💎 Twenty Four 💎

110 13 0
                                    

"Ramainya!!!" Tutur Arthur riang bersama sedikit pelat pada sebutannya.

Kesemua yang berada di situ melepaskan tawa kecil melihat si kecil yang jelas keriangan saat ini.

Suasana di ruang tamu menjadi riuh seketika sebelum kembali senyap.

"Kau kenapa suruh kita semua berkumpul macam ni Travis?" Soal Asahi seraya meneguk jus mangga di dalam gelas.

"Entahlah kau. Nasib baik rumah aku ni muat untuk tampung semua." Tambah David pula.

Travis terdiam seraya menjeling ke arah Aira yang kelihatan sedikit kekok itu sekilas.

"Untuk keselamatan katanya." Jawab Raysha selamba apabila melihat Travis agak terkebil-kebil hendak membalas.

"Haa betullah tu. Untuk menjaga keselamatan kita semua!" Ujar Travis dengan nada riang diakhiri tawa janggal pada penghujung ayatnya.

Saja tidak mahu memberitahu sebab utama dia mengarahkan mereka semua berbuat demikian.

David melemparkan pandangan jengkel kepada Travis. Ada-ada sahaja kelakuan pelik daripada jejaka ini.

"Memang kena bawa buah hati sekali eh?" Soal Asahi dalam nada mengusik.

David, Layla dan Raysha tersengih nakal.

Aira yang sedari tadi tidak bersuara tiba-tiba tersedak.

Dengan pantas Layla menghulurkan segelas jus kepada gadis itu.

Travis yang melihat situasi itu hanya mampu terdiam dan menayangkan wajah pasrah apabila dirinya dan Aira diusik sebegitu.

~~~~

"Betul nak aku hantar sampai sini je?" Soal Travis sekali lagi, meminta kepastian daripada Aira.

Aira mengangguk.

Helmet yang dipakai olehnya tadi dihulurkan kembali kepada Travis.

"Lokasi rumah pun nak berahsia. Macamlah aku tak pandai nak jejak dekat mana rumah kau." Bebel Travis.

Namun seperti biasa. Aira hanya memberi riak kosong. "Berani ke kau hack latar belakang aku?" Sinis Aira menyoal.

Travis tersengih sinis. "Pernah ke aku buat?" Selorohnya. "Nak aku buat hm?" Tambah Travis lagi berura gurauan.

Senyuman puas terlakar pada wajah Aira.

Benar, Travis tidak pernah mencuba untuk mencari tahu latar belakang hidupnya secara rahsia walhal dia sedia maklum bahawa perkara itu merupakan kepakaran jejaka itu.

Ini merupakan salah satu perkara yang dia suka mengenai peribadi jejaka ini. Sangat menghormati privasi hidupnya.

Bukti? Nama sebenarnya pun Travis dapat melalui Mikayla. Ya, dia sudah tahu akan hal itu setelah Travis mengakuinya sendiri kepadanya. Namun tidak pula dia hairan, tiada siapa yang mengenali dirinya lebih selain Mika.

"Dah. Pergi balik! Buat apa lagi tercegat dekat sini." Tutur Aira dingin apabila menyedari Travis masih lagi berdiam diri memandangnya.

"Tak nak. Kaulah yang pergi dulu. Aku nak tengok kau balik dengan selamat. Nanti aku blah ah." Jelas Travis.

"Ingat sweet?" Sinis Aira menyoal.

"Aku tak cakap. Kau yang cakap." Selamba Travis membalas bersama sengihan gatal.

Aira berdecih seraya mengukirkan senyuman nipis.

"Pergi jelah. Tak payah risaukan aku. Aku bukannya budak-budak yang perlukan pemantauan daripada kau." Tutur Aira lagi.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now