💎 Two 💎

254 24 0
                                    

************************************
Flashback - Side Story
Aira POV : 6 years ago

Botol-botol yang berisi minuman beralkohol  diperhati dengan riak kosong.

Dua figura yang sedang terbaring mabuk di ruang tamu ditatap kecewa.

"Woi! Kau apahal tercegat dekat situ. Pergi ambilkan ais dekat dapurlah! "

Seloroh si pemilik suara yang sedang terbaring longlai dek rasa mabuk yang sudah menelan diri.

"Kazumi Aira! Kau pekak ke?! Hah?!"

Namun hanya pandangan kosong yang menjadi balasan.

Aira menatap kedua-dua insan yang sepatutnya menjadi pelindung dan sumber kekuatan baginya dengan perasaan hiba.

Kenapa?

Kenapa begini takdir hidupnya?

Dilahirkan dalam keluarga yang langsung tidak mengerti apa itu makna tanggungjawab?

Menghabiskan sisa hidup sehari-hari dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri.

Pakk!

Aira memegang kepalanya yang terasa berpijar.

Botol kaca yang sudah pecah di lantai dilihat bersama air mata yang mula bertakung.

Botol kaca itu.

Baru sahaja dibaling tepat mengenai bahagian depan kepalanya.

Darah yang dirasakan mula turun mengalir pada bahagian dahi diusap kasar.

Dia tidak boleh terus menjadi lemah!

Mata mencerlung tajam kedua-dua ibu bapanya yang sedia memandang dirinya sinis.

"Nak aku baling kena dekat mata kau pulak ke?" Soal si ayah penuh selamba. Tidak semena-mena tawa girang kedengaran daripada dua manusia pertengahan umur itu.

Aira memejam mata menahan amarah yang kian membuak-buak.

Sungguh dia sudah muak dengan semua ini!

Kolar belakang hoodie berwarna putih yang sedia tersarung pada tubuh diangkat menutupi kepala.

Beg sandang yang sedar tadi hanya dipegang dipikul kasar.

Dia harus keluar daripada neraka dunia ini.

Sampai bila?

Sampai bila dia harus memerangkap diri dengan menetap bersama dua insan yang langsung tidak menghargai kewujudannya? Langsung tidak menganggapnya sebagai anak?

Tanpa sebarang bicara, Aira mengatur langkah keluar daripada rumah kayu yang sedikit usang itu.

"Kau nak kemana hah?!" Tengking si ayah.

Aira tidak menghiraukan malah terus mengatur langkah laju meninggalkan rumah itu tanpa berpaling.

Ya, tanpa berpaling lagi.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now