2

98 20 1
                                        

"Keith!!" jerit Aigle sebaik melihat lelaki itu juga digari di tengah-tengah sebuah arena.

Mereka tiba di sebuah arena yang sangat luas dengan lantai yang berwarna putih dan tidak berbumbung. Matahari sudah terik di atas kepala. Disekeliling arena terdapat beratus-ratus orang kadet sedang berkawal di situ. Di tengah-tengah arena pula terdapat beberapa batang tiang besi terpacak di merata-rata. Dan di salah satu tiang kelihatan Keith sedang di gari pada tiang tersebut. Tidak jauh darinya, Irvine sedang berdiri sambil bersilang tangan.

Kadet-kadet Alpha mula menggari Theo, Ken, Aigle, Xara, Xavier, Blade dan Ash pada tiang-tiang besi. Walaupun mereka cuba untuk bergelut, rantai besi yang menggari mereka terlalu kuat dang tidak dapat dileraikan. Sebaik sahaja usai digari, Irvine berjalan ke arah Theo. Theo hanya memandang lelaki itu dengan pandangan yang tajam. Dia dapat rasakannya, aura gelap dan kuat yang menyelubungi lelaki di hadapannya itu. Kalau dengan seseorang yang lemah, aura itu sahaja mampu membuatkan seseorang itu pengsan.

Dushh! Satu tumbukan padu hinggap di perut Theo tanpa sebarang amaran. Theo terbatuk-batuk. Darah terpercik keluar dari kerongkongnya. Dan satu lagi tumbukan hinggap di pipi kirinya. Sekali lagi theo termuntah darah.

"Ini kapten yang kau megah-megahkan itu, Keith? Lemah!" dia melangkah pula ke arah Keith.

"hari ini kau akan saksikan setiap seorang dari kawan-kawan berharga kau ini dihukum bunuh.. di hadapan mata kau sendiri.." ujar Irvine. Keith tersentak.

"Tak guna! Lepaskan kwan-kawan aku!!" jerkah lelaki itu. Menarik-narik tangannya yang digari, cuba untuk menerkam ke arah Irvine. Irvine ketawa kuat.

"tapi jangan risau.. aku masih lagi punya hati perut.. aku akan lepaskan kawan-kawan kau.. tetapi dengan satu syarat.." dia melutut ke lantai. Merenung ke dalam mata anak lelakinya.

"sertai aku.. dan bersama-sama kita patahkan sayap 4 pasukan pertahanan lain.. dan jadikan aku Overloard!"

"Tak payah membazirkan air liur kau tulah orang tua.. dia tak akan ikut kau.." Theo tersengih memandang Irvine. Irvine bingkas bangkit dengan pandangannya teralih pada Theo.

"Keith yang aku kenal.. tak selemah yang kau sangka.." Irvine tersengih.

"Dia akan jadi lemah kalau dia tengok sendiri dengan mata dia.. yang aku tak pernah bergurau dengan kata-kata aku.." tangannya di angkat.
Semua mata beralih pada seorang kadet yang sedang menghalakan senapangnya pada seseorang. Keith tersentak.

Belum sempat dia berkata apa-apa, Irvine telahpun menjatuhkan tangannya. Dan satu peluru hinggap di bahu Xara. Xara menjerit perlahan. Perit sebaik sahaja peluru itu menjunam masuk ke dagingnya. Darah mengalir laju. Gadis itu kelihatan termengah-mengah menahan sakit.

"Xara!!" Masing-masing mula menjerit nama Xara.

Satu lagi peluru meluru ke bahagian peha milik Blade. Lelaki yang tadinya berdiri serta-merta melutut ke lantai.

"Arghh!!" Darah membuak-buak keluar membasahi seluarnya.

"Blade!"

"Sudah! Berhenti!!" Jerit Keith. Pantas Irvine mengangkat kembali tangannya. Menghentikan penembak dari terus menembak mangsanya.

"Tolonglah.. jangan teruskan lagi!" Keith sudah menunduk ke lantai.

"keith! Jangan!" Jerit Ash.

"Keith aku tak apa-apa! Kau jangan dengar cakap dia ni!!" Xara berseru kuat. Wajahnya memerit menahan kesakitan.

"Macammana sekarang? Nak aku teruskan ke?" Soal Irvine membuatkan Keith mengetap giginya kuat.

"keith! Jangan!" Jerit Ken pula. Masing-masing mula gelisah. Mereka tahu apa yang ada di kepala lelaki itu sekarang.

"Baiklah.. aku.. aku menyerah.." ujar Keith lemah. Irvine tersenyum puas.

"keith!!" Theo membutangkan matanya. Dia tak percaya.. semudah itu Keith menyerah?

"Keith!! Kau jangan berani menyerah depan aku!!" Marah Theo. Tangannya merentap-rentap rantai besi yang masih lagi menggari tangannya. Semakin lama semakin kuat.

Kadet Alpha mula membuka ikatan yang menggari Keith. Keith tertunduk lemah. Langsung tidak memandang ke arah Theo. Dia malu. Dia tak sepatutnya menyerah secepat ini. Tapi.. jeritan Xara.. dan Blade.. serta merta membuat kakinya lemah. Dulu Theo sudah pernah cuba untuk mengorbankan dirinya untuk dia.. dan sekarang.. biarlah dia yang mengorbankan dirinya untuk mereka.

Kadet Alpha menarik Keith bangun lalu dia berjalan membontoti Irvine untuk keluar dari tempat itu. Pandangan Keith hanya ke bawah.

Besi direntap kuat. Terdapat satu asap yang nipis kelihatan keluar dari celah-celah gari pada lengannya. Gari besi kelihatan menyala merah. Dengan sekali rentap. Ianya terputus dua.

"KEITH!!!!"

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang