💎 Ten 💎

144 20 0
                                    

Panggilan telefon bersama bapanya dimatikan. Travis merebahkan diri di atas katil bersaiz king itu bersama keluhan berat.

Pencerobohan yang berlaku kali ini tidak seperti sebelumnya.

Beberapa maklumat rahsia syarikat kini tersebar luas dan menyebabkan kerugian yang banyak.

Dirinya cukup lega kerana maklumat berkaitan ai-Teume masih dapat diselamatkan.

Bebelan daripada Mr Watanabe padanya tadi mula bermain dalam minda.

Dahi diurut perlahan.

Siapakah yang berani melakukan kerja sebegini kepadanya.

Setahu Travis agensi mereka sentiasa bersaing secara sihat. Tiada pula gerangan yang berani bermusuhanan dengannya.

Seketika telefon miliknya berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

Travis hanya membiarkan. Nombor itu jelas daripada agensi rahsianya.

Segera dia bangun dari pembaringan dan mencapai topi keledar yang terletak elok di atas almari bersebelahan katil seraya meluru keluar dari bilik.

~

"Nak pergi mana kau?" Soal David dalam mamai apabila dirinya berselisihan dengan Travis di tangga.

Leher digaru lembut dengan keadaan mata yang sedikit terbuka dek rasa mengantuk yang dirasakan.

"Bongok tidur petang. Suka hati akulah." Balas Travis seraya berlalu pergi begitu sahaja melepasi David.

David membetulkan rambutnya yang sedikit serabai tanpa menghiraukan kata-kata Travis kepadanya.

Suka hati dialah nak tidur bila pun. Figura Layla dicari.

~~~~

"Kau rasa, orang hensem macam aku ni ada musuh tak?"

Asahi mengerutkan kening mendengar soalan mengarut dari Travis.

Tidak ada kerjakah jejaka ini. Datang ke pejabatnya secara mengejut begini semata-mata ingin bertanya hal sedemikian.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

Travis mengangkat bahu seraya bermain dengan beberapa batang pen yang berada di atas meja kerja Asahi.

Posisinya kini sedang berhadapan dengan Asahi.

"Entahlah. Aku cuma terfikir. Ada ke orang yang tak puas hati dengan orang sebaik aku ni. Dahlah baik, hensem pula tu. Kaya lagi. Bijak-"

"Cut it off. Kau kalau tak riak memang tak sah kan?" Pintas Asahi

Travis tergelak mendengarkan soalan Asahi.

"Aku bagitahu fakta. Bukan nak riak."

Asahi menggeleng kepala bersama wajah jengkel.

"Kenapa? Kau tengah kena buru ke sekarang? Mission failed? " Asahi cuba meneka.

Hendak bertanya lebih pun tidak berguna. Sudah tahu akan perangai Travis yang sememangnya suka berahsia apabila melibatkan hal kerja yang dilakukan.

Dirinya dan David hanya diberitahu bahawa Travis adalah seorang Hacker dan memiliki beberapa agensi yang kini dinaungi oleh bapanya Mr Watanabe, tidak lebih dari itu.

"Bukan macam tu. Aku cuma..." Travis terkelu sendiri. Tidak tahu bagaimana untuk menerangkan apa yang sedang dialami olehnya.

"Tak apa. Aku memang suka dengar ayat tergantung macam tu." Sindir Asahi bersama mata masih fokus meneliti fail-fail kerjanya.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now