💎 Twenty One 💎

108 15 2
                                    

Aira memejam matanya rapat menahan amarah yang dirasakan tatkala kepala di hempuk kasar dari belakang oleh seseorang.

Kedua-dua bebola mata mencerlung tajam dua orang lelaki yang sedia mengacukan pistol ke arahnya.

Sungguh menyebalkan baginya apabila berada dalam situasi seperti ini.

Lenguh di badan akibat dipukul pun belum hilang lagi. Ditambah pula sakit dikepala akibat dihempuk.

Ya. Dirinya sedang berada dibawah tawanan pihak musuh agensi Watanabe iaitu...

Johnny!

"Selagi kau tak bagi aku maklumat berkaitan ai-Teume jangan sesekali berharap yang aku akan lepaskan kau! Buat kerja kau sekarang!" Tegas seorang lelaki yang menghempuk dirinya tadi.

Aira berdecih.

Bodoh!

Ingat sesenang itu maklumat Watanabe's Secret Agency boleh diakses?

Jemari Aira mula menaip sesuatu pada keyboard komputer khas yang disediakan kepadanya untuk menggodam ai-Teume .

Sengaja dia tidak menggunakan kemahiran menggodam yang dimiliki sepenuhnya untuk masuk ke dalam system ai-Teume supaya rancangan pihak musuh tidak berjaya.

Dan yang bagusnya, Johnny hanya menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada dirinya.

Bodoh bukan?

Tanpa disedari Aira menyembunyikan senyuman sinis.

Memang salah oranglah sekiranya Johnny menggunakan dia untuk menggodam sistem itu.

Kini, sudah masuk kali ketiga Aira memasukkan code rahsia miliknya ke dalam system masuk utama ai-Teume.

Sungguh dia berharap yang Travis akan faham maksud disebalik angka berbentuk code yang diberikan olehnya itu.

~~~~

Clutch pada motosikal ditekan bagi mengurangkan kelajuan pada pedal meter apabila perkarangan rumah Asahi mula menyapa penglihatan.

Angka pada code yang ditunjukkan oleh Keita semalam tidak henti bermain dalam mindanya.

Sungguh dia masih tidak boleh menerima bahawa code itu adalah milik si gadis yang bertakhta di hati.

Apakah yang cuba dilakukan oleh gadis itu? Takkanlah dia berada di pihak musuh.

Motornya mula memasuki halaman rumah Asahi tatkala pintu pagar terbuka.

Terpacullah figura Asahi yang sedang bermain dengan Arthur dihalaman rumah.

"Cuuu cuuu~~~ weeengg~~"

Travis tergelak kecil melihat Asahi yang cuba membuat bunyi pada kereta mainan alat kawalan jauh yang sedang bergerak itu.

Jelas jejaka itu tidak perasan akan kehadirannya di situ.

Arthur yang mengikuti langkah Asahi yang sedang berjalan ke arah kereta mainan tersebut dari belakang turut menjadi perhatian Travis.

Bapak dengan anak sama naik.

"Oiit ! Bila sampai?" Sapa Raysha yang baru keluar dari dalam rumah.

"Baru je." Balas Travis ringkas seraya membuka topi keledar yang dipakai.

"Asahi tak pergi office ke harini? Nampak syok sangat main tu." Tambah Travis

Raysha tergelak kecil.

"Dia pergi lewat sikit." Balas Raysha.

"Kau pergilah masuk dalam dulu. Nak rehat ke apa ke. Buat macam rumah sendiri. Aku nak pergi join diorang main." Ujar Raysha seraya melangkah meninggalkan Travis tanpa banyak soal.

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now