City of Lights,
Rosemeda Holm,
Oska Continent.
Dari kejauhan kelihatan lampu-lampu berkerlipan menerangi malam. Bulan purnama mengambang penuh di langit. Lampu-lampu yang berwarna warni itu kelihatan seperti kelip-kelip jika dilihat dari jauh. Ianya sungguh cantik. Bandar itu dipenuhi dengan puluhan ribu penduduk. Walaupun malam sudah larut, namun bandar itu masih tetap meriah dengan penduduknya yang berjalan kesana-kemari menjalankan tugas-tugas seharian mereka. Pakaian-pakaian mereka kelihatan megah, cantik dan berwarna-warni.Berbeza sekali dengan sebuah perkampungan kecil yang terletak jauh dari bandar itu. Perkampungan itu kelihatan daif sekali. Pakaian-pakaian mereka kelihatan compang-camping. Badan-badan mereka juga kurus menampakkan tulang-tulang.
Itulah yang membezakan golongan bangsawan dan golongan biasa. Lebih-lebih lagi apabila golongan biasa itu berada atau menumpang di kawasan golongan bangsawan. Semua keperluan mereka akan di catu. Mereka tidak dibenarkan bertani atau menternak haiwan bagi mencari sesuap makanan. Jika ada yang berani ingkar, mereka akan dihukum dengan hukuman yang tidak masuk akal.
Lieutenant Commander Dixon Irvine mencampakkan pandangannya ke luar jendela kaca besar di hadapannya. Tangannya disilangkan ke belakang. Dia hanya menyarungkan sehelai jubah labuh berwarna emas di badannya yang kelihatan tinggi dan tegap. Dia hanya memandang tanpa reaksi. Kepalanya memutar kembali kejadian siang tadi. Anak lelaki tunggalnya sudah kembali. Dia hanya satu langkah sahaja lagi untuk menjadi pemerintah dunia. Hanya sahaja anak itu menurut kata-katanya dan tidak membantah. Pasti dia sudah mampu mencapai impiannya sekarang ini.
Dia berdengus sebelum berlalu ke katil. Besok adalah harinya. Hari dimana dia bakal merealisasikan impiannya itu.
.................................................................................
Sudah beberapa kali dia menghentak kurungan besi itu menggunakan badannya. Dia tahu itu mustahil. Kurungan besi itu dibuat daripada logam kerak bumi. Tiada kuasa yang mampu memecahkannya. Namun dia tidak berputus asa.
"Sudahlah bang.. berapa kali pun kau langgar kurungan tu, kau tetap tak boleh lepaskan diri.." ujar satu suara dari pintu biliknya. Suara milik Erika. Dia melangkah masuk ke dalam bilik abangnya. Ya, Keith sedang dikurung di dalam sebuah kurungan besi yang ditempatkan di dalam bilik tidurnya. Keith memandang Erika tajam."Apa kau dah buat, Erika?" soal lelaki itu.
"Kau dah lupa ke apa yang dah jadi pada ibu?" sambungnya lagi. Erika mengambil tempat di atas katil.
"apa yang jadi pada ibu tiada kena-mengena dengan apa yang sedang aku buat sekarang, Keith.."
"habis tu, kenapa kau bersekongkol dengan lelaki tak guna tu? Lelaki yang kau panggil ayah?"Erika menunduk memandang lantai. Dia mengepal-ngepal kedua-dua belah tangannya.
"aku.. ada sebab aku sendiri.." ujarnya perlahan.
"Erika.. tolong.. keluarkan aku dari sini.." keith cuba memujuk."Erika.. aku tahu kau buat semua ni bersebab.. aku tahu kau tak jujur dengan aku.. ada benda yang kau sembunyikan dari aku.. aku percayakan kau, dik.. tolonglah.. keluarkan aku dari sini.."
"kau tak faham Keith! Kau tak akan faham! Kau tak faham apa yang aku lalui sejak kau pergi!" keith tersentak. Melihat air mata mengalir laju membasahi pipi adiknya.
"Apa yang dah berlaku?" soalnya perlahan. Erika terdiam.
"Erika! Apa yang dah jadi? Apa yang lelaki tu dah buat pada kau?" kali ini suaranya ditinggikan. Erika tidak menjawab. Malah dia bangkit lalu pergi meninggalkan abangnya yang masih terkurung di dalam kurungan besi.
.................................................................................
Pintu besi dibuka dari luar mengejutkan 7 sekawan yang sedang terkurung di dalam penjara. Muncul seorang lelaki berbaju seragam putih dengan sehelai kot juga berwarna putih tergantung dibelakang bahunya. Lelaki itu berjambang hitam dengan misainya yang berputar naik ke atas. Dia memandang lanun-lanun yang terkurung itu dengan satu pandangan yang agak sukar untuk ditafsirkan.
"jadi inilah dia lanun-lanun yang menjadi buah mulut orang serata dunia? Nampak menyedihkan saja bagi aku.." ujarnya. Suaranya sedikit garau.
"woi! Lepaskan kitorang lah!" marah Ken. Walhal dia tahu itu tidak akan berlaku.
"Mana Keith?" soal Xara.
"Apa yang korang dah buat pada dia?" soal Aigle pula. Lelaki itu tersengih sinis.
"Keluarkan mereka.." ujarnya kepada beberapa orang lelaki berpangkat kadet yang berdiri dibelakangnya. Kadet-kadet itu mengangkat tabik hormat lalu menuju ke arah kurungan. Pantas kurungan dibuka lalu mereka ditarik menggunakan besi yang menggari tangan mereka sejak semalam.
"Mana kau nak bawa kitorang?" soal Blade. Malangnya.. satu pun soalan mereka tidak dijawab. Lelaki berjambang itu hanya tersengih sebelum berjalan keluar dari kawasan penjara itu. Diikuti oleh kadet-kadet yang menarik rantai besi yang menggari mereka. Rela atau tidak, terpaksalah mereka ikutkan saja.
YOU ARE READING
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
FantasiaNama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku adalah pewaris takhta Overlord, pemimpin kepada 5 benua Aku juga adalah kapten kepada 7 orang crew lanun Aku seorang lelaki yang dikehendaki Dengan bounty yang san...