7

86 22 2
                                        

"Erika!" jerit Ken memandang ke arah gadis yang tiba-tiba sahaja muncul di tengah-tengah arena tersebut. gadis itu memegang kunci yang telah dicuri oleh Keith sebentar tadi. sebaik sahaja Erika melontarkan kedua-dua bilah golok milik Keith kepada pemiliknya, dia pantas berlari ke arah Ken. ken tersengih.

namun, sebelum sempat gadis itu membebaskannya, sebutir peluru meluncur laju mengenai tepat pada gugusan kunci di tangan Erika menyebabkan besi yang menggantung kunci-kunci itu pecah. kunci-kunci besi yang sudah berkarat itu jatuh bergelimpangan di atas lantai. erika memegang tangannya yang mula mengeluarkan darah akibat daripada peluru tadi. mujur ia hanya luka sedikit sahaja.

mereka memandang ke arah gerangan yang telah menembak peluru tadi. malang nasib mereka, di sekeliling mereka sudah berbarisnya kadet-kadet Alpha dengan sejata masing-masing dihalakan ke arah mereka.

"Ah sudah.." Gumam Ken.

"Tak guna.." ujar Aigle pula.

xara dan Blade sudah kelihatan lemah akibat kehilangan banyak darah. jika luka mereka tidak dirawat dengan cepat, pasti keadaan mereka akan bertambah teruk. ken dan Xavier berpandangan sesama sendiri.

apa yang patut mereka lakukan sekarang? dalam keadaan digari pada tiang lagi. erika juga termagu di situ.

tiba-tiba beberapa orang dari kadet Alpha itu menjerit sebelum terbaring tidak sedarkan diri.

"Ian!" seru Erika gembira sebaik melihat wajah salah seorang dari anak kapalnya berdiri di belakang kadet yang tidak sedarkan diri itu.

dari jauh kedengaran suara-suara jeritan dari anak-anak kapalnya yang lain berlari laju bersama-sama sejata mereka. seorang demi sorang kadet-kadet Alpha ditumbangkan mereka. namun begitu, semakin ramai pula yang datang menyebabkan niat Erika untuk membantu kawan-kawan abangnya itu tergendala. dan arena itu mula menjadi medan perang antara pasukan Alpha, lanun dan pemburu bounty.

...............................................................................

keith terundur ke belakang sebaik sahaja buku lima Ruler mencium wajahnya. habis tersembur darah keluar dari kerongkong. tangan Ruler yang berotot besar itu mula mengenakan serangan ke atas Keith tanpa belas. ruler ketawa terbahak-bahak melihat Keith yang sedang menahan serangannya menggunakan kedua-dua belah golok hitamnya.

keith melompat ke belakang. cuba untuk mengelak serangan Ruler sebelum tiba-tiba Ruler menumbuk lantai menggunakan kedua-dua belah tangannya. lantai merekah sebelum tanah-tanah dan batu-batu besar mula tercampak keluar. keith bersusah payah cuba untuk mengelak.

dan Ruler berterusan melakukan serangan yang sama. habis lantai arena itu sudah kelihatan seperti runtuhan batu-batu dan tanah keras.

ini tidak boleh dibiarkan! pantas Keith cuba untuk mengembalikan keseimbangan badannya dengan berpijak pada salah satu tanah keras yang tersembul keluar. dia memegang kedua-dua goloknya dalam keadaan terbalik. iaitu dengan ulunya digenggam di atas manakala bilahnya pula menghala ke bawah. kakinya di angkat satu. satu aura hitam pekat keluar dari badannya.

sebaik menghembuskan nafas pendek, dia berlari laju ke arah Ruler yang masih lagi sibuk menumbuk tanah. bilah-bilah itu kemudiannya mula mengelar Ruler sedikit demi sedikit namun setiap kelarannya itu menusuk dalam hingga ke tulang. walaupun pada hakikatnya pada waktu itu otot-otot Ruler tersangatlah tebal. lebih 3 kali ganda dari otot manusia biasa. namun kelaran-kelaran itu tajamnya sehingga menampakkan tulang-tulang putihnya.

ruler menjerit kesakitan. kelaran-demi kelaran dikenakan tanpa henti. darah terpercik ke merata-rata tempat. pada setiap kelaran itu terdapat aura hitam pekat dan gelap menyelubunginya. seperti racun yang mampu membunuh.

sebaik sahaja Keith mendarat di lantai, Ruler sudahpun terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran dengan darah. Entah masih hidup ataupun sudah mati..

Keith kelihatan termengah-mengah. Dia memegang rusuk kirinya yang mula terasa sakit. Mungkin akibat daripada hentaman Ruler sebentar tadi. Dia memandang ke arah Ruler yang sedang terbaring sebelum pantas melangkah ke arah Erika dan rakan-rakannya yang masih terikat pada tiang besi. Dia harus membantu rakan-rakannya. Dan menebus kesalahannya yang telah melibatkan mereka dalam kemelut keluarganya yang agak teruk ini..

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang