💎 Four 💎

182 19 0
                                    

Sudah beberapa jam berlalu, namun Travis masih lagi di sini.

Dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan komputer riba hampir keseluruhan ruangnya.

Cermin mata yang melurut ingin jatuh diperbetulkan.

Sedari tadi jemari miliknya masih tidak berhenti menekan papan kekunci.

Segala cara telah Travis lakukan untuk menggodam satu laman sesawang yang tidak diketahui maklumatnya, namun berkali-kali gagal.

Travis berdecih.

Rambut diraup kasar.

Sudah pelbagai cara dilakukan olehnya. Namun tiada lagi tanda-tanda yang menunjukkan laman ini akan dapat diakses.

Bahunya yang terasa lenguh diurut lembut.

Mungkin sudah tiba masanya untuk pulang setelah hampir seharian menghadap skrin komputer.

Matanya pun sudah mula berpinar. Button shut down utama ditekan sebelum jejaka itu melangkah pergi meninggalkan bilik multimedia itu dengan perasaan hiba.

~~~

"Kau pergi mana Travis? Seharian menghilang."

Travis memandang ke arah David dengan mata yang layu.

Sungguh dia berasa penat saat ini.

"Aku ada hal." Balas Travis lemah.

Sudah terbiasa tidak memberitahu David berkaitan kerja yang dilakukannya.

"Tak nak makan dulu? Kitorang ada masak lebih." Layla pula menyoal.

Travis hanya menggelengkan kepala beberapa kali.

"Aku masuk bilik dulu. Mengantuk!" Seraya berkata demikian Travis menguap serta menggeliat kecil.

Layla dan David hanya akur dan menghantar figura Travis berlalu melalui pandangan.

"Entah apa yang dia buat sampai nampak penat macam tu sekali."

David hanya mengangkat bahu membalas pertanyaan Layla sebelum kembali melentokkan kepala pada bahu gadis itu, menyambung aktiviti mereka yang terhenti tadi.

Tengok movie!

~~~

"Tugas kamu hanya perlu memerhati kesemua kamera tersembunyi yang ada di syarikat itu dalam bilik CCTV ! ..

...Ingat! Jangan sampai kewujudan kamu diketahui oleh pekerja disitu!"

Kata-kata daripada Mr Watanabe masih lagi berlegar-legar dalam ingatan Aira.

Beberapa orang pekerja bertuxedo hitam yang sedang mengawasi bahagian luar syarikat itu diperhati olehnya.

Tit! tit! tit!

Serta merta Aira gelabah.

"Haish!"

Laptop bersaiz kecil miliknya yang sedang memberi signal itu ditutup secara drastik.

Pandangan dihala pada pasukan kawalan security itu kembali,

Nafas dihembus lega.

Nasib tiada yang perasan.

Alatan pengimbas yang dipasang untuk mengimbas ruangan dalam bangunan itu di dekati Aira sebelum tangan miliknya ligat menscroll screen pada alat itu bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

"I got it!" Bisiknya perlahan.

Bilik CCTV yang terletak di bawah tanah syarikat itu berjaya dikesan olehnya.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now