💎 Sixteen 💎

124 15 0
                                    

"Yow! Long time no see huh!" Sapa Travis tatkala melihat figura Asahi yang baru sahaja menapak masuk ke dalam bilik.

"Dah lama tunggu?" Soal Asahi seraya mengambil tempat di sebelah Travis.

"Aku baru je habis meeting tadi. Travis lah. Entah bila lagi sampai. Masuk je office, memang dah terpampang muka dia." Terang David

Asahi mengangguk bersama senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipit miliknya.

Travis hanya tersengih.

"David cakap kau buat kerja dengan Ashley eh Ash apa entah nama dia. Betul ke?" Asahi mula membuka topik perbualan.

"Ashreyn!" Laju Travis membuat pembetulan.

"Haa Ashreyn."

Travis mengangguk sekilas.

"Papa yang suruh kitorang handle misi kali ni bersama-sama." Balas Travis.

"Eh tapi asal pelik nama dia. Kau tak rasa macam tu David?" Soal Asahi

"Aku memang lama dah perasaan." Balas David santai.

Travis hanya mendiamkan diri sebelum mula bersuara.

"Tu bukan nama sebenar dia."

David dan Asahi memandang Travis tidak percaya.

"Seriously?" Serentak mereka berdua menyoal.

Travis mengangguk.

"Sebagai seorang hacker, kami memang kena rahsiakan identiti masing-masing untuk kekal selamat. Korang pun tahukan yang tugas sebagai seorang hacker ni bahaya. Jadi kerahsiaan identiti tu sangat penting."

David dan Asahi hanya diam mendengar penerangan daripada Travis.

Bukan selalu dapat dengar Travis terbuka berkaitan dirinya.

Kebiasaannya Travis hanya menunjukkan sifatnya yang bagang sahaja. Mana pernah serius.

"Aku memang yakin tu nama palsu dia." Tegas Travis.

"Habistu kau tak pernah tanya nama sebenar dia apa? Kau suka dia bukan main lama. Nama sebenar pun tak tahu." Soal David seraya meneguk air.

Travis terdiam. Betul juga. Kenapa dia tidak pernah terfikir untuk bertanya akan hal itu kepada gadis itu.

"Kau seriuslah nak perempuan macam tu. Tak takut ke kena tibai dengan dia hari-hari?" Seloroh Asahi. Saja ingin mengusik Travis.

Akan tetapi, senyuman nakal yang terukir di wajah serta merta pudar apabila mendapat jelingan maut daripada Travis.

"Kidding man! Aku gurau je. Jangan marah." Dalih Asahi.

"Aku dah confess pada dia tadi." Ujar Travis tiba-tiba.

David dan Asahi melopong.

"Seriuslah?"

Travis mengangguk.

David tersengih sinis.

"Ada juga peluang untuk kau luahkan perasaan kau pada dia. Telinga aku ni dah bernanah dengar kau asyik berangan je." Ujar David.

"Lepastu dia cakap apa? Asal muka kau macam orang kena reject ?" Soal Asahi pula

Travis mengerling ke arah Asahi dan David silih berganti dengan riak yang sukar ditafsir.

David dan Asahi saling berbalas pandangan antara satu sama lain.

"Errr.. betul ke apa yang aku cakap? Takkanlah..." Asahi tidak sanggup menghabiskan kata-katanya.

Serta merta badannya dipeluk oleh Travis.

Travis mula menangis macam orang gila.

"Aku tak tahu weyy!! Aku tak tahu!!!" Raung Travis meluah segala yang terbuku di hati.

Sedari tadi dia mengawal perasaan kecewanya.

David memandang Travis yang memeluk Asahi itu dengan pandangan jengkel.

Tak tahu nak kesian ke nak gelak.

"Kenapa? Dia cakap macam mana?" Asahi cuba memujuk.

Badan Travis cuba ditolak untuk meleraikan pelukan antara mereka.

"Dia cakap aku ni tak tahu malu sebab tiba-tiba confess perasaan aku pada dia." Terang Travis bersama nada suara sedih.

"Pastu dia cakap apa lagi?" Soal David.

Travis beralih memeluk David pula sambil mencebik.

"Tak ada dah. Dia cakap tu je. Selebihnya biarlah jadi rahsia aku dengan dia."

Balas Travis. Tidak sanggup menceritakan apa yang terjadi selepas itu.

"Bapak dingin perempuan tu. Lelaki macam kau dia boleh tolak mentah-mentah macam tu."

Travis hanya mengangguk sambil menyeka air mata palsu di pipinya.

Kepala dilentokkan pada bahu David seraya tangan memeluk erat lengan milik jejaka itu.

David hanya membiarkan sahaja. Faham, member tengah broken.

"Kau cari yang lain jelah Travis. Ramai lagi gadis dekat luar sana. Sekali kau petik jari, confirm beribu yang datang." Tutur Asahi.

Tiba-tiba Travis memetik jarinya dengan wajah naif.

Asahi dan David menepuk dahi mereka.

Memang sah otak Travis dah terkesot.

"Tak ada pun yang datang!" Cebik Travis.

"Kau ni seriuslah sikit! Broken macam ni pun masih ada hati nak jadi bangang." Jeling David.

"Asahi yang suruh aku petik jari. Aku petiklah."

"Eh aku pulak! Aku bagi perumpamaan je. Yang kau pergi petik jari betul-betul dah kenapa!" Bentak Asahi.

Travis memuncungkan bibirnya menjeling Asahi sebelum menyelesakan semula posisi kepalanya yang masih dilentokkan di atas bahu David.

Keadaan kembali tenang.

"Aku nak dia. Aku tak tahu kenapa, tapi dia je yang aku rasa sesuai untuk aku. Tak ada perempuan setanding dia di mata aku." Jujur Travis berkata-kata dengan nada yang mendatar tetapi terselit keseriusan.

Asahi dan David sekali lagi berpandangan antara satu sama lain sebelum pandangan dihala kepada wajah serius Travis.

"Kalau dah itu yang kau nak. Fight habis-habisan sampai dia balas cinta kau balik." Cadang David.

"Betul tu. Kau kena tunjuk yang kau betul-betul serius mahukan dia. Mana tahu, hati dia yang beku tu akan cair juga suatu hari nanti." Sambung Asahi.

Teringat pula kenangan sewaktu dia ingin menambat hati si isteri dahulu.

Tidak semena-mena figura Raysha bermain dalam mindanya.

"Dulu kau pernah cakap dengan aku. Bila kau jumpa je dengan dia sekali lagi, kau akan jadikan dia milik kau selamanya, kan?"

Travis mengangguk mengiyakan pertanyaan David.

"Jadi inilah masanya. Pandai-pandailah kau tackle dia. Kalau perlukan bantuan, bagitahu. Yang boleh tolong, aku dengan Asahi tolong."

Travis hanya termenung bersama wajah cemberutnya.

Kata-kata daripada David dan Asahi sedikit sebanyak menjadi penawar kepada hatinya yang sedang terluka saat ini.

"Korang memang terbaik. Aku sayang korang!"

Asahi dan David melepaskan tawa melihat Travis yang jelas sedang di fasa tersakiti itu.

Bersambung...

Hacked Your Heart [Haruto]Where stories live. Discover now