💎 Thirty 💎

129 15 1
                                    

A year later...

Figura dua orang insan yang pernah mengabaikannya suatu ketika dahulu ditatap tanpa riak oleh Aira.

"Pergilah jumpa mereka. Aku yakin mereka berdua pun nak sangat jumpa dengan kau." Ucap Travis yang baru keluar daripada bahagian pemandu kereta Lamborghini Urus miliknya.

"Kau yakin?"

Travis mengangguk seraya merangkul lembut pinggang milik Aira merapat pada sisi miliknya.

Aira hanya membiarkan tindakan Travis tanpa banyak soal.

Sudah terbiasa dengan sentuhan sebegitu daripada Travis semejak mereka berkahwin.

"Tapi-"

Laju Travis mendaratkan jari telunjuk miliknya pada bibir Aira.

"You know what? Kau tak boleh nak kembali ke masa lalu untuk ubah permulaannya. Tapi! Kau boleh cipta permulaan yang baharu sekarang untuk ubah pengakhirannya." Jelas Travis tenang.

Aira terkebil-kebil memandang Travis yang tiba-tiba berkelakuan matang.

"Mari." Arah Travis seraya memimpin tangan milik Aira.

Beberapa orang pekerja yang bertugas di rumah yang menempatkan orang-orang tua itu mula menerpa ke arah Travis dan Aira.

Namun belum sempat pekerja itu mengajukan soalan...

Tubuh milik Aira sudahpun dipeluk erat oleh seseorang secara mengejut.

Aira terkaku sendiri.

Figura si ayah yang sedang menatap dirinya dengan linangan air mata menyapa pandangan.

Travis tersenyum lega melihat Aira hanya membiarkan tubuhnya dipeluk oleh si ibu.

Akhirnya, keluarga ini bersatu kembali.

Sungguh Travis bersyukur kerana Aira sudah mula berani untuk merungkai latar belakang dan masa lalu gadis itu kepadanya.

"Akhirnya! Akhirnya kau datang!" Sayu kedengaran bait itu terpacul daripada gerangan yang memeluk.

"Maafkan aku Aira. Maafkan aku. Aku tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai ibu yang baik pada kau." Ujar si ibu bersama air mata yang sudah membasahi pipi.

Aira masih lagi kaku.

Namun, dapat dirasakan cecair hangat mula memenuhi ruangan mata.

Pandangan dialihkan kepada Travis. Meminta kekuatan daripada jejaka itu.

Travis hanya mengangguk beberapa kali bersama senyuman.

Dengan perlahan-lahan tangan milik Aira bergerak membalas pelukan itu.

Pertama kali, Aira dapat merasakan pelukan hangat daripada seorang ibu seperti yang sudah lama diimpikan olehnya.

Air mata mengalir laju tatkala Aira memejamkan matanya untuk mengamati pelukan itu.

Pelukan ini.

Sungguh hangat.

Tanpa dipinta, si ayah yang sedari tadi hanya berdiri kaku turut sama memeluk kedua-dua orang gadis yang selama ini diabaikan olehnya.

"Aku pun minta maaf Aira. Aku jahat. Aku tak pernah hargai kewujudan kau." Sayu si ayah menuturkan kata-katanya.

Sungguh dia menyesali perbuatan kejamnya dahulu kepada anak gadisnya itu.

Travis menepuk-nepuk perlahan belakang badan si ayah. Menyalurkan ketenangan.

Seketika, suara tangisan daripada Aira mula kedengaran jelas pada halwa telinga Travis.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now