4

93 23 1
                                        

Arena yang sepatutnya menjadi arena hukuman tadi kini telah bertukar menjadi gelanggang pertarungan antara Irvine dan Theo. Kesemua kadet-kadet yang bertugas di situ hanya memerhatikan tanpa ikut campur, termasuklah Kolonel Ruler – lelaki berjambang hitam dengan misai naik ke atas. Dia hanya bercekak pinggang menonton perlawanan itu. Colonel Ruler seorang yang setia kepada lieutenant commandernya. Jadi, dia yakin yang ketuanya itu mampu untuk menakluki lelaki yang bergelar Beast itu. Dia bukan sekadar yakin, tapi dia tahu itulah hakikatnya. Kerana baginya, tiada yang lebih kuat berbanding Irvine.

Sementara itu, keith yang sejak tadi termanggu, bergerak perlahan-lahan ke belakang kadet yang telah melepaskannya tadi. Kadet itu sejak tadi hanya berdiri di sebelahnya. Sepatutnya lelaki itu mengiring Keith bersama membontoti Irvine. Sekarang dia terlalu asyik memerhatikan pertarungan antara Irvine dan Theo sehinggakan tidak sedar yang Keith di sebelahnya sudah menghilang ke belakang. Dengan senyap dan pantas kadet itu Berjaya dipengsankan Keith tanpa menggunakan sebarang senjata. Pantas dia mencapai segugus kunci yang terikat pada tali pinggang kadet tersebut. Pantas dia berlari kearah rakan-rakannya yang masih terikat pada tiang-tiang besi.

Namun, belum sempat dia sampai, langkahnya dihentikan oleh seorang lelaki berbadan tegap dan berjambang hitam. Lelaki itu tersenyum sumbing memandangnya.

"Ruler.." gumam Keith. Tanpa berbasa basi lagi, ruler menghadiahkan satu tumbukan padu pada perut Keith sehingga menyebabkan lelaki itu tercampak ke belakang. Keith terbatuk-batuk. Tumbukan yang agak kuat itu telah membuatkan darah terpercik keluar dari tubir bibirnya. Dia memandang kearah Ruler. Lelaki itu telah pun membuka baju seragamnya. Jelas kelihatan otot-ototnya yang sedang membesar. Bergerak-gerak seperti mempunyai nyawa sendiri. Urat-urat kelihatan jelas timbul disebalik kulitnya yang sedikit gelap.

"Sayangnya.. aku tak boleh bunuh kau.. aku pun tak faham kenapa Irvine perlukan kau untuk menakluki dunia.. sedangkan dia sudah ada aku.. yang jauhh lagi kuat daripada anak kandung yang tak berguna dan pengkhianat macam kau.."

Keith bangkit berdiri. Tangan kanannya erat menggenggam gugusan kunci. Dia menjeling ke belakang Ruler. Ke arah rakan-rakannya yang masih setia di gari. Ke arah Xara dan Blade yang sudah kelihatan pucat kerana kehilangan banyak darah.

Shit! Kalau saja 2 bilah golok kesayangannya ada bersama sekarang. Pasti si colonel ini akan dibelasahnya cukup-cukup. Tapi, apa boleh buat. Nak tak nak dia perlu bertempur tanpa senjata.
Keith membuka kuda-kuda yang kukuh. Gugusan kunci diikat kemas pada tali pinggangnya. Kedua-dua belah tangan diangkat ke udara.

Ruler tersengih sebelum menghilangkan diri. Anak mata Keith bergerak ke kiri dan kanan. Cuba menangkap pergerakan laju dari lelaki itu. Ya, dia laju.. tapi tak selaju Irvine dan Theo. Tiba-tiba muncul buku lima betul-betul dihadapan wajahnya, pantas dia tepis menggunakan tangan sebelum berpusing dan menendang belakang Ruler. Ruler tidak terkesan dengan tendangan itu, malah dia laju menyiku Keith. Keith juga turut sama manghalakan sikunya kearah Ruler. Lalu siku bertembung dengan siku. Satu aura tenaga muncul pada pertembungan itu.

Keith dan Ruler melompat ke belakang. Ruler sekali lagi menghilang lalu muncul di hadapan Keith. Tumbukan padu dari buku lima berotot Ruler ditahan oleh kedua-dua belah tangan. Serentak dengan itu, Ruler menghadiahkan satu tendangan ke perut Keith dan sekali lagi lelaki itu tercampak ke belakang. Merempuh tiang-tiang kayu. Gugusan kunci yang terikat di tali pinggangnya itu tercampak ke lantai tidak jauh darinya.

Belum sempat Keith melakukan apa-apa. Ruler terlebih dahulu muncul di hadapanya. Lalu menghadiahkan beberapa tendangan dan pukulan pada Keith yang masih di lantai. Dan tendangan terakhir menyebabkan Keith tercampak lagi melanggar dinding arena yang terletak agak jauh dari tempat dia berada tadi.

Satu lubang besar terbentuk pada dinding arena akibat dari pelanggaran itu. Keith termengah-mengah. Memegang perutnya yang terasa senak. Mungkin terdapat beberapa tulangnya yang sudah patah. Dia tersengih. Adakah di sini pengakhiran hidupnya. Dia melirik kearah Theo yang masih lagi berhempas pulas bertarung dengan ayah kandungnya.

"Maafkan aku Theo.." gumamnya perlahan.

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang