💎 Twenty Six 💎

116 15 1
                                    

A month later...

David dan Layla melangkah keluar daripada kawasan pemakaman itu bersama perasaan yang bercampur baur.

"Awak okay?"

Tangan milik David yang tadinya memimpin kemas jemari milik Layla kini naik pula mengusap perut gadis itu yang kian memboyot dari hari ke hari.

"Kenapa tak okay pula? Inikan first time kita bawa Kyu melawat datuk dan nenek dia."

Kyu. Nama sementara yang diberikan untuk memanggil si kecil mereka yang belum lahir.

Layla tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit miliknya.

"Nak stay sini dulu atau balik Osaka terus?" Soal David kepada Layla.

Mereka kini berada di bumi Beijing.

"Balik teruslah."

David hanya menurut ujaran Layla tanpa banyak soal.

~~~~

Aira melangkah masuk ke dalam wad vip di hospital itu dengan langkah yang perlahan.

Perkara ini sudah hampir sebulan menjadi rutin harian baginya.

Tubuh kaku yang kelihatan tenang terbaring diselimuti comforter di atas katil dihampiri.

Hampir sebulan si dia berada dalam keadaan sebegitu.

"Pesakit mengalami hentakan kuat pada bahagian kepala sehingga menyebabkan koma..."

Kata-kata daripada doktor tempoh hari bermain dalam mindanya.

Nafas berat dihela.

"Travis. Aku datang lagi harini. Kau tak nak bangun lagi? Tak bosan tidur lama-lama?" Soal Aira bersama senyuman tawar.

Namun, bunyi bip pada alat yang digunakan untuk memantau tahap kondisi pesakit yang disetkan pada Travis sahaja kedengaran.

Saat itu juga, perhatian Aira teralih pada satu deheman kecil yang kedengaran sehingga memecahkan kesunyian antaranya dan Travis.

Segera kepala ditoleh ke arah suara itu.

"Nanti dia bangunlah. Jangan risau sangat." Seloroh Mr Watanabe yang sedang duduk di atas sofa yang terletak sedikit tersorok di dalam bilik itu.

Aira tersentak. Dia tidak salah lihatkan?

"Lagipun ini bukannya kali pertama Travis koma." Tambah Mr Watanabe lagi dengan lagak bersahaja.

Lagi, Aira tersentak. Bagaimana dia tidak perasan akan keberadaan Mr Watanabe di situ. Namun tidak pula dia ingin mempersoalkan lebih.

Yang lebih menarik perhatiannya adalah, bagaimana figura dihadapannya ini boleh kelihatan tenang sahaja sedangkan keadaan Travis, anak terunanya itu boleh dikatakan agak kritikal.

Tapi, apa maksudnya? Jadi ini bukan kali pertama Travis koma?

"Maksud tuan?" Aira cuba meneka ujaran Mr Watanabe kepadanya sebentar tadi.

Hal itu mengundang tawa kecil daripada Mr Watanabe tatkala memandang wajah bingung gadis yang sudah lama meniti di bibir anak terunanya.

"Don't call me like that." Ujar Mr Watanabe apabila mendengarkan Aira memanggil dirinya dengan gelaran 'tuan'.

Aira hanya diam tidak membalas.

"Enam tahun lepas. Do you remember?"soal Mr Watanabe tiba-tiba.

Aira menatap wajah Mr Watanabe dengan riak yang sukar ditafsir.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now