💎 Nine 💎

150 18 3
                                    

"Tak guna! Sikit lagi nak complete!" Bentak John.

Alex hanya menayangkan riak tenang sambil berbaring di atas sofa menghadap rakannya itu.

"Sekurang-kurangnya, sebahagian daripada maklumat syarikat itu dah tersebar. Aku rasa kita dah boleh stop." Tutur Alex.

"Tidak! Aku tak akan berhenti selagi mana aku tak nampak keturunan Watanabe tu merempat!" Bentak John penuh amarah.

Dendam yang masih tersemat dalam diri masih lagi membuak-buak. Dia belum puas!

Teringatkan kata-kata yang diberikan Travis kepadanya suatu ketika dahulu sungguh menyebabkan perasaan benci dan marah dalam diri menjadi semakin bertambah dari hari ke hari.

*********************************
Flashback - Side Story
John & Travis POV : School Life
4 years ago

Suasana dewan mulai bising dengan teriakan para gadis tatkala Travis, David dan Asahi mula melangkah masuk.

Siapa sahaja yang tidak kenal mereka.

Trio terpaling berpengaruh di Fukuoka Highschool dengan kebijaksanaan yang dimilik bersama wajah tampan yang mampu mencairkan hati setiap yang memandang.

Walaupun umur mereka berlainan, akan tetapi disebabkan kebijaksanaan yang dimiliki membolehkan mereka berada dalam batch yang sama.

Itulah keunikan trio itu sehingga berjaya menjadi perhatian semua warga di sekolah.

"Woi Johnny! Ketepilah! Kau halang pandangan kitorang." Bentak beberapa orang gadis.

John membetulkan cermin mata berbingkai tebal miliknya menahan perasaan yang kini bercampur baur.

Wajah ketiga-tiga jejaka yang dingin itu diteliti. Sungguh dia ingin menyertai kumpulan trio itu untuk memperoleh pengaruh yang sama seperti mereka.

Keinginan untuknya dikenali ramai semakin membuak-buak.

"Asahi! Marry me please!" Teriak beberapa orang gadis.

Asahi tertawa sinis.

"Sorry, dah ada cinta hati." Balas Asahi dengan lagak selamba seraya menghantar pemergian Travis dan David naik ke pentas melalui ekor mata manakala dirinya pula mula beratur dalam barisan seperti pelajar yang lain.

"Attention! Sila beri tumpuan. Kami datang sini bukan nak main-main." Sergahan daripada Travis itu menyebabkannya keadaan mulai sunyi.

Namun seperti biasa, para gadis masih tidak berhenti mengukirkan senyuman dalam diam.

Melihatkan situasi yang mulai reda dan terkawal, mikrofon mula bertukar tangan.

Kini, mikrofon berada dalam genggaman David.

"Semua! Dengar betul-betul, minggu depan,sekolah kita akan mengadakan majlis graduasi!"

Keadaan kembali riuh.

"Jadi, kamu semua perlu hadirkan diri. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila kemukakan sekarang."

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now