- E 5

577 61 5
                                    

Ayyaya banggali jual karpet~
Ayyaya banggali jual karpet~

Tet! "Hello, Zeus. Telefon saya dah siap ke?" Lepas angkat terus tanya.

"Ye, dah siap." Suara maskulin itu menjawab.

Selene terus bangkit dari tempat tidurnya. Dia berlalu ke arah tempat tuala disangkut dengan muka yang berkerut.

"Mok, cepatnya siap. Memang betul ya arif ni." puji Selene.

Bunyi kekehan kecil Zeus dari hujung telefon membuatkan Selene terkedu. Suara serak basah dan mendalam. Ni mesti baru bangun tidur.

Dia cuba mengagak saja.

"Awak baru bangun tidur eh, Zeus?" Air mineral diteguk masuk ke kerongkong. Bagi basah tekak sikit pagi-pagi hari ini.

"Mana ada, saya tidur pun belum."

"Hah? Awak belum tidur?" Seoktaf naik suara Selene selepas mendengar sebaris ayat itu.

"Kenapa awak tak tidur, Zeus?"

"Saya memang susah nak tidur, wak." balasnya.

Riak wajah Selene bertambah serius. Dia duduk ke atas kerusi gamingnya sambil cekak pinggang.

"Faham. Tapi kalau keadaan ni berterusan, saya nak minta awak tolong pergi jumpa doktor. Awak tak tahu ke kalau tak cukup tidur boleh menyebabkan kematian?" Dia dah mula nak bebel. Ringan aje mulut pagi-pagi ni.

"Alah.. Sa-"

"Awak sendiri kata yang awak susah nak tidur, kan? Sebelum mampus tu, awak boleh kena banyak penyakit tau. Sakit jantung, sakit buah pinggang, darah tinggi, diabetes, strok, obesiti, paling tak pun sakit mental. Itu fizikal, dalaman pula lain nyah. Nyah, benda itu juga boleh buat hang letih, mood senang nak berubah, susah nak ingat nak fikir, masalah memori, paranoid, halusinasi. Zeus benda ini serius tau!" Omel Selene sekali nafas.

Kawan itu dari bahagian lain mampu tarik oksigen je. Tak pasal-pasal kena ceramah percuma di pagi hari ini. Dia usap belakang leher tanpa rasa serba salah, rasa nak gelak je ada.

"Tapi benda itu rasa macam normal bagi saya.." Suara dilerek lembut sambil disusuli dengan tawa kecil.

Selene mendengus kasar, tumbler Starbucks digenggam erat. "Lantak kaulah, pi mampos jelah kalau macam itu." Pasrah.

Tak tahu apa yang lawak sangat, Zeus terus gelak terbahak-bahak. Pada masa yang sama, Selene sedekah side eye dekat lelaki itu.

"Dahlah, ni bila saya boleh ambil balik telefon saya?"

Tawa Zeus langsung reda. "Lepas ini pun boleh, kita jumpa kat KDA Shop."

"Okay, nanti saya roger balik."

"Baik, Selene. Watashi pergi bersiap dulu, okay?" Kerusi yang didudukinya dipusingkan ke satu arah lain.

Arah dimana semua kepingan gambar Selene ditampal dalam pelbagai bentuk. Iphone 13 Pro itu dijeling sekilas. Hanya dia sahaja yang tahu betapa puasnya hati sekarang ini.

Usaha tak pernah mengkhianati hasil. Tunggu kau.

"Pergi jelah bersiap, tak ada siapa nak halang kau." balas Selene.

"Okay awak."

Dalam sekitar pukul 8 pagi lagi Selene sudah bersiap dan tiba di gedung besar KDA itu. Rasa teruja nak ambil balik anaknya yang sudah sihat.

"Yow bro, I datang nak pickup anak I." Jejak kedai orang terus Selene buat intro sendiri.

Zeus yang baru tiba dari pintu belakang langsung terhenti langkahnya. Dia mengekek ketawa.

"Terkejut saya, awak ni."

"None of my business," libas rambut imaginasi ke belakang.

"Dah, saya nak anak saya balik. Mana dia?"

"Ada je. Jangan risau, saya tak ambil pun." balas Zeus. Dia mengeluarkan telefon jenama Apple itu lalu dihulurkan kepada Selene.

Rahang gadis itu terus jatuh mencecah lantai. Dia belek-belek telefon itu dengan muka tak percaya. Kepala dongak melihat Zeus semula.

"Seriuslah? Ni kau baiki ke kau beli baru? Helok betul.." Dia tilik lagi dan lagi.

Tak tapis dah, Zeus meleret senyuman dan riak muka bangga. Kedua belah tangan masuk ke dalam poket seluar. Berdehem sikit.

"Saya dah lambat nak pergi kerja ni. Tak ada bayaran, kan?"

Angguk.

"Terima kasih, Zeus. You're the best! Bye!" Selene menapak beberapa langkah ke belakang dan beredar keluar dari kedai itu.

Zeus yang melihat kelibat gadis itu hilang di balik dinding hanya mampu tersenyum sinis. Dia bawa keluar sebelah tangannya bersama sebuah telefon jenama Apple juga.

Tanpa gesek apa-apa pada skrin, dia hanya menyaksikan telefon itu mengerjakan kesemua benda dengan sendiri dan lancar. Aplikasi whatsapp dibuka dan beberapa mesej dihantar. Zeus jongket sebelah kening.

Sementara di luar, Selene sibuk menghantar mesej kepada kawan-kawannya. Dia galak menggunakan telefon itu sepanjang hari tanpa mengetahui bahawa dirinya sedang diperhati.

Oleh Zeus.

Dari kamera telefon dia dapat melihat seraut wajah anggun Selene. Apa yang gadis itu lakukan di dalam telefonnya, semua dia dapat saksikan. Selene hantar gambar? Selene hantar video mesej? Selene isi password dan data peribadi? Apa isi yang Selene import dan eksport? Semua dia tahu. Semua dia catat.

Alamat, nombor password, passcode, nombor telefon kenalan, segala bentuk data peribadi, kesemuanya sudah jatuh ke tangan dia.

"Bayar pakai cara lain, Selene." gumam Zeus sebelum hambur ketawa sinis.

"Zeus, kau kerja hari ini?" Satu suara lunak menyapanya dari arah lain.

Dia mendengus kasar, kepala terus berpaling melihat sumber suara itu berada. "Tak, aku saja datang nak cek barang."

Wanita itu maju ke hadapan dengan muka terkejut. "Oh, hari ini ada barang baru sampai ke?"

"Tak ada. Saya silap baca tarikh kut bila barang tu sampai. Tak apalah, saya gerak dulu kak."

"Hah? Okay.."

Sebuah alamat asing yang tertulis di atas sekeping kertas kuning itu dilihat kembali. Sebaris senyuman diherot sinis. Dia sandar belakang badan pada penyandar kerusi sambil mata tak lepas memandang rumah agam di depannya.

Rumah agam Keith dan Hanna. Tempat Selene membesar. Keretanya diparkir beberapa tapak dari pintu gerbang rumah itu. Zeus menapak keluar dari perut kereta.

Dia berjalan dengan megah ke pintu gerbang itu dan tekan loceng rumah.

TingTong! TingTong! TingTong!

"Ye, encik! Tereban je parcel tu dalam peti hitam dekat bawah tu! Nanti saya kutip!" Laung satu suara asing dari sebuah kamera bulat.

Zeus jongket sebelah kening. "Maaf, saya kawan Selene Vivienne. Boleh saya masuk? Sa-"

"Nak buat apa jumpa adik orang, hah?!" Garang dia bertanya.

"Selene ada tertinggal barang dekat rumah saya. Saya nak hantar balik dekat dia." Nafinya. Kotak berisi empat jenis sarung telefon itu diketap erat.

"Hah?" Jeda sejenak. "Masuklah kau. Bagi face to face, dia ada kat rumah ni hah. Entah tertinggal apa pun aku tak tau."

Langkah Zeus terhenti. Dia tenung jalan tar itu dengan mata tajamnya. Selene ada kat rumah? Oh, tukar plan B.

Pagar besar itu automatik terbuka dan berhenti separuh jalan. Zeus berjalan masuk sambil mata melilau ke sekeliling kawasan rumah. Serba mewah semuanya.

Kaya tak kaya, yang pasti dia mesti dapatkan perempuan bernama Selene Vivienne binti Keith Hadid.

- E -

EROTOTHELLO : OGWhere stories live. Discover now