💎 Twenty Three 💎

106 15 0
                                    

hjykh//adhjw ; -107- , -9080-...

Travis meneliti baris terakhir pada code tersebut dengan penuh penyesalan.

Sungguh jelas apa yang gadis itu cuba sampaikan melalui code yang dihantar pada sistem masuk ai-Teume.

Bagaimana dia gagal untuk menangkap maksud disebalik nombor itu lebih awal.

******
Codes meaning:

107 - come back
9080 - I want you with me

******

Sarung tangan berwarna hitam dipakai sebelum topeng berwarna putih yang sering digunakan untuk merahsiakan identitinya dimasukkan ke dalam sling bag yang sudahpun dipakai melekap pada bahagian dada.

Kini, Travis bersedia untuk menyelinap masuk ke dalam bangunan Jhex Company yang menjadi tempat di mana Aira dikurung.

"Bertahan darling. Tunggu aku datang."

Langkah diatur keluar daripada bilik dengan langkah penuh berhati-hati.

Tidak mahu mengejutkan penghuni di dalam rumah pada lewat malam begini.

David dan Layla pasti sudah tidur akibat terlalu penat. Tadi bukan main lama mereka membeli belah.

Jadi, dia yakin.., sangat yakin bahawa 'line clear' untuk dia keluar pada waktu lewat begini tanpa pengetahuan David!

Topi keledar dipakai seiring dia melangkah.

"Kau nak pergi mana?"

Damn!

Langkah Travis drastik terhenti tatkala suara milik David menyapa halwa telinga.

Matanya terpejam erat. Habislah!

"Ke-kenapa kau tak tidur lagi?" Soal Travis kembali, cuba mengalih pertanyaan David.

"Aku ada kerja sikit tadi. Sekarang jawab soalan aku. Kau nak ke mana tengah-tengah malam macam ni hm?" David mula bercekak pinggang memandang Travis atas bawah.

Travis mengemam bibir.

"Errr..."

David memandang Travis yang berpakaian serba hitam itu dengan penuh tanda tanya.

"Eh Layla !" Ucap Travis sedikit berteriak.

Serta merta David menoleh kebelakang. Namun, ruang kosong sahaja menyapa pandangan.

Bunyi tapak kaki yang menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa menyebabkan David menoleh kembali pandangannya ke hadapan.

Tatkala itu figura Travis sudahpun hilang dari penglihatan.

Ngauman enjin daripada motosikal milik jejaka itu mula kedengaran di halaman rumah.

David mendengus seraya menggeleng perlahan.

Sampai begitu sekali Travis hendak berahsia dengannya berkaitan kerja yang dilakukan.

~~~~

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now