💎 Five 💎

168 16 2
                                    

'Wrong password'

Travis mendengus kasar.

Entah kenapa. Sangat sukar baginya untuk membuka kata laluan untuk mengakses laman web itu.

Perkara sebegini benar-benar mengundang tekanan.

Reputasinya sebagai penggodam terbaik dalam agensi mungkin akan tercemar sekiranya berita berkaitan kegagalannya ini sampai ke pengetahuan bapanya.

Memecahkan kata laluan yang anonymous. Sungguh perkara itu paling dibenci Travis.

Namun tanpa Travis ketahui, disisi lainnya...

Aira sedang tersengih tawar melihat figura Travis yang jelas kelihatan sungguh tertekan itu melalui salah satu kamera CCTV.

Popcorn yang tersedia di dalam bekas disuap ke mulut untuk kesekian kalinya.

Sungguh tenang pekerjaannya saat ini. Hanya memerhati gelagat-gelagat manusia melalui kamera litar tersembunyi.

Sesekali Aira terfikir berkaitan motif dia diberikan tugas sebegini oleh Mr Watanabe.

Tiada langsung benda pelik ataupun sosok mencurigakan yang tertangkap dalam kamera litar tersembunyi sepanjang dia menjalankan tugas pemantauan.

Gelagat Travis yang mula kelihatan fokus menaip sesuatu dengan lincah mencuri tumpuan Aira.

Travis menyalin segala kod-kod berbentuk angka dan huruf panjang yang tertera pada skrin komputer di dalam laptop yang tersedia di hadapannya.

Tidak kiralah apa pun yang berlaku dia harus mendapatkan kata laluan itu hari ini juga.

Tiada penangguhan lagi.

Sudah hampir dua minggu dia melakukan kerja ini. Sungguh dia bosan menghadap hal yang sama sahaja.

Travis sangat pasti, kata laluan lengkap ada terdapat dalam banyak-banyak kod yang sedang disalin olehnya saat ini.

Dia hanya perlu menganalisis dengan lebih teliti.

~~~

"David!"

Serta merta David berdiri secara drastik. Pandangan dihala pada pintu masuk pejabat miliknya.

Terpacullah wajah manis Layla yang sedang tersenyum bahagia berlari anak ke arahnya dengan mata yang sedikit sembab.

Kejap!

Layla menangis?

Segera dia berjalan keluar dari ruang meja kerja untuk mendapatkan gadis itu.

Layla memeluk David erat. Leher jejaka itu dirangkul lembut.

Sungguh Layla tidak dapat menggambar perasaan yang dirasakan saat ini.

"Kenapa ni sweetheart?"

Layla mengeratkan lagi pelukan antara mereka.

David hanya membalas pelukan itu tanpa sebarang bicara.

Melayankan sahaja telatah si gadis yang dicintainya itu.

Mujurlah office peribadinya ini terletak pada ruang yang agak privasi dari tempat pekerja-pekerjanya menjalankan tugas.

"It's a good news, Diy!"

"Apadia Sweety? "

Layla melepaskan pelukan sebelum bertindak mengeluarkan satu kotak kecil lalu disua kepada David.

Dalam kehairanan David menyambut huluran tersebut tanpa banyak soal.

David tergamam melihat isi di dalam kotak tersebut.

Sedetik..

Dua detik...

"Be-betul ke ni?!" Tergagap-gagap David menyoal.

Layla mengangguk bersama senyuman.

David menekup mulutnya.

Pregnancy test yang memaparkan double line itu diperhati sekali lagi.

"Dah refer doktor?" Soal David lagi masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya saat ini.

"Yes!" Balas Layla teruja.

"Arghh!"

Layla kaget apabila dirinya tiba-tiba diangkat gaya bridal style oleh David secara mengejut.

"Terima kasih Sweety! Thanks sangat-sangat." David mula bersuara kegirangan.

Tubuh Layla yang berada dalam dukungannya itu dibawa ke arah sofa single yang telah tersedia dalam bilik kerjanya sebelum mendudukkan si gadis di situ.

Layla tergelak kecil melihat reaksi David yang duduk bersimpuh di hadapan seiring dengan tangan yang naik mengusap lembut jemari miliknya.

Sungguh dia bersyukur.

Sudah lama mereka menantikan saat ini.

Saat hadirnya penghuni pertama di dalam rahim miliknya.

"From now on, jangan buat kerja berat-berat. Nak apa-apa bagitahu saya terus. Got it?"

"Baik boss!"  Lagak tabik hormat yang diberikan Layla mengundang tawa pada bibir kedua-dua mereka.

"Encik Noah, klien kita dah tunggu dalam meeting roo-..."

Kata-kata daripada pembantu peribadi David terbantut.

...ma-maaf mengganggu." Pintu masuk pejabat kembali tertutup. Tidak mahu mengganggu waktu peribadi David.

David dan Layla hanya menghantar figura itu pergi dengan ekor mata sebelum David kembali mengukirkan senyuman nakal kepada Layla.

"Pergi sambung kerja awak David. Klien dah tunggu dalam bilik meeting."

David mencebik.

"Cancel saja meeting. Saya nak spend time dengan awak harini." Ujar David seraya mengubah posisinya dengan memeluk Layla dalam keadaan melutut.

Sungguh, perasaan teruja sedang menguasai dirinya saat ini.

Layla menolak badan David lembut bersama senyuman.

"Pergi buat kerja sayang. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu."

David hanya akur.

~~~

Bunyi deringan daripada Ipad mengejutkan Travis dari tidurnya.

Wajah diraup lembut.

Dalam mamai Travis meneliti jam android di atas meja.

1:02 am

Dia terlelapkah?

Deringan daripada Ipad itu sekali lagi menyentakkan Travis.

Serta merta mata terbuka luas.

Berjaya!

Dia berjaya memecahkan kod tersebut.

Kata laluan yang tertera pada skrin Ipad diteliti dengan teruja.

Laju tangan menekan keyboard untuk unlock password website itu.

"Red Phoenix?" Travis kehairanan apabila mendapati username sebegitu yang muncul memenuhi skrin komputer.

Bukankah sepatutnya terdapat huruf-huruf ataupun grafik yang akan terpapar di dalam laman web itu?

Sistem location ditekan.

Sekali lagi Travis kehairanan.

Lokasi nama pengguna itu, berada dalam kawasan bangunan agensi milik keluarganya.

Siapakah?

Adakah semua yang terjadi ini angkara orang dalam?

Bersambung...

°************************************°

Ada lagi ke peminat -David X Layla- dekat sini?? ^3^

Cahaya mata daripada married couple ni is coming yeorobun!!!!

Sila nantikan pada part yang akan datang:)

*Hugs

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now