3

46 20 0
                                    

Sebaik sahaja Theo berjaya melepaskan diri, dia terus hilang dari pandangan. Muncul-muncul saja dia sudah berada di belakang Irvine. Dengan buku limanya di udara. Sedia untuk menjadikan kepala Irvine sebagai sasaran. Namun, buku limanya terlebih dahulu disambut oleh tangan kiri Irvine sebelum sempat ia menjamah kepalanya. Gerakan Irvine pantas sekali. Theo sendiri tidak menyangka tumbukannya mampu disambut oleh lelaki itu seperti ianya tiada apa-apa pun.

Keith pula masih tergamam memandang ke arah Theo.

Bagaimana lelaki itu melepaskan diri? Rantai besi yang menggari tangan mereka itu diperbuat daripada logam kerak bumi. Yang hanya mampu dilebur pada suhu 200 darjah celcius ke atas. Tapi bagaimana? Dia memandang ke arah rantai besi yang tadinya menggari Theo pada tiang besi. Besi itu kelihatan kemerah-merahan. Seakan-akan Theo sendiri yang telah mencairkannya.

Theo terpelanting ke belakang sebaik sahaja penumbuk milik Irvine mengenai wajahnya. Darah pekat tersembur keluar membasahi lantai. Serangan lelaki itu terlalu pantas. Irvine menghilang sebelum muncul di hadapan Theo yang masih lagi terbaring di lantai. Belum sempat lelaki itu bangkit, dia terlebih dahulu menyepak perut Theo berkali-kali dengan satu kepantasan yang luar biasa. Sepakan terakhir membuatkan Theo tercampak kebelakang merempuh salah satu tiang besi. Tiang besi terpatah dua. Debu-debu berterbangan diudara hasil dari hentakan dan runtuhan tiang.

"Lemah!" Ujar Irvine.

Dari sebalik debu-debu yang berterbangan itu muncul Theo berlari laju ke arah Irvine. Kini separuh dari badannya sudah dipenuhi corak lingkaran hitam seperti di badan Canavar.

Canavar tika ini hanya memerhatikan perlawanan yang baru sahaja dimulakan itu. Dia masih lagi terkedu bagaimana Theo mampu mengeluarkan haba dari tangannya. Dan mampu meleburkan logam kerak bumi yang memang mustahil untuk dileburkan oleh manusia biasa. Apa Theo sudah mampu mengeluarkan kuasa yang hanya ada pada seekor naga? Dia menelan ludah.

Theo menghalakan penumbuk kanannya ke arah Irvine. Dan seperti sebelum ini ia mampu ditahan oleh Irvine sendiri. Sekaligus Theo menumbuk lelaki itu menggunakan tangan kirinya pula. Irvine seperti tidak menyangkakan itu dan tumbukan padu itu hinggap di pipinya. Tetapi itu langsung tidak membuatkan dia berganjak dari tempatnya. Dia tersengih walau darah pekat mengalir dari tubir bibirnya. Tangan kiri Irvine masih menggenggam kemas buku lima kanan Theo sebelum kepalanya menghantuk kuat kepala Theo.

Krakk! Tengkoraknya retak dari dalam. Theo dilontarkan sekali lagi ke arah tiang-tiang besi di dalam arena itu. Darah mengalir keluar dari hidungnya. Theo memegang kuat kepalanya yang mula sembuh sendiri. Dia bangkit dari baringan sebelum duduk melutut dengan satu kaki. Matanya tajam memandang Irvine. Badannya kelihatan turun naik.

"Dia kuat.." ujarnya. Canavar mengangguk perlahan.

"Tapi kau pun dan semakin kuat.." ujar si naga bersisik merah.

"Apa maksud kau?" Soalnya perlahan.

"Apa kau belum sedar Atlas? Kau dah leburkan logam kerak bumi yang telah menggari kau tadi.. kau dah bangkitkan satu kuasa baru dalam diri kau.. kalau kau mampu mengawalnya.. lelaki itu hanya serangga sahaja.."

Theo tersentak. Dia memandang kedua-dua belah tangannya. Betul! Dia pun tak sedar akan hal itu. Dia sudah leburkan logam kerak bumi dengan tangan kosong. Tapi.. macammana? Tadi pun dia hanya memikirkan Keith sahaja. Dan kemarahannya sebaik sahaja Keith menyerah kalah dengan begitu mudah. Mungkin kemarahannya yang telah mencetuskan kuasa itu. Kuasa yang dia sendiri tidak tahu apa.

"Apa kuasa tu, Can?"

"Itu kau sendiri yang perlu cari.. atau kau nak aku tolong?"

Theo tersengih sumbing. Tak perlu.. dia boleh lakukannya sendiri.

Pantas dia bangkit. Sebelum kelibatnya hilang dari pandangan..

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Where stories live. Discover now