💎 Last Part 💎

156 18 17
                                    

"Travis."

Travis mengalihkan pandangan ke arah Aira tatkala namanya diseru lembut oleh gadis itu.

"Kau buat apa dekat situ? Tak nak masuk?" Soal Aira apabila melihat Travis sedang termenung memandang langit di halaman rumah banglo milik mereka.

Jejaka itu sedang elok berbaring di atas rumput bersama sebelah tangan diletakkan di atas perut manakala sebelah lagi dijadikan bantal untuk menampung kepala.

"Tengok langit." Balas Travis ringkas bersama senyuman.

Aira melangkah mendekati Travis.

Namun belum sempat Aira melabuhkan punggung, badannya sudah ditarik lembut sehingga jatuh terbaring di dalam dakapan Travis.

Travis tersengih nakal melihatkan wajah Aira yang jelas terkejut dengan tindakannya.

Tidak semena-mena dada bidang milik Travis dihempuk perlahan oleh Aira. Hal itu tidak menjadi masalah dengan posisi mereka saat ini di mana Aira terbaring betul-betul di atas tubuh sasa Travis.

Akan tetapi Aira hanya membiarkan sahaja kelakuan Travis kepadanya.

"Kau tahu tak darling? Aku suka peluk kau macam ni." Tutur Travis seraya mengemaskan lagi pelukan antara mereka. Tubuh Aira yang sememangnya kecil langsung tidak mencipta beban terhadap dirinya.

Aira tersenyum. Dia pun suka akan pelukan hangat daripada jejaka itu.

Tatkala itu, Travis perlahan-lahan meletakkan Aira berbaring berbantalkan lengan sasa miliknya di sisi sebelum kedua-duanya saling mendiamkan diri.

Saling menyalurkan rasa kasih sayang dan cinta melalui pelukan itu.

Kedua-dua mereka masih belum bersedia memanggil antara satu sama lain dengan panggilan mesra. Lebih selesa menggelarkan diri sebegitu.

Tapi jangan risau...

Bak kata David, slowly but surely!

"Aku minta maaf sebab lambat sedar yang aku sebenarnya dah jatuh cinta pada kau." Akur Aira tiba-tiba.

Travis tersentak. Segera dia bangun dari pembaringan.

Gadis itu juga diangkat lembut menyamai tindak tanduknya.

"Apa maksud kau?"

Aira mengukirkan senyuman manis kepada Travis.

"Kau mungkin tak perasan. Tapi the fact is, aku dulu yang jatuh cinta pada kau. Cuma aku sendiri tak sedar dan tak jujur dengan perasaan aku." Ujar Aira lagi.

Travis tersenyum nakal.

"Seriuslah?" Soal Travis penuh gedik.

Tatkala itu kepalanya dilentokkan di atas bahu kecil milik Aira sebelum tubuh gadis itu dipeluk erat dari bahagian sisinya.

Aira mengangguk. Kepala Travis diusap lembut.

"Semuanya bermula pada hari kau datang selamatkan aku dulu. Aku rasa haritulah, hari di mana aku sedar yang aku dah jatuh cinta pada kau dengan sepenuh hati aku." Jujur Aira mengungkapkan isi hatinya yang sudah lama cuba dipendam daripada pengetahuan jejaka itu.

Travis hanya memejamkan mata mengamati setiap bait yang dilontarkan Aira dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Sungguh dia bahagia mendengar gadis itu melontarkan isi hatinya.

"Kau mesti dah jatuh cinta pandang pertama dengan aku masa tu...Betul tak?" Gedik Travis menyoal.

Kepalanya digesel-gesel pada bahagian leher milik Aira sehingga menyebabkan gadis itu tertawa kecil kegelian.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now