💎 Twelve 💎

120 16 5
                                    

"Dah puas tenung aku, darling?" Soal Travis apabila mendapati dirinya sedang diteliti oleh si cinta hati.

Jantungnya usah dikata. Berdegup bagai mahu pecah.

Pertama kali melihat Aira yang selama ini hanya menatapnya dengan pandangan dingin kini menatapnya dengan pandangan yang sememangnya tidak dapat difahami olehnya.

Aira kembali ke realiti. Secara drastik kaki naik menyepak Travis menjauh darinya tanpa belas kasihan.

"Bodoh! Suka hati je heret aku ke dinding." Ujar Aira gelabah. Jantungnya sudah tidak keruan berdegup.

Sungguh perasaan sebegini sudah lama tidak dirasakannya.

Travis memegang perutnya yang terasa perit akibat ditendang oleh Aira.

"Sakitlah!" Omel Travis bersama cebikkan di bibir.

Disangkakan panas, rupanya hujan ditengah hari.

Hatinya yang tadinya sudah berbunga-bunga kembali suram.

Sampai hati si gadis yang dicintai menendang dirinya yang naif ini.

"Sudah! Tak payah nak berlakon nazak macam tu. Kena tendang sikit je! Belum mati lagi." Tutur Aira mendatar.

Air muka sedaya upaya dikawal menjadi dingin, menutupi perasaan yang dirasakan saat ini.

Travis hanya diam bersama cebikkan yang masih terukir elok di bibir.

~~

Bilik yang dipenuhi dengan fail-fail berwarna hitam diperhati satu persatu tatkala Aira dan Travis memasuki bilik rahsia itu.

"Jadi, inilah pejabat peribadi dia huh?"

Aira mengangkat keningnya sekilas membalas pertanyaan Travis.

"Kejap! Ada kamera litar tersembunyi tak kat dalam ni?"

"Aku dah nyahaktif." Ujar Aira.

Travis tersenyum. Senang betul bekerjasama dengan gadis ini.

Matanya mula tertumpu pada satu fail yang sedikit tebal daripada fail-fail yang lain.

Aira mengekori tindak tanduk Travis.

"Kau jangan macam-macam. Jangan main sentuh je barang yang ada dalam ni. Aku risau ada alert button." Larang Aira.

"Rileks darling. Aku tahu apa yang aku buat." Balas Travis tenang sambil mengenyitkan sebelah matanya khas kepada Aira.

Aira mencerlung tajam ke arah Travis.

"Berhenti panggil aku macam tu. Aku bukan 'darling' kau. Sedar diri sikit."

Travis tergelak sinis mendengar Aira berkata sedemikian kepadanya.

"Cute!" Balas Travis dalam tawanya sambil tangan mula membelek-belek fail yang sudah berada di tangannya.

Aira hanya menggulingkan mata ke atas. Menyampah! Jejaka ini memang pelik. Letak mana comelnya pun tak tahu.

Langkah mula diatur berjalan mengeliling keseluruhan bilik itu.

Bilik ini hanya diterangi cahaya lampu berwarna oren sahaja.

Beberapa pucuk pistol yang terlekap pada diding dalam cermin kaca mencuri tumpuannya.

Kolot betul. Nak gantung pistol bagai.

Tidak semena-mena Aira tersengih sinis.

Matanya teralih pula pada almari yang berisi pelbagai jenis buku-buku.

Entah mengapa, seakan ada sesuatu yang pelik dengan almari itu.

Langkah mula diatur mendekat.

Sebuah buku yang agak nipis daripada buku-buku yang lain yang kelihatan agak terkeluar sedikit menarik perhatiannya.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now