Opening

1.5K 90 8
                                    

Mempersembahkan

Karakter Utama:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Karakter Utama:

Raja Zeus Adonis
Selene Vivienne

Karakter Sampingan :
Akuma Vivienne
Ishakan Huzen
Raja Alastor Adonis
Mateen Niles

Erotothello ialah gabungan dari perkataan ; Erotomanic & Othello

- Erotomanic (satu bentuk gangguan delusi di mana seseorang individu percaya bahawa orang lain, biasanya berstatus lebih tinggi, jatuh cinta dengannya.)

- Othello (gangguan psikotik yang dicirikan oleh khayalan atau cemburu; ia sering berlaku dalam konteks gangguan perubatan, psikiatri atau neurologi.)

Inspirasi cerita :
Unlocked Kmovie

PROLOG

Butang 'post' di aplikasi Instagram ditekan. Telefon berjenama Samsung itu terus diletakkan ke atas meja lalu badan langsung bersandar pada penyandar kerusi. Dia hela nafas penat.

"Penat juga eh bagi motivasi kat orang ni," tuturnya.

Selene Vivienne, seorang pemberi pengaruh yang kuat dari segi motivasi diri dan bisnes. Tak heranlah kalau ramai orang terpengaruh dan suka kepada dia. Sekarang pun dia baru saja dapat rehat setelah sehari suntuk melaksanakan program motivasi di sebuah universiti tempatan.

Sambil-sambil itu jangan lupa muat naik gambar dekat Instagram. Kasi tahu sikit anak Hadid seorang ni buat kerja tak goyang kaki. Dia juga terkenal dengan jolokan Hadid & Khan Family kerana berstatus keluarga jutawan.

Bapanya Keith Hadid, seorang millionaire dan berdarah campuran Melayu Turkey. Pengusaha syarikat perabot dan kapal pelayaran sehingga masuk level antarabangsa. Ibunya Hanna Avina Khan, seorang billionaire dan berdarah kacukan Sweden Pakistan. Pengusaha syarikat produk kosmetik, skincare dan barangan mewah.

Kaya macam mana pun, ibu bapanya tak pernah memanjakan dia dan empat adik beradiknya dengan kekayaan. Semuanya bermula dari susah sehingga senang tanpa bantuan 'cable'. Nak jadi manusia berakhlak budiman katanya.

Tengah Selene sedap pejam mata, tiba-tiba telefonnya berdering. Dia terus terjaga dan merengek runsing.

"Hesh, mambang mana yang sibuk kacau aku ni?!" PAP! Terus telefon disambar kasar lalu dia gesek ikon hijau tanpa melihat gerangan pemanggilnya.

Telefon ditekapkan ke telinga. Berdehem sikit. "Khidmat motivasi ViKhad bercakap, ada apa saya boleh bantu?" Suara bertukar lembut tapi dalam hati penuh menyampah.

"Ini khidmat motivasi ViKhad ke?" Lagi ditanya.

"Ye, encik." Mengiyakan dalam kegeraman. Suara macam lelaki sebab itu dia gelarkan encik.

"Boleh saya tahu saya bercakap dengan siapa?" Soalan lain diajukan.

Selene kerut dahi.

"Err, kenapa encik nak tahu ye?"

"Jangan salah sangka. Saya takut ini motivator yang sama. Saya dah banyak kali berhubung dengan khidmat ViKhad sampai dapat orang sama. Takut motivator runsing je.." Suaranya berubah kendur.

"Oh, tak apa. Tak apa. Kami sedia nak bantu walaupun itu orang yang sama. Yelah, kalau tak apa gunanya kerja kami sebagai pemberi motivasi, kan? Tak semua orang lepas kena ceramah terus berubah sekelip mata. Tak, tak." Selene menegakkan tulang belakangnya. Dia rasa nak ketuk dahi sendiri. Lupa pula telefon Samsung ini adalah telefon khas untuk kerja.

Kedengaran kekehan kecil berbunyi di hujung talian. Selene terkedu. Suara itu agak macho dan mendalam. Boleh buat sleep call ni.

"Terima kasih buat saya terhibur. Boleh saya tahu ini motivator yang mana?" Dia bertanya lagi.

"Saya Selene Vivienne. Senior motivator dekat sini. Rasanya setiap nombor kami lain-lain, takkanlah awak boleh anggap nombor yang awak telefon itu orang yang sama." Sebuah soalan yang baru saja bermain di kepalanya akhirnya terkeluar juga.

"Oh ye ke? Saya tak tahu. Saya main tekan je."

"Tak apa, itu kita tolak tepi je. Awak ada masalah apa yang saya boleh bantu? In Sha Allah saya akan cuba beri awak motivasi yang semampu mungkin." Sambung Selene.

"Selene.. Vivienne.." Namanya diseru mendalam.

Selene terdiam. Suara itu cukup mendalam ketika menyebut namanya.

"Ya, encik.. Nama awak siapa?" Sakan mereka bersembang sampai terlupa nak tanya nama.

"Huh? Nama saya?" Automatik nada suara berubah cerah.

"Y-ye."

"Saya Denis." Kenalnya.

"Oh, Encik Denis. Ada apa ya yang saya boleh bantu?"

"Saya sebenarnya ada masalah sikit. Dah nak dekat 2 bulan saya.." Dia mula membuka cerita tentang masalahnya. Satu persatu dia cerita dengan gaya sendiri. Selene tekun mendengar dan memberi perhatian.

"Encik Denis, apakata kalau.." Gilirannya bermula.

Perbualan mereka boleh dianggarkan berlangsung selama hampir 2 jam. Tak putus-putus bicara dan sesi motivasi yang diterima-beri. Kadangkala mereka berdua bantai gelak jikalau ada topik yang mencuit hati. Macam telefon dengan boyfriend kalau orang lain nampak.

"Ok, bye Encik Denis. Nanti kalau awak perlukan sesiapa untuk awak meluah, jangan segan-segan nak guna khidmat kami." pesan Selene diselangi tawa kecil.

"Kalau saya guna, saya nak awak yang jadi motivator saya. Bukan orang lain," gurau Denis.

"Aduh, yelah yelah Encik Denis. Asalkan Encik Denis bahagia. Jangan sedih-sedih tau. Semua orang sayang Encik Denis."

"Baiklah, Miss Selene. Mengikut perintah Ya Arif!"

Selene gelak lagi. "Ok, Encik Denis. Saya letak telefon."

"Err.. okay." Denis bagaikan mahu tak mahu saja.

Akhirnya panggilan mereka tamat. Selene hembus nafas lega. Tekaknya terasa kering setelah bercakap banyak dengan Denis tadi.

"Amboi kau, itu call customer ke call boyfriend?" Tegur orang sebelah, Madina. Rakan sekerjanya.

"Kalau boyfriend pun, apa salahnya?" Loyar buruk.

Madina jeling manja. "Siapalah yang lucky sangat dapat anak Hadid-Khan ni.."

"Tak ada siapa, haha. Eh jap, adalah."

Madina terus pusing kepala ke arah Selene. Dia jongket sebelah kening. "Dah tak payah cakap. Aku ta-"

"Dheo Tyler Han! Ahahaha! Abe Fateh aku!" Nama seorang jejaka asing disebut dengan penuh girang.

Orang sebelah geleng kepala je. Dah masak dah dengan perangai perempuan macam Selene ni.

- E -

EROTOTHELLO : OGWhere stories live. Discover now