Panggilan diputuskan. Zeus cabut keluar airpod dari telinganya. Mata melilau ke sekeliling kawasan kapal pelayaran yang agak lengang dan tenang. Dia tarik kain muka sehingga menutupi separuh wajahnya sebelum keluar dari perut kereta.
Zeus buka pintu penumpang belakang. Dia sua badan ke dalam dan matanya bertembung dengan sepasang mata coklat yang dibelenggu ketakutan. Kaylee.
"Tolong. Tolong lepaskan aku.." rayu Kaylee.
Wajah tidak berperasaan Zeus ditatap dengan air muka minta simpati. Walaupun dia tahu jejaka itu sememangnya tidak berhati perut.
Zeus senyum sinis, dia usap rambut Kaylee penuh sayang.
"Shh. Simpan suara tu. Nanti nak guna." Jari telunjuk naik ke bibir Kaylee.
Dia bawa keluar kotak berwarna merah jambu dari kocek seluar. Isi dalamnya dituangkan ke telapak tangan. Zeus hala tangannya dekat ke bibir Kaylee.
"Buka mulut, telan."
Kaylee geleng. Dia pandang benda yang berada di dalam genggaman separa itu kemudian pandang Zeus. Geleng lagi. Zeus jongket sebelah kening.
"Kau atau aku yang buat?"
"Tak nak. Aku tak nak.."
"Kau atau aku yang buat?" Soalan diulang.
"Tak nak.."
"Konechno, otvali kak skazhesh," ujar Zeus lalu tangannya terus mencekup kuat rahang Kaylee.
Barang berbentuk pil itu disumbat masuk ke dalam mulutnya yang ternganga luas. Zeus cucuh air mineral yang sudah tamat tempoh lalu sekaligus dia tolak rahang Kaylee ke atas. Tergelak kecil Zeus saat melihat wajah Kaylee yang penuh terseksa mahu menelan pil itu.
Dua jari ditekankan ke trakea Kaylee dan perlahan-lahan ia turun ke bahagian perut terletak. Setelah pasti pil itu selamat masuk ke dalam perut, Zeus tarik tangan semula. Tubuh Kaylee terus dicempung.
Zeus tolak pintu kereta guna kaki dan terus berjalan ke sebuah kapal layar. Kaylee Hadid, nama yang tertera di depan kapal. Dia masuk ke dalam bilik dan tubuh Kaylee dicampak ke atas katil bersaiz Queen.
Mata Zeus menjalar ke seluruh tubuh Kaylee yang berpakaian baju tidur satin putih. Pendek seluar takat separuh peha sahaja. Jarang sampai nampak bentuk baju dalam. Kalau lelaki lain nampak ni mahu kena terkam terus, tapi tidak kepadanya.
Tujuan dia bukan merosakkan Kaylee. Tujuan dia adalah tolong rosakkan Kaylee.
"Apa kau buat ni.." Dia bersuara dalam keadaan separuh sedar.
Kesan ubat itu akhirnya bermula. Zeus tahu Kaylee sedang ketagihkan sesuatu sekarang ini.
"Kaylee Vivienne Hadid." Dia melabuhkan punggung di sebelah tuan empunya nama. "Kenal website ni?" Skrin telefon dihadapkan ke arahnya.
Kaylee kecilkan mata, dia cuba menghadam apa yang tertera di skrin. Bila sedar, mata terbuntang luas. Badan terus tegak lalu tangannya panjang mahu merampas telefon itu. Apakan daya, baru dia nak gapai sudah Zeus tolak terlentang semula ke atas katil.
"Bagi telefon tu!" Pinta Kaylee. Wajahnya bengang.
"Woah, woah, buas betul kau." Zeus pandang skrin kemudian pandang wajah Kaylee.
"Fikir balik, aku rasa kau tak ada hak nak naik angin. Kenapa?" Jari gesek gambar-gambar yang dihantar ke akaun dark side itu.
"Yes, that's it! Tubuh kau tak ada kena mengena dengan akaun ini.."
"Tapi adik kau, ye. What was her name again? Selene Vivienne? Gosh, selene mou." Syahdu bunyinya ketika nama Selene diseru.
"Itu benda lama, gila. Aku dah tak sentuh akaun tu! Aku dah bertaubat!" Bangkang Kaylee.
"Latest update, 29 Mei 2023. Dah lama tak sentuh? Ouh, maksud kau 'baru semalam kali terakhir aku sentuh'? Baru semalam kali terakhir aku muat naik gambar adik aku telanjang?" Mata Zeus mengecil.
"Lama tak lama, kau masih tak dikenakan tindakan atas apa yang kau dah buat. Kau aniaya adik sendiri, kau hancurkan adik sendiri, kau rosakkan maruah adik sendiri. Bangsat jenis apa kau ni, Kaylee Vivienne?" Zeus tunduk menolak dagu Kaylee dengan telefon bimbitnya.
Dia telan liur sambil menangis.
"Kau tak tahu cerita sebenar. Ye, aku mengaku. Aku memang pernah buat benda tu tapi lepas dah kantoi dengan Selene, aku terus sign off. Aku tak usik benda tu dah sejak 3 tahun lepas. Aku dah bertaubat. Aku tak tahu siapa yang kawal akaun tu sekarang. Atas nama Allah, aku-" PAK! Satu tamparan kuat hinggap ke pipinya.
Rambut Kaylee dicekup Zeus dan didongakkan menghadap mukanya.
"Nak tahu tak kalau kau tutup mulut sebenarnya kau boleh diam dan tak payah bercakap macam ada orang kesah. Dalam dunia ni wujudnya pelanduk 7 serupa dan aku pernah jumpa setiap seekor dari 7 qorin kau tu. Pernah kerja zoo negara, kan? You must know that fat one who always soaks in mud till the end of their life. Saja nak bagitahu, you guys deadly share the same quality. Tak heranlah," ujar Zeus sebelum humban kepala Kaylee ke tilam katil.
Saat Kaylee pusing kepalanya semula, tiba-tiba mata disilaui dengan satu kelipan cahaya kamera.
Ckik! Ckik! Ckik!
Beberapa kali fotonya diambil oleh kamera telefon Zeus. Wajah bertambah cuak, dia cuba menghalang perbuatan Zeus tetapi usahanya hanyalah sia-sia sahaja. Setelah itu, Zeus menapak keluar dari bilik dan meninggalkan Kaylee.
Belakang badan disandarkan ke dinding kapal. Telefon bimbit menekap di telinga. Apabila panggilan dijawab, suara seseorang berbunyi.
"Cepat datang, aku tak ada masa nak tengokkan binatang tu."
"Baik, bos."
"Kau pasti HIV kau tu kuat?"
"Ye, bos."
"Aku harap salah seorang dari kau berdua matilah. Dua-dua masuk kubur sekali lubang pun tak apa. Aku tak kesah." Zeus letak panggilan.
Dengan muka selamba, dia buka langkah untuk ke kereta. Keadaan lengang, jadi peluang untuk orang awam timbul syak wasangka adalah sangat rendah.
Nak syak tak nak syak, lantak kaulah. Budak Zeus ini tak kesah.
Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, telinga Zeus setia disumbat dengan biji airpod. Sesekali mata jeling screen monitor yang sedang menyiarkan sebuah video. Telinga pula bekerja mendengar bunyi dari video itu.
Tak lain tak bukan, semestinya klip video Kaylee dan lelaki upahan dia.
Segala-galanya telah dirakam secara langsung melalui kamera dari dalam lampu tidur. Mereka berdua tengah seronok meluangkan masa bersama. Di atas katil.
"Gambar dah dapat. Video dah rakam. Audio dah boleh import. Tinggal.." Sekali lagi, Zeus hubungi sebuah nombor.
"Hello, polis. Saya ada nak buat laporan tentang.."
"Assalamualaikum, Jais. Saya ada nak buat laporan.."
Setelah berunding dengan pelbagai pihak, Zeus letak telefon dan memberhentikan keretanya di hadapan sebuah bangunan. Dia turunkan tingkap dan dongak kepala ke atas.
- E -
YOU ARE READING
EROTOTHELLO : OG
Mystery / Thriller#1 thriller "Semakin besar cintanya kepada seorang perempuan, semakin besar tompokan darah yang dihasilkan-" • Erotomanic & Othello Delusional Syndrome Disorder Hidup seorang Selene Vivienne binti Keith Hadid mula berubah gundah-gulana setelah dia m...