E - 15

384 53 1
                                    

Satu sedutan nafas disedut mengejut ketika dia tersedar dari pengsan. Selene buka mata, pandangannya gelap. Satu badan berpeluh kepanasan. Pergerakannya terkunci, dia bagaikan digari oleh sesuatu.

"Tolong! Ada sesiapa tak kat sini! Tolong! Tolong!" Rayunya meminta pertolongan.

Tiada satu sahutan dari mana-mana arah. Ketika itu jugalah, telinga menangkap bunyi pintu dibuka kemudian ditutup kembali. Satu badan menggeletar, Selene cuak. Dia tidak dapat agak apa yang akan jadi kemudian dengan mata yang tertutup.

Bunyi kasut berdetap, bunyi kerusi ditarik dan bunyi sesuatu diletakkan ke atas meja.

"Tolong jangan bunuh aku. Tolonglah! Tolong-"

"Shh." Zeus letak jari telunjuk di bibir.

Seraut wajah Selene yang dililit oleh kain kasa di bahagian mata menjadi tatapan utamanya tatkala masuk ke bilik itu. Saja nak tutup mata cantik cinta hati seorang itu buat sementara waktu.

"Jawab soalan aku dulu baru aku lepaskan kau." Dalam suaranya mengarah.

"Kau nak aku buat apa?" Terketar-ketir suara Selene bertanya.

Zeus diam. "Bagitahu aku.." Dia labuh kedua belah tangan ke atas meja. "Siapa Raja Zeus Adonis dalam hidup kau."

"Huh?" Selene kerut dahi.

"Tak nak jawab tak apalah, kau duduklah sini sampai kena ratah ulat." Penuh selamba.

Selene cuba memikirkan akan apa yang dipinta oleh Zeus. Dia mengimbas kembali kenangan mereka berdua. Datang pula seraut wajah penuh dengan senyuman itu.

"Aku tak ada jawapan." Geleng kepala.

Zeus merengus kasar. "Itulah jawapannya, bodoh." Sekali cacian dia bagi.

"Kau siapa nak tahu pasal dia, bodoh?" Balas Selene seakan-akan berbalas pantun.

"Aku? Aku.."

"Kau jangan berani sentuh dia, jantan. Aku haramkan kau dekat atau jeling bayang-bayang dia sedikit pun. Nahas kau aku kerjakan nanti." Selene bertegas mempertahankan lelaki tersebut.

Sebuah tawa kecil dihambur keluar oleh Zeus. Tangan sasanya sekaligus menarik kerusi kepunyaan Selene rapat ke sebelahnya. Kerusi mereka berlaga. Zeus tunduk membisik sesuatu ke telinga Selene.

"Choose your words wisely, Selene Vivienne." Bibirnya dan cuping telinga Selene bertemu.

"This place is not a place you can spit bullshit on something about. One word from me then your life here would be easy." Penuh mendalam.

Bulu roma Selene naik seram. Dia kecur liur.

"Aku tanya lagi sekali. Jawab betul-betul."

"Siapa Raja Zeus Adonis dalam hidup kau?" Soalan diulang lagi sekali tetapi dengan nada yang berbeza.

Otak Selene kosong. Dia tak mampu nak berfikir apa-apa mahupun soal hati. Zeus di sebelah sedia menunggu.

Salah satu sebab kenapa dia tidak boleh beraksi adalah kerana jarak mereka yang sangat rapat sekarang ini. Dia dapat merasakan pakaian dan tubuh Ciaran yang terbenam di balik tubuhnya.

"Siapa?!" Gertak Zeus.

"Kekasih!" Sekilas Selene menjawab sambil menggenggam kedua belah tangannya. Terkejut punya pasal.

Disaat itu, Zeus mati kata. Mata redupnya memandang Selene yang berada dalam ketakutan. Dapat dirasakan badan gadis itu sedang menggeletar hebat.

"Kekasih?"

Selene angguk.

"Sejak kali pertama kita orang jumpa." Benda dah kantoi, bagitahu ajelah.

"Zeus.. dia macam seorang lelaki kiriman Tuhan bagi aku. Dia rumah bagi aku." Sebuah ungkapan yang sudah tersimpan jauh di dalam hati akhirnya keluar jua.

Penuh dramatik sehingga membuatkan Zeus tayang ekspresi jijik.

Tak dapat dia nafikan kenyataan tersebut. Jejaka itu bukan sekadar tempat dia luah segala cerita seperti pasangan-pasangan lain. Banyak jasa Zeus sudah beri kepadanya.

Waktu dimana dia diserang panic attack, tiba-tiba sebuah panggilan dari Zeus akan muncul. Kalau dapat angkat, Zeus tenangkan dia. Kalau tak dapat, Zeus sendiri yang muncul di hadapannya. Naluri dia tak pernah salah bak kata Zeus.

Saat bersama Zeus sahaja dia dapat merasa perasaan dilayan seperti ratu. Dilayan seperti orang yang berperasaan. Dilayan seperti seorang anak kecil yang dah lama mengidam kasih sayang orang.

Ye, seketul Selene Vivienne ini tak cukup kasih sayang. Setiap kali terkenangkan detik-detik mereka bersama, ketika itu jugalah seluruh jiwanya terasa seperti ada rama-rama sedang berterbangan.

"Jadi tolong.. Tolong jangan apa-apakan Zeus. Tolong jangan heret dia sekali. Kalau kau nak bunuh aku, bunuh aku seorang je." Rayu Selene bersama linangan air mata.

Kain kasa yang menutupi matanya turut basah. Zeus di sebelah hanya berdiam diri. Dia pandang Selene dengan muka tidak berperasaan.

Bapak cengeng siak perempuan ini.

"Dah, sesi kita habis kat sini." kata Zeus.

Dia bangun dari tempat duduk dan terus menolak Selene jatuh ke lantai. Terus mati tangis dan sebak gadis itu. Zeus mengorak hayunan ke arah pintu.

"Tunggu! Jap!" Panggil Selene sambil meronta-ronta.

"Tolong! Lepaskan aku! Aku dah buat apa yang kau suruh. Lepaskan aku!"

Zeus kecilkan sepasang matanya. Dia berpatah balik lalu cangkung di depan Selene. Sebelah tangannya menanggalkan topeng dari muka. Zeus bawa keluar sesuatu yang sudah tersimpan lama di bawah lidahnya.

"Free yourself," katanya seraya menghulurkan sebilah pisau lipat dari mulut ke mulut Selene.

Bibir mengorak senyum puas. Dia berdiri dan terus berjalan keluar.

- E -

EROTOTHELLO : OGWhere stories live. Discover now