💎 Twenty Five 💎

109 15 0
                                    

Seperti yang dipinta oleh pihak musuh, kini Travis, David dan Asahi sudahpun berada di atas rooftop bangunan Jhex Company yang dimiliki oleh John.

"Seriuslah dekat sini? Tak ada orang pun." Ujar Asahi apabila tiada seorang pun manusia yang dilihat pada ruangan rooftop itu.

Hanya mereka bertiga sahaja.

Travis dan David diam tidak membalas.

Namun...!

Tiba-tiba, tubuh David dan Asahi ditarik kasar oleh beberapa orang yang berpakaian serba hitam dari empat arah penjuru.

Serta merta keadaan yang tadinya hening berubah menjadi cemas.

Bahagian kaki belakang milik David ditendang kasar secara mengejut menyebabkan jejaka itu jatuh melutut.

Hal yang sama berlaku kepada Asahi.

Kedua-dua belah tangan mereka kini berada dalam genggaman pihak musuh.

Travis lantas berwaspada. Lagak sedia untuk berlawan dibuka. "Kau jangan berani apa-apakan mereka berdua." Tutur Travis tegas.

"Mana Johnny?!" Travis mula membentak.

"Ikut aku!" Ujar salah seorang daripada mereka.

Travis memandang ke arah David dan Asahi silih berganti dengan penuh runsing.

"Pergi Travis. Jangan risaukan kitorang." Tutur David ringkas bersama riak wajah serius.

Travis melemparkan pandangan ragu-ragu.

"Ikut dia Travis. Kau kenalkan kitorang macam mana? Jangan risau." Tambah Asahi pula, cuba meyakinkan Travis.

Dengan langkah yang berat Travis melangkah pergi meninggalkan David dan Asahi bersama beberapa orang bawahan John .

"Jaga diri. Jangan mati." Ayat daripada David itu merupakan hal terakhir yang didengari oleh Travis sebelum dirinya mula melangkah masuk ke dalam bangunan Jhex Company menyaingi langkah lelaki tadi.

~~~~

Badan Travis ditolak secara kasar masuk ke dalam satu bilik yang hanya diterangi dengan satu lampu yang berada di atas meja.

Figura lelaki yang dicari mula kelihatan.

Travis mencerlung tajam ke arah John yang sedang memandangnya penuh sinis.

"Mana dia?" Soal Travis sehabis tenang.

John mula berjalan mendekati Travis bersama pisau rembo yang disorok pada bahagian belakang badan.

Tiba-tiba bilik yang tadinya gelap mula diterangi dengan cahaya pada skrin besar.

Figura Aira yang sedaya upaya mencuba untuk melepaskan diri menyapa pandangan.

Dapat dilihat juga David dan Asahi yang sedang bergelut dengan beberapa orang pekerja bawahan John.

Travis menggepal penumbuk cuba mengawal amarah.

"Kau jangan main-main dengan aku Johnny! Lepaskan mereka!"

John mula menghamburkan tawa jahat apabila melihat wajah terdesak Travis. Tepukan puas diberikan mengiringi tawanya.

"Akhirnya! Aku jumpa kelemahan kau Watanabe Travis!" Tutur John bersama tawa penuh sinis.

Travis berdecih.

"Dari dulu lagi aku dah cuba buat macam-macam untuk jatuhkan kau! Tapi semuanya tak berguna! Takdir selalu menyebelahi kau!"

"Kau siapa gila?! Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku hah?!" Teriak Travis.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now