti sebenar di sebalik samaran itu merupakan seorang lanun yang dikehendaki bernama Ken dan gadis disebelahnya adalah Aigle.
YOU ARE READING
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
FantasyNama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku adalah pewaris takhta Overlord, pemimpin kepada 5 benua Aku juga adalah kapten kepada 7 orang crew lanun Aku seorang lelaki yang dikehendaki Dengan bounty yang san...