Selene berkeliaran ke seluruh ruang banglo dua tingkat itu. Sunyi kerana ketiadaan manusia selainnya. Ishakan dan Mateen dah lama keluar untuk mengisi perut memasing.
Setelah puas tawaf rumah orang, Selene duduk lalu teguk air mineral Spritzer. Berkat pemberian Ishakan, dapat juga dia segarkan badan. Berkubang lama dalam tab mandi, sental daki badan dan cuci rambut. Nikmat Ya Allah, nikmat.
Setelah itu, dia mengenakan pakaian yang tersedia dalam wardrobe.
Segarnya tak payah cakaplah. Pakaiannya yang lain habis tereban ke dalam bakul baju kotor. Dah jadi tempat pembiakan bakteria baju itu. Rengas semacam!
Tuala pula disempangkan ke sisi sekadar nak tutup mahkotanya. Selene letak gelas tinggi ke atas meja, dia sentuh pula kulit muka.
Rasa kering. Dehidrasi.
"Rindu nak tepek skincare," gumam Selene. Dia menongkat malas kepalanya.
Cakap pasal skincare, memori tentang arwah Ethan terimbas kembali. Set skincare jenama Dr.Secret ialah hadiah pertama daripada arwah. Ethan tak pernah berkira. Tahu aje akalnya bila dia perlukan stok skincare baru.
"Selene, aku dah bank-in RM1K dalam bank kau. Beli pencuci muka dan moisturizer Dr.Secret kau. Lepas ini aku dah tak nak dengar kau merungut lagi eh."
"Weh, Selene. Aku terbeli lebih set Rhode Hailey Bieber hari itu. Alang-alang kau peminat bini Justin Bibir, ambillah ni!"
"Mak aku ada buat bedak sejuk untuk kau. Pakai bahan organik je. Pakai sementara tunggu parcel Round Lab sleeping mask kau sampai."
Andai dia tak leka dengan status kawan. Andai dia tahu semuanya tentang perasaan sebenar Ethan. Layanan arwah kepadanya ketika hidup dulu dah cukup membuktikan cinta yang terpendam.
Ya Allah, Selene. Macam mana kau boleh tak sedar? Lalai gila kau.
"Aku cintakan kau.." Kata-kata terakhir Ethan bermain di kepala.
Bawah mata terasa panas. Air mata mula bertakung. Selene dongak kepala ke atas lalu kedua belah lubang telinganya disumbat dengan jari telunjuk. Dia tak nak menangis lagi. Cukup.
Tuk! Tuk! Tuk! Pintu rumah tiba-tiba diketuk. Selene pergi membukanya tanpa mengetahui siapa di luar. Sangkanya Ishakan dan Mateen.
Pintu rumah dikuak namun apa yang hadir bukanlah mereka berdua. Tapi, seorang perempuan.
"Siapa ni?" Selene bertanya hairan. Sejak mula dia datang tak nampak pula satu kelibat perempuan di sini.
"Saya Inez. Izen's PA." Inez ukir senyum manis.
Selene angguk kepala sambil mata meliar ke segenap wajah Inez. Tengok struktur muka dan aksen bahasanya, dia pasti Inez bukan orang sini. Orang Sabah mungkin?
"Ini Mr.Izen suruh saya hantarkan kamu makanan. Katanya dia takut kamu mati kebuluran. Jadi, makanlah ya." pesan Inez membuatkan Selene putar bebola mata.
Menyampah! Mahu tak mahu Selene sambut saja beg plastik putih yang diberikan Inez. Sebelum perempuan itu minta diri, Selene sempat pegang tangannya.
"Kejap!" Langkah Inez terbantut, dia pusing ke belakang.
"Kenapa, kakak?" soalnya penuh naif.
Kakak dia bahasakan aku? Ah, apa-apa jelah.
"Inez PA Izen, kan?" Dia angguk.
"Boleh tak Inez temankan saya? Kat sini tak ada perempuan selain saya. Lagipun, Inez tahukan dengan siapa saya duduk sekarang. Tak nak kena tangkap basah, saya terlalu muda untuk kahwin!" Muka Selene berubah takut. Lakonan semata.
YOU ARE READING
EROTOTHELLO : OG
Mystery / Thriller#1 thriller "Semakin besar cintanya kepada seorang perempuan, semakin besar tompokan darah yang dihasilkan-" • Erotomanic & Othello Delusional Syndrome Disorder Hidup seorang Selene Vivienne binti Keith Hadid mula berubah gundah-gulana setelah dia m...