💎 Twenty Nine 💎

123 15 3
                                    

4 month later ~~~

Majlis perkahwinan yang dilakukan di Mansion milik keluarga Watanabe di Fukuoka itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang huru-hara yang ditimbulkan oleh Travis.

Untuk pertama kalinya David, Layla, Asahi dan Raysha dapat melihat Travis bertingkah seperti orang yang normal di hadapan mereka.

"Congrats bro! Kurangkan sikit bangang kau tu lepas ni. Ingat! Kau dah ada tanggungjawab sekarang." Ucap David.

"Betul tu. Hah satu lagi, jangan asyik nak sibuk dengan kerja kau sangat macam sebelum ni." Tambah Asahi.

Travis hanya mencebik tanpa perasaan. "Aku tahulah!"

Raysha dan Layla yang melihat situasi itu hanya tersenyum.

Kini hanya tinggal keluarga terdekat Travis sahaja memandangkan majlis sudahpun berakhir.

"Aku dengan Layla masuk bilik dulu. Nara dah mengantuk." Ujar David selamba seraya memimpin Layla mengikuti langkahnya menuju ke anak tangga.

Bayi perempuan mereka yang kini mencecah usia empat bulan itu dipandang penuh kasih.

"Kitorang pun sama. Lagipun esok flight pagi." Tutur Asahi pula.

Arthur yang sudah tertidur di atas riba milik Raysha diangkat sebelum si kecil itu didukung hingga ke paras bahu.

Travis hanya menghantar pemergian David, Layla, Asahi dan Raysha itu melalui ekor mata.

Dia juga kepenatan melayan tetamu seharian.

Tumpuannya kini beralih pula pada figura Aira yang sedang menghantar Mika pulang pada pintu utama.

Sungguh cantik dress yang dikenakan pada tubuh gadis itu.

Tidak semena-mena satu senyuman terukir pada bibir.

Tuxedo berwarna ungu lembut yang masih tersarung elok pada badan diperhati.

Kini, dia sudah bergelar suami.

Suami kepada Kazumi Aira.

Sungguh pantas semua berlalu.

Seakan mimpi telah menjadi realiti.

Kini Aira telah menjadi miliknya.

~~~~

"Travis." Panggil Aira perlahan.

Ruangan di dalam bilik milik Travis diperhati satu persatu.

Hampir kesemua perabot terdiri daripada barangan moden dan berteknologi.

"What? Ada benda tak kena?" Soal Travis yang baru menapak keluar daripada bilik mandi.

"Errr..." Aira tidak mampu untuk menyambung kata-kata sebaliknya hanya memberi pandangan penuh tidak selesa kepada Travis yang sedang mengeringkan rambutnya yang basah menggunakan tuala.

Melihatkan itu, Travis menyangkut tuala yang digunakan di atas bahu sebelum bertindak mendekati Aira yang kelihatan teragak-agak untuk meneruskan ayatnya itu.

"Kenapa ni, hm?" Bahu milik Aira diraih lembut dengan niat ingin menenangkan si gadis yang jelas kelihatan tidak keruan saat ini.

Namun tindakan itu lagi menambahkan cuak dalam diri Aira. "Bo-boleh tak kalau aku tidur bilik lain?"

Spontan soalan itu terpacul keluar daripada bibir milik Aira penuh drastik.

Kening milik Travis bertaut kehairanan.

"Kenapa pulak? Kita dah kahwinlah Aira. Kau sedar tak?"

Aira mengemam bibirnya. Tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan apa yang dirasakannya saat ini.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now