💎 Fifteen 💎

123 15 1
                                    

"Auchhh!"

Travis menggosok dahinya yang baru sahaja dilibas dengan beberapa helaian kertas oleh Aira.

Mata dijegilkan kepada Aira yang sedang mengemas barang-barang yang berterabur di atas meja tanpa menghiraukan dirinya.

"Suka guna kekerasan. Kalau aku dah tak ada suatu hari nanti mesti kau menyesal sebab layan aku macam ni. Huh!" Tutur Travis berura merajuk.

Salahkah dia hendak menatap gadis yang sudah lama bertakhta di hati?

Sweet bukan?

Curi-curi pandang cinta hati sambil buat kerja. Macam dalam drama gitu!

Namun, Aira jelas tidak suka dilihat olehnya sebegitu.

Meja yang sudah kelihatan berantakan itu ditolak dengan kasar untuk disesuaikan kembali pada kedudukan asal tanda protes.

Aira hanya memandang Travis sekilas. Tidak berminat untuk membalas.

"Penceroboh ni pun satu, suka hati je main pecah masuk agensi aku. Pastu bila dah berselerak macam ni siapa nak kemas? Aku juga!" Bebel Travis sendiri.

Tugas mengemas terpaksa dilakukan sendiri akibat kebanyakkan kakitangannnya masih menerima rawatan dan diberi cuti.

Dirinya hanya ditemani Aira dan beberapa orang pekerja yang datang secara sukarela untuk membantu.

"Sorry." Ucap Aira dingin tanpa memandang Travis.

Mengalahlah jarang-jarang. Lagipun sudah banyak kali dia menyakiti Travis. Kesian.

Travis yang sedang melakukan kerja itu tersentak.

Aira baru sahaja minta maaf padanya?

Travis mula mendekati Aira.

"Apa dia? Ulang balik. Aku tak dengar." Usik Travis.

Aira mendengus perlahan.

"Sorry!!" Ujar Aira meleret dan sedikit kuat.

Aira menurunkan egonya apabila mendengar ayat pertama yang Travis katakan kepadanya tadi.

Cakap macam dia tu dah nak mati.

"Tak dengar.. ulanglah balik!" Renget Travis penuh kegedikan.

Tidak semena-mena tangan milik Aira naik hendak menepuk jejaka itu.

"Haa haaa! Baru tadi minta maaf." Laju Travis menjauhkan dirinya daripada Aira.

"Oh, kau belum pekak lagi? Ingatkan dah pekak." Sinis Aira menuturkan ayatnya.

Travis mencebik. Dirinya sudah terkena!

"Abusive girlfriend." Bisik Travis sendiri bersama cebikkan namun masih boleh didengari oleh Aira.

"Bila masa aku jadi girlfriend kau?" Soal Aira.

Fail-fail yang telah disusun olehnya dibawa ke arah almari lalu diletakkan disitu.

Travis terkelu sendiri. Benar. Bila masa pula mereka...Ah! Siapa kisah?

"Yelah. Memang kau bukan girlfriend aku. Tapi aku dah lama suka, sayang, dan cinta pada kau." Jujur Travis melontarkan isi hati.

Aira tersenyum sinis.

"Asal tiba-tiba confess perasaan kau. Tak malu?" Soal Aira tanpa perasaan.

Namun entah mengapa jantungnya mulai berdegup laju apabila mendengarkan apa yang Travis tuturkan.

Riak tenang cuba dikekalkan sehabis baik.

Travis menghela nafas.

Gadis ini memang berhati batu.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now